Santai 16 Dec, 2019

KITA BAKAL ADA MUZIUM SASTERAWAN NEGARA

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

BERITA baik untuk dunia sastera negara. Kita akan mempunyai muzium yang akan menghimpunkan semua tokoh sasterawan dan menjadi galeri yang memaparkan maklumat kisah hidup serta karya mereka. : KitaReporters.com

Datuk Bandar KL, Datuk Nor Hisham bertemu Pak Samad.


Pada Sabtu (14/12/2019) lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham A Dahlan, membawa khabar gembira ketika mengunjungi tetamu Sekretariat KL World Book Capital 2020  ( KLWBC) di No 10 & 11 Jalan Tangsi, Kuala Lumpur.

Katanya, rumah sekretariat itu dijangka diubah suai menjadi Muzium Sasterawan Negara. DBKL akan menaja semua kos projek.

Sehubungan itu, Datuk Nor Hisham berkata DBKL dalam proses memperincikan maklumat untuk menubuhkan muzium tu sebagai perpustakaan bagi kemudahan karyawan mendapatkan data lengkap tentang tokoh sasterawan negara dan pameran hasil kerja mereka.

Beliau menunjukkan minat itu berdasarkan pengalamannya dan memiliki latar belakang pendidikan Sains Librari dari UiTM. 

Beliau turut menyifatkan penubuhan muzium itu sebagai melengkapkan usaha menjayakan pelantikan Kuala Lumpur sebagai kota buku dunia pada tahun depan.

Malaysia dipilih sebagai World Book Capital atau Ibu kota Buku Dunia 2020 ( KLWBC 2020) bagi bertujuan mempromosikan budaya membaca buku melalui aktiviti pembukuan sepanjang tahun. 

WBC diasaskan oleh Unesco pada 2001 dengan Kota Madrid menjadi ibu kota pertama bagi projek berkenaan.

"Kita mahu meraikan warga yang menghidupkan KL dan memberi satu pengiktirafan kepada karyawan seni ini. 

"Matlamat utama adalah menceriakan bandar raya dengan aktiviti berkaitan membaca, mempromosi penulisan buku yang kini kian malap.

"DBKL juga berharap dapat memajukan lagi industri penerbitan dan pemasaran buku, sekali gus menaikkan nama negara di persada dunia. 

"Kita juga berharap dapat mengubah masyarakat menjadi warga pembaca yang aktif," katanya.

Dalam satu kajian pada 2014, warga negara ini membaca 12 buku setahun. Angka sama dengan Amerika Syarikat kerana ramai memilih untuk menggunakan audiobook dan Kindle.

Datuk Nor Hisham memberi khabar gembira secara eksklusif tu kepada KitaReportes.com ketika beliau mengunjungi Tokoh Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said yang diundang terbabit dalam majlis Sembang Santai anjuran Promedia di KLWBC pada Sabtu (14/12/2019).

Beliau sempat berbual ringkas dengan Pak Samad dan beramah mesra dengan peserta majlis. 

Dalam masa itu juga, Datuk Nor Hisham diberi taklimat ringkas oleh kakitangan DBKL sambil meninjau kawasan berkenaan.


Sekretariat WBC 2020 asalnya adalah rumah agam milik Loke Chow Kit yang dibina pada 1903. Rumah di kawasan bekas perumahan mewah Inggeris ini dikatakan hanya satu-satunya bangunan yang dimiliki oleh warga tempatan pada masa itu. 

Bangunan dua tingkat dikenali Dewan Loke (Loke Hall) dijadikan kediaman dan pejabat, yang diberi kebenaran dibina dalam kawasan European Quarter, tempat eksklusif warga penjajah.

Rumah itu yang berdepan dengan Kelab Diraja Selangor berdekatan Dataran Merdeka, dimiliki Loke Chow Kit hasil kekayaan yang dikumpulkan daripada perlombongan bijih timah.

Bagaimanapun Loke menjual rumah itu pada 1909 dan diubah suai menjadi Hotel Empire dan diikuti Hotel Peninsular pada 1919. 

Reka bentuknya ilham dari taman landskap dari China dan seni bina bangunan di Eropah.

Loke Chow Kit berasal dari Pulau Pinang muncul sebagai usahawan terkenal pada abad ke-19 yang membuka perniagaan Chow Kit & Co selepas terbabit dalam industri biji timah dan perusahaan lain. 

Hebatnya Loke ni sehingga namanya jadi sebutan di Jalan Chow Kit termasuk diabadikan dalam lagu Chow Kit Road oleh arwah Sudirman Haji Arshad.

Loke meninggal dunia di rumahnya di Ampang pada 29 Ogos 1918 pada usia 54, akibat radang paru-paru dan dikebumikan di Pulau Pinang. Mendiang meninggalkan dua isteri dan 13 anak. - KitaReporters.com

Semua ambil peluang merakam kenangan dengan Datuk Bandar KL dan Pak Samad. 

4
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago