SEMAKIN ramai golongan selebriti menceburi bidang peniagaan sebagai tambahan sumber pendapatan atau sebagai persiapan beralih bidang setelah populariti menurun. Populariti adalah asas dalam memudahkan peniagaan yang dijalankan. : KitaReporters.com
Sufian Suhaimi bersama bantal zikir yang dijualnya. - Foto Twitter Sufian Suhaimi
Bagi selebriti wanita kebanyakan berkecimpung dalam peniagaan berkaitan dengan kosmetik dan pakaian termasuk pakaian muslimah dan tudung.
Menceburi peniagaan terutama peniagaan online, memerlukan kreativiti.
Sementara bagi selebriti lelaki bidang peniagaan yang boleh diceburi agak terbatas.
Justeru, penyanyi dan komposer yang sedang meningkat Sufian Suhaimi melakukan sesuatu yang dianggap berlainan berbanding selebriti lain.
Sufian menjual bantal. Ia bukan calang-calang bantal. Ia merupakan bantal zikir dikenali sebagai Zikir Pillow by BabyPian.
Ia merupakan bantal yang mengandungi unsur dakwah. Ia memuatkan sejumlah ayat al-Quran dan doa.
Dijual pada harga RM139 sebiji sejak 31 Januari 2020.
Bantal itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa.
Selain dijual secara langsung, melalui sejumlah ejen, bantal ini juga boleh dibeli secara dalam talian dengan menghubungi nombor WhatsApp 0142930020.
Boleh juga terus ke media sosial Sufian (https://twitter.com/sufiansuhaimi_) atau BabyPian (https://twitter.com/xoxoariena).
Ayat-ayat al-Quran yang dapat diikuti dengan membeli Zikir Pillow
Dalam sosial medianya, Sufian menyatakan bantal itu dijual juga bertujuan bedakwah melalui sejumlah ayat al-Quran dan doa yang dimuatnaikkan ke dalam bantal tersebut.
Namun, langkah Sufian menjual bantal zikir itu menerima kritikan sejumlah peminat yang beranggapan dia cuba menggunakan agama sebagai melariskan jualan.