NAMA seorang tokoh besar seperti Bruce Lee mampu memberi keuntungan bagi sesuatu perniagaan. Justeru banyak pihak ingin memanfatkan nama dan wajah nama tokoh selegenda itu. : KitaReporters.com
Restoran makanan segera ini disaman oleh Shannon Lee kerana mempamerkan wajah bapanya.
Saman dilakukan oleh anak Bruce Lee, Shanon Lee yang menjalankan syarikat Bruce Lee Enterprises.
Dia menuduh syarikat Kungfu Catering Management tidak sopan terhadap nama besar Bruce Lee.
Shannon Lee mengemukakan saman berjumlah RM150 juta.
Dikenal dengan nama lain berupa Zhen Gongfu dalam bahasa Mandarin, atau ertinya 'Kung Fu Sebenarnya', syarikat tersebut ditubuh pada tahun 1990.
Semenjak tahun 2004, logo mereka menggunakan potret Bruce Lee dengan rambut hitam berpose kung fu.
Rupa-rupanya perkara tersebut adalah alasan Shannon Lee mengemukakan tuntutan terhadap Kungfu Catering Management.
Dia menganggap Kungfu Catering Management belum meminta izin atau membayarkan kos penggunaan citra ayahnya, selama 15 tahun.
Dipetik dari laporan South China Morning Post, syarikat tersebut mengatakan: "Kami bingung kami mendapat tuntutan ketika ini, padahal perkara ini sudah lama sekali kami lakukan.
"Ketika ini kami sedang aktif mengkaji kes ini dan bersiap membuat hujah balas."
Tuntutan Shannon Lee termasuk permintaan syarikat tersebut berhenti serta merta menggunakan potret ayahnya.
Selain itu, dia juga meminta penghakiman segera bahawa syarikat tersebut tidak ada kaitan dengan ayahnya serta pembayaran pampasan sebanyak RM150 juta. - KitaReporters.com
Patung Bruce Lee bagi memperlihatkan dirinya salah satu bintang kungfu legenda