Santai 19 Jan, 2020

PENYU MENANGIS!! KERANA GANTI STRAW PLASTIK

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
"ADIK ketawa di Rantau Abang... Penyu menangis siapa yang tahu..." Begitulah sebahagian lagu nyanyian arwah Datuk Sudirman Arshad, mengenai kisah penyu yang sudah lama menderita akibat kegagalan manusia mengekalkan pemuliharaan alam sekitar, mencemarkan laut dengan sisa buangan seperti straw plastik sehingga membunuh penyu dan hidupan marin. KitaReporters.com

GAMBAR tular... Gambar straw yang disangkut di dalam hidung seekor penyu menjadi tular.


Lantas straw plastik yang dipercayai menjadi punca 4,600 penyu pupus setiap tahun kerana bahan itu terperangkap dalam hidung penyu, telah mendorong satu kempen besar-besaran  ke seluruh dunia. 

Malangnya dunia tidak pula meminta belon, plastik sampah yang selama ini dilihat seperti jeli oleh penyu, diharamkan.

Sebenarnya jika diambil kira ketika dekad 90-an dahulu telah wujud kempen menyelematkan penyu apabila satu produk wax kereta dikeluarkan untuk menjana pendapatan memuliharaan penyu. 

Straw diperbuat daripada besi.. Selamat tapi kerap terlupa dan tertinggal untuk diambil semula.


Kini kempennya ialah menjual straw besi yang dikatakan selamat bukan saja pada penyu, kanak-kanak dan boleh dikitar semula.

Orang kita begitu mudah terbuai, daripada guna straw plastik maka berduyun-duyun pihak muncul dan mencadangkan batang serai buluh dan pokok kercut sebagai pengganti straw. 

Malah ada juga idea batang betik sehingga pokok buluh hiasan landskap sehingga semua ranting kayu berongga hendak diubah suai menjadi straw. 

Bolehkah produk tumbuhan semula jadi itu dijadikan straw kerana proses tahan lamanya, perlu. 

Straw diperbuat daripada serai, yang nampaknya jadi bahan lawak dalam kalangan netizen.


Di negara pengeluar termasuk Cina telah memperkenalkan straw daripada besi dan buluh yang boleh dikitar semula. Straw ini pula pengguna yang kena bawa sendiri. 

Timbul pula kisah lain. Bayangkan selepas minum terlupa ambil dan masukkan ke dalam beg. Alamak rugi pula.

Malah sudah banyak restoran beralih kepada straw kertas tetapi sangsi tentang kebersihannya dan bila ada yang mengaku melihat proses pembuatan straw yang kotor, mereka jadi takut untuk menggunakan penyedut minuman buatan kertas ini.

SYARIKAT Nestle Malaysia ada perkenal straw diperbuat daripada kertas.


The Ocean Cleanup melaporkan sehingga kini manusia membuang 5.25 trillion kepingan sampah sarap dan puing ke dalam lautan dan daripada itu, 269,000 tan yang terapung di permukaan. 

Sebenarnya sikap manusia dan sistem pengurusan sampah sarap yang tidak cekap membunuh haiwan lautan bukan saja penyu malah ikan dan burung.

Daripada jumlah itu, lapan juta bahan buangan adalah plastik dan 0.025 persen adalah straw.  Walaupun kecil saja peratusan itu, ancamannya sangat menakutkan. 

Malah penyu disenaraikan dalam binatang yang dilindungi kerana kelangsungannya kian terjejas akibat perubahan iklim yang menjejaskan sarang tempatnya, bertelur.

Setiap kali pengguna straw membuangnya, hayatnya akan berakhir di lautan bersama-sama buangan sisa toksid dari  industri, sisa kilang dan sisa perbandaran. 

PLASTIK kadang-kadang berakhir menjadi makanan sang penyu yang malang.


Straw tersedut pada hidung penyu kerana plastik seperti belon macam jeli makanan yang melazatkan bagi sang penyu.

Pertubuhan Pemuliharaan Penyu menganggarkan 100 juta haiwan marin, mati akibat pencemaran lautan dan bilangan straw saja, 500 juta dikutip di tepian pantai Amerika setiap hari. 

Bahan buangan ini secara tidak sengaja tertinggal di pantai dan terus dibawa arus ke laut sebelum lama-kelamaan  hancur dan berbentuk puing, bertebaran dinamakan mikrofiber, dalam bentuk kepingan bawah lima mililiter panjang.  

Plastik-plastik ini yang terdampar di pantai akan ditemui terapung-apung di lautan.


Di Lautan Pasifik sepanjang perairan Jepun merentasi Amerika Utara, lautan sampahnya paling banyak ditemui dengan anggaran 480,000 tan kepingan puing berterapungan. 

Malaysia tidak terkecuali masuk dalam senarai dalam negara yang ramai penduduk termasuk China, Ameriksa Syarikat, India, Indonesia, Filipina, Vietnam, Mesir, Nigera, Bangladesh, Sri Lanka yang membuang sisa ini di tengah lautan yang mengancam sumber marin.

Contohnya di China, Guangzhou bandar raya yang terbesar dan mempunyai 14 juta penduduk. Setiap hari penghuninya membuang 8,000 tan sampah sarap dibuang dan 3,800 tan adalah sisa dapur. 

Pusat pembuangan sampah juga mengambil kawasan seluas 230 ekar tanah di bandar raya itu yang dibina dengan kos $100 juta dolar AS.

Jika tiada usaha untuk menyelesaikan masalah pengurusan sisa itu, 3 bilion penduduk dunia akan mengalami 20 peratus kekurangan protein ikan. Jika sebaliknya tambahan ikan boleh ditingkatkan 10 juta. 

Dan menjelang 2025 jika pencemaran lautan dibiarkan, kemungkinan besar laut ada lebih banyak plastik daripada ikan. - KitaReporters.com

DI VIETNAM, penduduk telah juga menjadi straw diperbuat daripada batang rumput sebagai alterenatif.



1
1
19
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago