Santai 15 Jan, 2020

BRADER LEV.. AWAK KAT MANA? AWAK KAT MANA?

@ku syafiq ku fozi
Wartawan terakhir yang diterima bekerja secara tetap bersama Utusan Malaysia. Mula berkhidmat pada 1 November 2017 dan tamat pada 31 Oktober 2019. Pemerhati perkembangan muzik negara baik dalam arus perdana mahupun bawah tanah.

Share this
KALAU anda mula minat indie sekitar tahun 2005 hingga 2010, anda pasti biasa mendengar  saluran radio XFM. Dulu-dulu mana ada Spotify untuk kita strim lagu dari telefon bimbit kan? Telefon pun belum tentu ada. Jadi radiolah yang menjadi teman setia. : KitaReporters.com

HANIFF dan Rey merupakan antara DJ yang popular di XFM melalui segmen mereka Ra’yat Pagi X.


XFM memainkan peranan besar dalam perkembangan scene indie Malaysia. Sekitar tahun itu, XFM mengangkat banyak kugiran dengan memutarkan lagu mereka dengan kerap.

Buat yang biasa dengar XFM, pasti mereka tahu tentang Brader Lev.

Brader Lev adalah watak dalam satu segmen di XFM yang berperanan memberikan nasihat berkaitan percintaan kepada pendengar. Senang cerita, dia ni doktor cinta la!!


Pelbagai kisah cinta diluahkan pendengar kepada Brader Lev. Dari kisah kecewa ditinggalkan kekasih sehinggalah pergaduhan antara pasangan.

Dalam kalangan pendengar, Brader Lev dianggap sebagai jaksa pendamai yang menjernihkan hubungan pasangan yang sedang keruh.

Memandangkan sasaran radio ini adalah pendengar muda, nasihat-nasihat yang disampaikan Brader Lev diterima baik kerana ia bertepatan dengan jiwa yang muda dan moden.

Segmen Brader Lev yang paling diingati pastilah kisah seorang penjual burger bernama Samad yang ditinggalkan tunangnya kerana tiada harta.

Rakaman perbualan itu yang dimuat naik dalam laman YouTube setakat hari ini telah mendapat 27,000 tontonan.


Kisah itu mendapat perhatian kerana ramai yang simpati kepada Samad apabila tunangnya tanpa berselindung mengaku mahu memutuskan pertunangan dengan Samad kerana lelaki itu hanya mencari rezeki dengan menjual burger.

Brader Lev ketika dalam talian dengan Samad berjaya menelefon tunang lelaki itu dan sedikit pergaduhan berlaku sebelum Brader Lev sendiri menegur sikap tunang Samad yang materialistik.

Rakaman perbualan ini turut digunakan kugiran Jemson dalam lagu mereka, Lagu 'Paling Kecewa Dalam Dunia' baru-baru ini. Betul-betul menggamit memori!

Satu lagi perkata menarik tentang Brader Lev adalah identitinya masih tidak diketahui umum sehingga sekarang.

Walaupun stesen radio itu telah menamatkan siarannya lapan tahun lalu, tidak ada sesiapa yang mahu mendedahkan identiti Brader Lev.

Walau siapa pun anda Brader Lev, kami mengucapkan terima kasih kerana mewarnai usia muda kami dengan nasihat-nasihat cinta! - KitaReporters.com

2
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago