Santai 15 Jan, 2020

DISKAUN 50% SAMAN TRAFIK.. BAYAR ONLINE JE

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SETIAP individu yang memandu pasti akan mengelak untuk mendapat ‘surat cinta’ daripada abang polis walaupun akibat kecuaian sendiri berikutan tidak mengikuti peraturan jalan raya. Terbaharu, sempena kedatangan Tahun Baharu Cina, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka tawaran diskaun luar biasa iaitu sebanyak 50 peratus terhadap pengguna jalan raya yang masih mempunyai saman tertunggak. : KitaReporters.com


Namun pembayaran saman kali ini, orang ramai tidak perlu beratur panjang dan merugikan masa berjam-jam kerana pembayaran boleh dibuat menerusi pembayaran platform dalam talian sahaja.

Kreatif juga PDRM tahun ni ye!.

Bagi mereka yang mempunyai saman tertunggak jomlha kita melangsaikan kerana diskaun yang agak banyak iaitu 50 peratus.

Malah pembayaran berkenaan akan bermula 18 hingga 22 Januari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor dalam sidang media baru-baru ini berkata, tahun ini pihaknya akan lebih menekankan e-pembayaran bagi memberi peluang orang ramai melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini.

“Tapi kali ini kita cuba beri diskaun istimewa iaitu sebanyak 50 peratus. Ini tidak pernah kami buat maka saya fikirkan ‘bayaran dalam talian’ yang tidak memerlukan anda semua berbaris sehingga berjam lamanya,” katanya.


Pembayaran cara dalam talian itu memudahkan orang ramai selain boleh membuat pembayaran secara dalam talian dengan MyEg dan Rilex.com.

Bagaimanapun tawaran berkenaan hanya khusus kepada kesalahan tertentu.

“Tawaran diskaun ini hanya untuk kesalahan tertentu dan tidak termasuk kesalahan bagi memandu laju, memandu di laluan kecemasan, langgar lampu isyarat, memotong garisan berkembar serta guna alat komunikasi ketika memandu,” katanya lagi.

Jadi apa lagi.... jomlah kita membayar saman! Jangan sampai ada blacklist baru teringat nak langsaikan.

Jom saksikan sidang media mengenai diskaun berkenaan. - KitaReporters.com


9
11
2
2
3
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago