SEBAGAI tanda penghargaan khususnya guru-guru, KELAB Chapter Anak Perlis (KCAPs), Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan tiket penerbangan ke Kuala Lumpur dan penginapan di Hotel EDC KL kepada murid, ibu bapa serta guru-guru yang berjaya membimbing sehingga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Ampat, Perlis memperolehi keputusan 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2020 nanti. : KitaReporters.com
Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar, Dr Rajwani Md Zain yang mewakili Dekan Hal Ehwal Pelajar Dr Massudi Mahmuddin berkata, penawaran tiket penerbangan dan penginapan itu sebagai penghargaan kepada guru, murid dan ibu bapa yang berjaya mendidik murid sekolah itu.
Dr Rajwani menambah
penghargaan untuk menyediakan tiket penerbangan kepada guru tahun enam itu
tercetus selepas sedih dan pilu melihat seorang ustazah sebuah sekolah agama
dipaksa merangkak dalam kelas oleh wanita dipercayai ibu kepada seorang murid.
Katanya, kisah yang mendapat
perhatian warganet selepas rakaman video berduasi dua minit 17 saat itu tular
dalam laman sosial sungguh mendukacitakan.
‘Sebagai ibu bapa seharusnya kita menghargai peranan guru yang mendidik dan membimbing anak kita dalam semua aspek," ujarnya dalam nada yang sebak pada majlis perasmian Mesyuarat PIBG sekolah berkenaan pada Selasa, 25 Februari 2020.
Beliau juga gembira dengan
KCAPs yang mengambil inisiatif untuk memberi semangat kepada murid tahun enam
dengan menawarkan hadiah yang tidak terduga ini termasuk menghargai sumbangan
guru juga.
Dalam pada itu, Presiden KCAPs Muhammad Tasnim Abd Razar ketika ditemui berkata, program yang dilancarkan ini diharap menjadi pemangkin kepada anak-anak di negeri Perlis terutamanya dan SK Simpang Ampat khususnya.
"Penghargaan kepada murid
dan ibu bapa sahaja tidak mencukupi bagi kami sebab itulah kami berusaha untuk
mencari penaja bagi menghadiahkan tiket penerbangan dan penginapan ke Kuala
Lumpur bagi guru sekolah itu," katanya lagi.
Sekolah yang berusia 103
tahun ini amat bertuah kerana dipilih oleh KCAPs UUM untuk menjadi sekolah
angkat mereka.
Antara aktiviti yang telah
dirancang ialah motivasi, kelas tambahan, kem cuti sekolah, kem wartawan cilik,
konvokesyen tahun enam dan beberapa aktiviti lain.
Majlis perasmian Mesyuarat
PIBG SK Simpang Ampat itu turut diserikan dengan cabutan bertuah dan penyerahan replika kapal terbang
kepada murid sekolah itu yang disaksikan oleh Guru Besar Tengku Tengku Noorani
Tengku Senawi. - KitaReporters.com