Santai 27 Oct, 2019

BESTNYA! DAPAT MEMANAH SAMBIL MENGETEH

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this
MENAWARKAN hidangan ringkas tetapi mengenyangkan sambil beraktiviti memanah, kafe Damai Archers Joint wajib dikunjungi terutama ‘kaki ngeteh’ yang sukakan kelainan.

Hidangan ringkas dan mengenyangkan.
Pemiliknya, Dzulkifli Dahlan, 56, yang mesra disapa 'Dzul' ini tidak menyangka percubaan tersebut mendapat sambutan menggalakkan.

“Tak percaya cubaan ini menjadi bukan sahaja dikunjungi pemanah tegar dan baru mencuba malah ada juga datang menjamu selera sambil melihat orang lain memanah.

"Kebiasaannya, pemanah tak suka menikmati hidangan terlalu berat hingga membuatkan mereka berasa malas untuk menghabiskan panahan,” katanya kepada KitaReporters.


Kafe yang sudah beroperasi selama tiga tahun.


Dalam pada itu, kata Dzul, idea membuka kafe yang terletak di Batu 7, Jalan Gambang, Kuantan terbit selepas menamatkan perkhidmatan selama 19 tahun di sebuah syarikat pengendalian pesawat di negara ini. 

“Kalau hendak meniaga saya memang hendak ada kelainan memandangkan trend terkini orang lebih suka pada satu kelainan.

“Hasrat lain pula, saya ingin membuka kedai makan dengan memasak hidangan yang saya betul-betul pandai... kita tak nak jual makanan yang cuba pandai-pandai.

“Menu di sini tak banyak kerana lebih mudah untuk saya fokus dan jaga kualiti makanan,” katanya lagi.

Dzul menunjukkan hidangan yang berjaya memukau selera pelanggan Damai Archers Joint.

Menjadi hasrat Dzul untuk menyediakan sendiri hidangan yang dipesan pelanggan.


Kafe yang diusahakan bersama isterinya, Che Juai Mat Jefri, 57, itu menawarkan hidangan Yong Tau Foo Taiping, Murtabak Maggi, Ais Krim Goreng Garing, Nasi Goreng Damai, dan Daging Kambing Teriak.

Katanya, hidangan Yong Tau Foo Taiping adalah kepakarannya memandangkan mereka berasal dari Taiping, Perak. 

“Murtabak Maggi pula adalah kesukaan anak-anak... tak sangka ia jadi pilihan pelajar-pelajar yang makan di sini.

"Selain itu, Nasi Goreng Damai dan Daging Kambing Teriaq adalah olahan resipi saya sendiri... pelanggan suka kerana pedas dan rasanya seperti menikmati hidangan di rumah," katanya.

Yong Tau Foo Taiping


Daging Kambing Teriaq


Sementara itu, katanya, gembira dan berpuas hati bila dapat penuhi keinginan pelanggan.

“Harga setiap hidangan tak terlalu tinggi, malah tak berubah sejak dibuka sekitar tahun 2017, hanya di antara RM3.00 hingga RM10.00 sahaja.
"Kafe ini dibuka setiap hari dari jam12 tengah hari sehingga jam 12 temgay malam,” katanya.

Dzul (tengah) bersama isterinya, Che Juai (dua, dari kanan) dibantu anak-anak menjalankan perniagaan kafe ini.

17
3
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago