Santai 23 Oct, 2019

JANGAN BIAR DIRI DIAIBKAN... TEWASKAN DENGAN SENYUMAN

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. 

Kongsi minda, bersih jiwa.


Renungan.

Jangan biar diri diperbodoh

Dosa tau aibkan orang

Ketawakan orang pun dikira mengaibkan

Jom muhasabah diri.

Kita tak sempurna tapi kita boleh jadi yang terbaik!

Memang seronok kalau dapat mengaib dan memalukan orang lain, kan?

Boleh jadi bahan cerita panas bila borak dengan kawan-kawan.

Malah kalau terdesak, boleh dibuat bahan bila bertengkar di kemudian hari..

Aib atau malu, sesuatu perkara yang jadi bualan, jika didengar atau diketahui oleh si pelaku, mereka akan berasa malu.

Sedangkan dalam Islam, kita dilarang membuka keaiban dan memalukan orang.

Ada orang hobinya suka aibkan orang.

Hati mereka terasa senang dapat malukan orang, namun mereka tidak pernah terfikir bagaimana jika aib mereka pula diketahui oleh orang.

Sifat manusia memang suka bergosip apalagi bercerita tentang keburukan orang lain. Yang tidak-tidak sahaja dijaja. Tokok tambah nak sedapkan cerita.

Mereka lupa dosa pahala.

Memang sangat sukar untuk bersabar bila sentiasa diuji oleh orang sekeliling yang ingin menjatuhkan semangat kita, tetapi Allah kan ada.

Jika kita terus bertahan dan bersabar, lama-kelamaan ia akan membentuk hati kita untuk jadi kuat dengan izin Allah.

Biarlah kita menangis dan berkecil hati, insya-Allah, selepas itu hati kita akan lebih teguh dan kuat dari sebelumnya.

Jangan fikir sangat tentang orang negatif ini.

Guna akal, lawan balik.

Berpura-pura bodoh dan buat selamba macam tidak ada apa yang berlaku.

Orang busuk hati ini suka menyindir dan memperlekehkan orang dengan tujuan menyakitkan hati orang berkaitan.

Dan mereka akan lebih seronok jika kita rasa tersinggung, sebab itu tandanya hajat mereka telah tercapai.

Kita juga mesti bijak.

Lawan balik secara halus dan berhemah.

Buat mereka kecewa bila cubaan untuk menjatuhkan semangat kita gagal.

Jangan biar diri kita diperbodohkan.

Pertahankan maruah kita.

Senyum dan buat muka selamba.

Rileks dan abaikan mereka.

Lama-lama mereka malu sendiri.

Sebenarnya, mereka mengharapkan kita terkejut, sedih, berasa marah, rendah diri atau tidak yakin dengan perbuatan mereka. Kita akan kecewa dan bersedih.

Sebaliknya jika kita balas dengan tersenyum sahaja, mereka akan rasa pelik.

Sebab rancangan mereka untu memalu dan mengaibkan kita tidak menjadi. Mereka kalah, kita menang.

Ingatlah....

Jangan biar orang pijak kepala kita

Kekal tenang dan senyum.

Awasi mereka yang suka ketawakan orang dengan maksud memalukan kita.

Bertenang, jangan cepat melatah.

Layankan sahaja dan terus ketawa bersama mereka.

Mengaib, memalukan, menyindir, mengejek, dan menjatuhkan semangat ini sebenarnya lumrah dalam kehidupan.

Jangan biar orang tentukan siapa diri kita dengan kata-kata dan andaian mereka.

Jadilah diri kita sendiri dan yakinlah dengan perubahan yang kita buat kerana Allah, adalah tepat dan terbaik.

Jika kita memikirkan kata-kata orang , kita akan menjadi orang yang bergantung pada orang lain, dan membiarkan pendapat orang lain mengatur hidup kita.

Sebelum diaibkan, lebih baik diamkan diri dan jangan mendekati orang sedemikian perangainya, carilah orang yang membuat kita selesa.

Ini juga dapat mengelakkan kita berasa sakit hati dan bergaduh.

Jika kita tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita.

Apabila kita telah berusaha, tetapi belum juga berhasil, berdoa kepada Allah.

Memohon agar sahabat, jiran tetangga dan mereka yang suka mengaibkan orang dihilangkan penyakit hatinya.

🌹❤️ Jangan hanya berfikir untuk jadi orang berjaya tetapi berusaha juga supaya menjadi insan berguna. ❤️🌹

2
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago