Santai 04 Dec, 2019

TAHNIAH!! GELOMBANG JUARAI LAGI BOLA PANTAI

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this
PASUKAN Gelombang United dari Terengganu jelas pada kelas tersendiri apabila kembali mempertahankan gelaran Kejohanan Bola Sepak Pantai Terbuka Universiti Teknologi Mara (UiTM) setelah menumpaskan KLM Soccer 2-1 dalam perlawanan akhir edisi ketiga, 2019 baru-baru ini. : KitaReporters.com 

PASUKAN Gelombang United bergembira menayangkan hadiah kemenangan bergelar juara buat kali ketiga berturut-turut.


Diperkuatkan oleh empat pemain kebangsaan, pasukan dari Kemaman, Terengganu itu turut beroleh hadiah wang tunai RM2,000, sekali gus muncul juara buat kali ketiga berturut-turut selepas 2017 dan 2018.

Mereka ialah Riduwan Mohd. Noor, Mohd. Zaharim Yusof, Mohd. Zulhairi Ismail dan Mohamad Nor Saifuruddin Ngah yang membantu Malaysia muncul ketiga terbaik Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF di Chonburi, Thailand pada bulan ini. 

Seorang daripada pemain negara, Zaharim menjaringkan dua gol, sekali gus berhak ditabal wira final di Gelanggang Bola Sepak Pantai, Kolej Seroja UiTM, Shah Alam, Selangor itu.

Gelombang United walau bagaimanapun dikejutkan gol pendahuluan minit pertama oleh pemain KLM Soccer, Zulfahmi Ishak.

KLM Soccer dihampakan dua gol Mohd. Zaharim Yusof untuk berpuas hati selaku naib juara. 


Terdahulu, Gelombang United yang diuruskan oleh Yahaya Mohd. Noor, mengalahkan NR Team 4-1 dalam separuh akhir.

Naib juara, KLM Soccer yang berpangkalan di Morib, Banting, Selangor pula beroleh hadiah RM1,000 sesudah menghampakan tuan rumah, UiTM 2-1 untuk turut mara meraih tiket final.

"Dalam suku akhir dan separuh akhir, kami tidak pernah kena bolos awal. Jadi kami ingatkan diri semula kalau tidak cepat bangkit, kami pasti kecundang. Mujurlah kami dapat balas dua gol hasil pengalaman, semangat dan kerjasama sepasukan.

"Pemain-pemain lain Gelombang United ialah Khairul Azizi Norwawi, Mohd. Abdul  Kadir, Ajasni Parman dan Wan Adremy Indra Wan Manan. Walaupun pasukan ini berpangkalan di Kemaman, kebanyakan pemain kami berasal dari Kuala Terengganu," kata Yahaya.

Gelombang juga menundukkan Cherating Beach 3-1, manakala KLM Soccer mengatasi Pantai FC dengan angka sama dalam aksi suku akhir masing-masing. 

UiTM walau bagaimanapun tetap meraih sagu hati RM700 dengan menundukkan NR Team 4-1 untuk muncul pemenang tempat ketiga dalam perlawanan penentuannya.

Kejohanan dari 30 November hingga 1 Disember lalu itu berjaya menarik penyertaan 21 pasukan termasuk dua dari Thailand, Pratunam BSB dan Pakkret City D Sport.

Namun Pratunam BSB sekadar singgah ke suku akhir sementara Pakkret City D Sport gagal melepasi saingan seawal peringkat Kumpulan G lagi.

Pratunam BSB disekat menerusi penalti penentuan 3-1 oleh NR Team setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga masa sebenar permainan.

Kejohanan ini juga menyaksikan aksi pasukan lain seperti KTP FC, Unisza, Telaga Batin, Cherating United, Highlander Zone, Highlander Starz, PSKK, Kedah, New City FC, NR City, Taba United, UiTM Johor dan Morib FC.

Keputusan suku akhir lain menyaksikan kehampaan UiTM yang mampu melepasi saingan peringkat Kumpulan F malah bernasib baik kerana mengatasi Cherating United menerusi penalti penentuan 2-0 setelah terikat 2-2 dalam suku akhir.


Kesemua 21 pasukan ini dibahagikan kepada tujuh kumpulan dengan setiap satunya mengandungi tiga pasukan dalam format liga sepusingan dan diikuti kalah singkir.

Turut dipertandingkan ialah satu kategori khas untuk organisasi media yang disaingi secara empat penjuru bersilang kalah singkir oleh TV3, NSTP, RTM dan Sinar Harian.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi merasmikan kejohanan tersebut manakala Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad menyampaikan hadiah kepada para pemenang. - - KitaReporters.com

2
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago