Santai 01 Jan, 2020

ANAK-ANAK ASNAF DIBANTU KEMBALI KE SEKOLAH

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
BAGI anak-anak asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan di bawah kategori B40, alam persekolah sesi 2020 berkemungkinan menghadapi kesulitan dalam menyiapkan kelengkapan peralatan dan pakaian sekolah disebabkan keadaan hidup keluarga masing-masing. : KitaReporters.com

Hassan Abdullah Jamaluddin memberikan nasihat kepada anak-anak ahli komuniti Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor yang menerima bantuan Program Kembali Ke Sekolah anjuran Surau Lestari Perdana 7 pada 31 Disember 2019.


Bagaimanapun atas keprihatinan individu serta syarikat-syarikat tertentu yang berkemampuan dengan tulus ikhlas membantu meringankan beban dihadapi, secara tidak langsung telah menceriakan anak-anak golongan terlibat.

Jika anak-anak yang berada mengenakan pakaian dan kelengkapan peralatan sekolah yang baharu bila memulakan sesi persekolahan, anak-anak asnaf mahupun golongan kurang mampu juga turut sama, cuma bezanya dari segi harga sahaja, bila mereka memperoleh bantuan melalui Program Kembali Ke Sekolah.

Situasi ini turut sama dirasai seramai 97 orang anak-anak golongan asnaf dan ibu tunggal yang kurang berkemampuan di bawah ketegori B40 di sekitar kawasan Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Anak-anak penerima bantuan Program Kembali Ke Sekolah anjuran Surau Lestari Perdana 7 gembira dengan bantuan diperolehi bagi perbelanjaan membeli peralatan dan pakaian sekolah.


Mereka begitu teruja menerima bantuan berkenaan yang berupa baucer pembelian kelengkapan belajar dan pakaian sekolah anjuran Pertubuhan Amal Lestari Indah (PALI) yang berlangsung di Surau Al Munir, Taman Seri Indah melibatkan seramai 50 orang penerima.

Malahan rata-rata ibu bapa penerima bantuan tersebut melahirkan rasa syukur dan terharu serta mengucapkan terima kasih dengan pemberian sumbangan PALI kali ini.

Menurut seorang Ahli Jawatankuasa PALI, Ariati Mohd Salleh yang ditemui di Taman Seri Indah pada Selasa (31/12/2019) lalu, penerima terpilih merupakan anak-anak penduduk yang  tinggal sekitar taman berkenaan dan tidak memperolehi apa-apa bantuan bawah Program Kembali Ke Sekolah anjuran organisasi atau badan-badan sukarela yang lainnya.

Setiausaha Pertubuhan Amal Lestari Indah (PALI), Norsiah Zaharuddin (kanan) menyampaikan bantuan kepada salah seorang wakil penerima Program Bantuan Kembali Ke Sekolah di Surau Al Munir, Seri Indah.


Katanya, pelajar-pelajar terlibat terdiri daripada mereka yang di sekolah rendah, menengah dan agama, di mana keluarga mereka di bawah kategori B40 sama ada golongan asnaf atau ibu tunggal.

"Program Kembali Ke Sekolah anjuran PALI tahun ini merupakan dana sumbangan individu tertentu selain dana persatuan sedia ada. 

"Bagaimanapun jumlah yang disumbangkan tidak sebanyak tahun sebelumnya kerana diperolehi  berkurangan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak-pihak berkemampuan sama ada badan-badan korporat, syarikat-syarikat, organisasi mahupun NGO serta orang perseorangan agar dapat menyalurkan dana bantuan kepada PALI bagi membantu golongan kurang mampu pada masa depan.

Ahli Jawatankuasa Biro Muslimat Surau Lestari Perdana 7, Arbaiyah Aini  (kanan) menyampaikan sumbangan bantuan Program Kembali Ke Sekolah.


Jika ada individu atau badan-badan yang ingin menyalurkan dana bagi aktiviti PALI, ia sangat diharapkan dan dihargai kerana buat masa ini, pertubuhan belum mempunyai sumber kewangan sendiri.

Sementara itu, sejumlah 47 orang anak-anak komuniti Seksyen 7 Lestari Perdana menerima sumbangan daripada Surau Lestari Perdana 7 melalui Program Kembali Ke Sekolah bagi sesi persekolahan 2020.

Program julung kali diadakan ini merupakan inisiatif ahli jawatankuasa surau yang diketuai Timbalan Pengerusinya, Hassan Abdullah dengan dibantu gigih oleh Biro Muslimat dan Biro Kebajikan.

Sebahagian penerima bantuan Program Kembali Ke Sekolah anjuran Pertubuhan Amal Lestari Indah (PALI) bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa pertubuhan itu.


Untuk tujuan itu, kata Hassan, dana sejumlah RM4,700 berjaya dikumpul melalui sumbangan para dermawan, orang perseorangan dan badan-badan tertentu di sekitar Lestari Perdana dan kawasan berhampiran.  

Dengan jumlah itu, beliau memberitahu, setiap penerima memperolehi RM100 seorang bagi tujuan sebagai tambahan pembelian peralatan kelengkapan dan pakaian sekolah bagi sesi persekolahan 2020.

Sehubungan itu, Hassan berharap, ibu bapa penerima sumbangan bawah Program Kembali Ke Sekolah anjuran Surau Lestari Perdana 7 dapat memanfaatkan bantuan tersebut untuk tujuan tambahan bagi pembelian kelengkapan sekolah anak-anak.

Semoga dengan sumbangan berkenaan menjadi antara galakkan kepada anak-anak supaya gigih belajar dalam usaha menambah ilmu pengetahuan ke arah menjadi individu yang pandai dan maju dalam bidang pelajaran. - KitaReporters.com

Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal Lestari Indah (PALI) yang menjayakan pemberian bantuan Program Kembali Ke Sekolah tahun ini.

 

 

0
0
0
0
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago