Santai 22 Nov, 2019

EMPAT DESTINASI CUTI-CUTI UNTUK 'KAKI JALAN'

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this
“BIASANYA ‘kaki jalan’ tidak senang duduk, ada sahaja perancangan percutian dirancangkan. Pendek kata mereka ini tidak boleh duduk di rumah. : KitaReporters.Com


Ada pelbagai jenis kesukaan si kaki jalan sama ke lokasi dikelilingi hutan batu atau memilih kawasan peranginan mendamaikan lari daripada hiruk pikuk kota.

Berdasarkan informasi dikutip daripada kajian ‘Travel And Leisure’ hujung tahun 2019 merupakan waktu sesuai menjelajah ke empat destinasi hebat ini.


1. Scottsdale – Arizona, Amerika Syarikat

Mountain Sonoran Preserve


Musim gugur telah tiba di Gurun Sonora dengan pemandangan langit cerah menjadikan masa sesuai untuk berada di Scottsdale.

Bagi mereka suka kepada aktiviti luar (outdoor) McDowell Mountain Sonoran Preserve adalah tempat ideal sama ada berjalan kaki, menaiki kenderaan atau menunggang kuda untuk melihat keindahan alam semulajadi di sini.

Selain itu, wajib untuk mengunjungi Taliesin West yang telah diwartakan sebagai lokasi Warisan Dunia UNESCO, dan National Historic Landmark.

Old Town Scottsdale juga merupakan lokasi menyajikan pemandangan masa lalu Scottsdale sekali gus menjadikan ‘kota tua’ ini lokasi menyenangkan untuk berjalan-jalan sama ada di waktu petang atau di malam hari.

Bagi mereka yang mudah terpesona dengan keindahan alam sangat sesuai terbang ke sini. 

Old Town Scottdale


2. Rom – Itali

Colosseum


Karya seni khas ala Romawi kuno, makanan yang lazat dan terdapat banyak nuansa romantik menjadikan punca kepada pemilihan bagi kunjungan ‘kaki jalan’ ke Roma.

Pada penghujung tahun kebiasaannya Roma dibaluti musim sejuk dan cerah, jadi boleh mengenakan gaya ‘stylish’ dengan kasut buts bersama jaket. Wah!!! Maknanya melancong sambil ‘Outfit Of The Day’ (OOTD).

Menariknya di sini adalah Festival Jazz Roma yang akan berlangsung pada penghujung tahun selama sebulan atau dua bulan dengan menampatkan pemuzik dari seluruh dunia.

Kota seni ini turut dimeriahkan dengan Festival Romaeuropa yang menyajikan pertunjukan muzik, teater, tari, ‘circus’, dan seni lain seperti opera, di Teatro dell'Opera, Spanish Steps.

Sambil berkalan kaki di seluruh bandar Roma ini, ‘kaki jalan’ semestinya tidak akan melepaskan peluang melihat piazza, gereja diabad pertengahan, bangunan bersejarah dan hasil seni lukisnya. 

Spanish Step


3. Sydney - Australia

Sydney Opera House


Sydney Opera House, simbol kota paling popular di Sydney, yang menyelenggarakan pertunjukan balet, opera, teater, tari, muzik dan banyak lagi pertunjukan yang perlu disaksikan bagi mereka yang memilih destinasi ini. 

Paling sempoi pun ambil peluang bergambar atau makan malam di situ.

Manfaatkan hari yang panjang dan cuaca nyaman berjalan di taman-taman di Sydney, seperti National Royal Park, salah satu yang tertua di dunia.

Pantai, hutan hujan, margasatwa, jalur pejalan kaki, dan area piknik menjadikannya tempat yang menarik untuk dikunjungi selama sehari penuh atau berkemah.

Sementara itu, jika tidak sempat  untuk aktiviti menyelam di Great Barrier Reef, masih dapat melihat kehidupan lautnya di akuarium Sydney, dengan pameran luas makhluk bawah air yang berinteraktif. 

National Royal Park


4. Bangkok - Thailand

Pasar Malam Chaktuchak


Bangkok memang menjadi lokasi pelancongan menyenangkan sepanjang tahun dan tidak sah kalau tidak menyinggah ke Grand Palace,  sebuah kompleks membeli-belah terbesar di sini dengan keluasan 53 hentar.

Berada di Kota Bangkok yang begitu sesak telah menjadikan Sungai Chao Phraya yang mengalir di celah-celah kota adalah cara terbaik untuk menghindari kesesakan lalu lintas dan melihat pemandangan dengan menaiki bot panjang disediakan.

Kehidupan malam paling seronok kerana tedapat banyak pasar malam, pasar dengan ribuan penjaja makanan di pinggir jalan-jalan sepeti di Chaktuchak menjadikan ia bukanlah kota sepi.

Namun, untuk bersantai dan mencari suasana alami, Bangkok juga ada seperti Taman Lumpini, di tengah-tengah kawasan komersial kota, menawarkan taman, danau, perahu dayung dan udara segar. - KitaReporter.Com

‘Street Food’ di Bangkok adalah bahagian besar daripada pengalaman yang bisa Aanda dapatkan. Cita rasanya khas, kaya akan rempah-rempah. 

Jajan jalanan 

2
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago