JANGAN menilai diri seseorang dengan melihat paras fizikal sahaja tanpa melihat mereka pada masa hadapan kelak. Rata-rata masyarakat zaman sekarang terlalu sensitif dengan calon yang bakal dijadikan sebagai jodoh. : KitaReporters.com
https://www.facebook.com/100000129477799/posts/3218231468191137/
Ini telah dikongsikan oleh seorang pemuda di Facebook tentang tentang dugaan yang terpaksa dihadapi dalam alam perkahwinan, pekerjaan, percintaan dan macam-macam lagi.
Menurut pemuda bernama Ahmad Zakimi Abdullah ini, beliau menceritakan kisah seorang kenalannya yang telah melalui kehidupan yang tidak dijangkakan.
Kisah ini boleh memberi pengajaran bahawa kebahagian telah ditetapkan oleh Allah kepada hamba-hambanya.
Pada perkahwinan pertamanya, beliau berkahwin dengan seorang ustaz yang telah diaturkan oleh ahli keluarganya.
Semasa perkahwinan ini pasangan ini tinggal berjauhan dan perkahwinan ini bukan kerana kerelaan masing-masing.
Nasib tak menyebelahi mereka kerana jodoh mereka tak panjang. Akhirnya bercerai. Ada juga beberapa peristiwa pergaduhan antara dia dengan ibu bapanya unjuran daripada masalah rumah tangganya.
"Itulah ayah, mak! Dulu paksa Fizah (bukan nama sebenar) kahwin dengan si Khairul (bukan nama sebenar) tu. Konon ustaz ni baik dan anak orang kaya. Tengok apa dah jadi. Lepas ni biarkan Fizah dari calon suami sendiri."
Itu yang selalu dia diluahkan kepada ibu bapanya, maksu dan paksu.
"Mie, nanti tengok kak Fizah tu ye. Takut pulak dia jumpa calon suami yang tak tentu. Risau maksu dan paksu ni,” ujar maksu. Baik maksu."
Kerana gagal dalam perkahwinan pertama, wanita ini dikatakan memilih seorang lelaki yang kaki lepak untuk menjadi suaminya. - Gambar hiasan
Kerana gagal dalam perkahwinan pertama, wanita ini dikatakan memilih seorang lelaki yang kaki lepak untuk menjadi suaminya.
Kak Fizah ni selalu balik kerja agak lambat. Setiap kali dia balik dari kerja mesti kena kacau dengan budak-budak kutu jalanan melepak.
Budak-budak ni tak kira petang malam. Selalu melepak sambil berbusking. Masing-masing rokok di tangan.
Ada sekali aku bersama Kak Fizah. Mereka kacau,
"Kaklong manis, baru balik kerja ka?"
Alah, biasalah. Kak Fizah ni janda. Janda berhias ni bukan biasa-biasa, dia seorang bakal doktor pakar.
Hari-hari Kak Fizah kena kacau dengan budak-budak muda tu.
Ada satu peristiwa. Semasa aku bersama-sama Kak Fizah dan seorang lagi kawan aku ikut balik ke rumah maksu dan paksu, sekali lagi Kak Fizah di usik.
"Hai Kaklong manis, lambat balik harini? Saya sakit ni kaklong. Bedahlah dada saya,” ujar salah seorang dari mereka. Budak ni namanya Ilham (bukan nama sebenar)."
Budak Ilham ni sebaya aku saja. Berambut panjang. Pandai main gitar. Suara dia boleh tahan. Dia ni memang nombor satu suka usik Kak Fizah.
Sekali Kak Fizah berhenti dan panggil dia,
"Dik ke sini jap.”
Lalu Ilham menghampiri Kak Fizah. Tentu kena budak Ilham ni - aku bermonolog.
"Apa Kaklong?” Ilham kelihatan ketakutan."
Sekali tanpa diduga Kak Fizah bersuara,
"Siapa nama awak?” Saya Ilham Kak.”Kalau saya tanya sesuatu awak boleh jawab tak?” Tanya Kak Fizah. Boleh Kaklong. Apa dia. ”Awak nak kawin dengan saya tak?”
Terkejut aku mendengar apa yang Kak Fizah lafazkan. Aku dan rakanku di sebelah Kak Fizah rasa sangat pelik. Biar betul kak Fizah ni.
"Awak dengar tak ni? Boleh awak kawin dengan saya?” Sekali lagi kak Fizah tanya si budak Ilham tu. Hmmm... tapi... hmmm” bergamam."
Aku lihat Ilham macam blurr. Mulut terkumat kamit seperti orang nak berkhatan. Ketakutan dan kehairanan.
Aku pasti dia terkejut dengan apa yang kak Fizah katakan. Apa taknya, Kak Fizah seorang doktor. Dia hanya kutu jalanan. Dah la jauh lagi muda dari kak Fizah.
"Ok kaklong, balas Ilham. Muka kehairanan.Ok. Baik. Nanti bulan depan kita kawin. Esok saya kita jumpa sini. Kita bincang balik."
Kak Fizah seorang doktor. Dia hanya kutu jalanan. Dah la jauh lagi muda dari kak Fizah. - Gambar hiasan
Ya, aku terkejut.
Selepas seminggu, maksu dan paksu tahu tentang hal ini. Mereka bertanya kepadaku untuk kepastian. Maksu dan paksu agak marah.
"Macamana si Fizah ni suka kat budak kutu tepi jalan tu. Pelik. Ni mesti budak Ilham pakai ayat guna-guna.” Itu yang paksu bagitau kepadaku."
Beberapa siri pertengkaran antara kak Fizah dengan paksu. Kak Fizah ada pernah ceritakan.
Akhirnya, mereka melangsungkan perkahwinan. Paksu dan maksu tak mampu menahan kemahuan kak Fizah.
Itu pilihan dia setelah perkahwinan pertama dia gagal atas dasar pilihan keluarga. Bukan cinta. Paksu dan maksu akur.
Aku sendiri tak yakin Kak Fizah dan suami barunya mampu bertahan lama. Ia seolah-olah perkahwinan untuk balas dendam kepada ibu bapanya. Atau dia sengaja nak sakitkan hati orang tuanya.
Aku sendiri pun tak faham. Biarlah.
Setelah 19 tahun lamanya tak berjumpa, tiba-tiba
Setelah beberapa tahun lamanya. Aku pun dah jadi doktor. Kak Fizah pun dah jadi doktor pakar. Mereka pun dah berpindah. Kami lama tak jumpa. Hubungan terputus.
"Adik Mie, kak Fizah ni. Nanti datang rumah akak ye. Akak ada buat makan sikit.” Aneh. Sudah sekian lama kak Fizah menghilang, dia hubungi aku."
Aku pergi ke rumah kak Fizah dan ada seorang lelaki yang aku tak kenali mengangkat tangan untuk bersalaman dan menjemput aku masuk.
Lelaki itu segak. Kemas.
"Eh! Sapa ni? Takkan si Ilham kutu tu?” Bermain-main dalam fikiranku.Salam Mie. Masuk Mie. Jemput Mie."
Eh siapalah ni agaknya. Suami baru Kak Fizah pula ke?
Ada seorang lagi tetamu masuk sambil berkata, “salam Prof. Ilham.”
Terkejut aku. Adakah Prof Ilham yang aku kenali budak kutu dulu?
Akhirnya aku bertanya kepada kak Fizah sendiri siapakah Prof Ilham. Prof Ilham itu sebenarnya budak kutu jalanan yang sering mengacau Kak Fizah. Kak Fizah bercerita panjang kepada aku.
Setelah mereka kahwin, Ilham menyambung pengajiannya di luar negara. Dia beroleh degree dan kemudian PhD. Kini Ilham bertugas sebagai pensyarah. - Gambar hiasan
Setelah mereka kahwin, Ilham menyambung pengajiannya di luar negara. Dia beroleh degree dan kemudian PhD. Kini Ilham bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti terkemuka di Malaysia.
Itulah kawan-kawan. Jangan memandang rendah kepada siapapun. Kejayaan, kebahagiaan itu hanya dari Allah. Yakinlah.
Pengajarannya, janganlah kita memandang rendah pada sesiapa pun. - KitaReporters.com