MAJLIS Kebajikan Sukan dan Kebudayaan (MKSK) Universiti Utara Malaysia (UUM), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Pusat Budaya dan Seni menyediakan tiga buah telefon bimbit dan tujuh alat elektronik untuk pemenang pertandingan Wajah-wajah Sintok UUM. : KitaReporters
Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, pertandingan ini dianjurkan bagi merakamkan gambar di dalam kampus ini.
"Sesungguhnya flora dan fauna di universiti ini memberi tarikan bukan sahaja kepada warga kampus malah pengemar fotografi termasuk jurugambar perkahwinan," katanya ketika melancarkan pertandingan itu di Sintok. Kedah baru-baru ini.
Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini boleh merakamkan gambar sekitar kampus dan terbuka kepada semua orang.
Semua gambar yang dirakamkan hendaklah dihantar kepada pihak urusetia sebelum jam 5.00 petang, 1 Jun 2020.
Gambar yang dirakamkan mestilah bertemakan persekitaran kampus dan hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy (CD-format jpeg) dan hardcopy bersaiz 12R.
Tiada yuran penyertaan dikenakan dan maksimum tiga penyertaan setiap orang, manakala setiap individu hanya layak memenangi satu hadiah.
Penyertaan mestilah gambar terkini dan belum disiarkan di mana-mana penerbitan, media cetak atau elektronik.
Keputusan juri adalah muktamad dan peserta bebas menggunakan sebarang jenis kamera.
Penilaian berdasarkan suntingan atau pengubahan seperti brightness, cropping, softening atau sharpening dengan menggunakan sebarang perisian komputer.
Semua gambar yang dihantar untuk penyertaan menjadi hak milik penganjur dan kemenangan boleh terbatal sekiranya peserta melanggar syarat pertandingan.
Pemenang dipohon menulis nama penuh, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, alamat emel dan jenis kamera yang digunakan.
Semua penyertaan dihantar kepada Urusetia, Pertandingan Fotografi Wajah-wajah Sintok 2020, Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah. - KitaReporters