Santai 25 Feb, 2020

PILIH!! MELANGKAH ATAU DIUSUNG KE MASJID?

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

PEMUDA dan Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Pekan Kodiang, Kedah akan menganjurkan Program Mulakan Langkahmu ke Masjid pada 28 dan 29 Februari 2020: KitaReporters.com


Pengerusi Biro Multimedia, Sukan Dan Rekreasi, Azhar Romli, 45, berkata, program yang dianjurkan di Masjid Jamek Kodiang ini diadakan bagi menjemput orang ramai untuk mengimarahkan masjid terutama golongan orang muda. 

"Pihak kami telah merancang pelbagai aktiviti menarik sepanjang dua hari itu antaranya ceramah bersama pendakwah terkenal Dato' Ustaz Mohamad Kazim Elias serta pameran perkhidmatan dari agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), swasta, berkanun dan orang perseorangan.

Selain daripada itu, pihak urusetia juga akan menyediakan Skrin Gergasi untuk tayangan pertandingan bola sepak antara Kedah dan Johor.

Dalam pada itu, team kereta klasik dan berkuasa tinggi juga telah dijemput untuk memeriahkan program itu pada hari Sabtu, 29 Februari 2020.

Azhar menambah orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan, Unit Tabung Derma Darah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi-agensi lain.

Sempena program itu, Pasar Percuma juga akan dibuka untuk orang ramai yang ingin mendapatkan pakaian, kasut, beg dan barang-barang lain secara percuma.

Manakala pada Jumaat, 28 Februari 2020, dijemput orang ramai untuk menyertai Fun Walk, Run and Ride yang akan bermula di Tapak Nat Pekan Kodiang bermula 7  pagi.

Bagi menghargai pengunjung yang datang, 30 cabutan bertuah termasuk mesin basuh disediakan oleh pihak penganjur nanti.

Mereka yang ingin menyumbangkan pakaian, kasut, beg dan barangan-barangan lain untuk Pasar Percuma juga boleh menghubungi talian 0122782464 untuk keterangan lanjut.

1
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago