Santai 29 Feb, 2020

[VIDEO] BCL SEBAK NYANYI KARENA KU CINTA KAU

@wan noor hayati wan alias (allahyarham)
Memulakan kerjaya kewartawanan di Utusan Malaysia pada 2008 hingga 2013 sebelum meneruskan kerja di Berita Harian. Pernah menerima Anugerah Kajai pada 2014.

Share this
SETIAP bait lagu Karena Ku Cinta Kau mengingatkan Bunga Citra Lestari (BCL) terhadap suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, yang meninggal dunia di Jakarta, 18 Februari 2020. Benarlah kata orang, ditinggalkan orang tercinta ketika masih hidup kesannya tidak sama dengan yang pergi selama-lamanya apatah lagi kasih sayang dan cinta antara mereka masih utuh. : KitaReporters


Setelah seminggu suaminya dijemput Illahi, BCL tampil membuat kemunculan pertamanya pada Jumaat malam, 28 Februari 2020.

Pada kemunculan pertama itu, BCL menghiburkan peminat di Friday Fusion di SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan.

Dipetik dari live IG @sq_dome, BCL kelihatan tabah meskipun masih belum mampu menutupi suasana hati duka saat membawakan beberapa single hits-nya.

Pilihan lagu yang dibawakan seolah-olah menceritakan perasaan cintanya kepada arwah suaminya.

Pada pada persembahan itu, BCL juga menyanyikan lagu Cinta Sejati,  single hits BCL yang merupakan OST filem Habibie & Ainun, dan juga lagu ciptaan Melly Goeslow.

BCL berlakon dalam filem itu sebagai Hasri Ainun Habibie, bersama pelakon terkenal Reza Rahadian.

Lagu bertajuk Karena Ku Cinta Kau dihayati sepenuh perasaan sehingga terhenti kerana sebak tetapi disambung oleh penonton seolah-olah cuba memberinya kekuatan.

Air mata BCL beberapa kali tumpah ketika di atas pentas.

Lagu lain yang turut dinyanyikannya ialah Harta Berharga.

Bunga yang memakai serba hitam turut memberi ulasan tentang lagu-lagu yang dinyanyikan.

“Sepertinya setiap lagu punya kenangan sendiri ya. Maafkan saya tidak dapat menyanyikan lagu yang ceria-ceria harı ini,” katanya. 

Lirik Lagu Karena Ku Cinta Kau (OST Bayu Cinta Luna) nyanyian Bunga Citra Lestari.

  • Jika ada yang bilang ku lupa kau
  • Jangan kau dengar
  • Jika ada yang bilang ku tak setia
  • Jangan kau dengar
  • Banyak cinta yang datang mendekat
  • Ku menolak
  • Semua itu karena ku cinta kau
  • Jika ada yang bilang ku tak baik
  • Jangan kau dengar
  • Jika ada yang bilang ku berubah
  • Jangan kau dengar
  • Banyak cinta yang datang mendekat
  • Ku menolak
  • Semua itu karena ku cinta kau
  • Saat kau ingat aku ku ingat kau
  • Saat kau rindu aku juga rasa
  • Ku tahu kau s'lalu ingin denganku
  • Ku lakukan yang terbaik
  • Yang bisa ku lakukan
  • Tuhan yang tahu ku cinta kau
  • Jika kau tak percaya padaku
  • Sakitnya aku
  • Jika kau lebih dengar mereka
  • Sedih hatiku
  • Banyak cinta yang datang mendekat
  • Ku menolak
  • Semua itu karena ku cinta kau.. kau..
  • Saat kau ingat aku ku ingat kau
  • Saat kau rindu aku juga rasa
  • Ku tahu kau s'lalu ingin denganku
  • Ku lakukan yang terbaik
  • Yang bisa ku lakukan
  • Tuhan yang tahu ku cinta kau
  • Saat kau ingat aku ku ingat kau
  • Saat kau rindu aku juga rasa
  • Ku tahu kau slalu ingin denganku
  • Kau tahu ku juga ingin denganmu
  • Ku tahu kau s'lalu ingin denganku
  • Ku lakukan yang terbaik
  • Yang bisa ku lakukan
  • Tuhan yang tahu ku cinta kau 

1
1
1
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago