Santai 13 Mar, 2020

[VIDEO] WOW!! BUKAN MUDAH BUAT WAU SOBEK

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this

SALAH satu permainan tradisional yang masih lagi diberi perhatian dan mempunyai kelompok peminat tersendiri ialah wau dan layang-layang. Eh!! Ada perbezaan ke antara wau dan layang-layang? : KitaReporters

Sebahagian daripada wau sobek yang dihasilkan oleh Mohd Razi.


Definisi Dewan Bahasa dan Perpustaka (DBP) mengenai wau adalah mainan yang dibuat daripada kertas dan buluh yang dapat diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali.

Definisi layang-layang pula adalah mainan yang dibuat daripada kertas dan sebagainya yang dapat diterbangkan ke udara menggunakan tali.

Wau sobek dan mana-mana jenis wau tradisional menggunakan bilahan buluh sebagai rangka.


Perbezaan kedua definisi itu ialah kewujudan bahan 'buluh' pada wau, sementara layang-layang tidak disebut penggunaan bahan 'buluh'

Hakikatnya permainan wau dan layang-layang itu sama sahaja, mungkin boleh dibezakan daripada bahan buatannya. 

Kalau disebut wau, kita terbayangkan wau tradisional yang asli diperbuat daripada bahan utama buluh dan kertas sementara layang-layang merujuk kepada bahan permainan itu yang moden dan banyak di pasaran, bukan menggunakan kertas tetapi kain polimer (seakan-akan plastik), begitu juga rangkanya bahan campuran plastik.

Kertas wau dibuat lakaran corak pada bahagian permukaan putih, sebelum ditebuk.


Asal usul permainan wau sebenarnya agak samar, namun di negara ini dipercayai bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511), yang mana pada awalnya dimainkan dalam kalangan anak raja. 

Ini berdasarkan buku Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang menceritakan tentang permainan wau. 

Kemudian permainan wau menjadi hobi penduduk kampung terutama di Kelantan dan Terengganu, selain dikatakan juga dimainkan di negeri Utara Semenanjung, khususnya Kedah dan Perlis. 

Permainan wau juga tidak asing dlam kalangan negara jiran rantau ini seperti Indonesia dan Thailand. Sehingga kini tidak diketahui dari negara manakah sebenarnya bermulanya permainan ini.

Kertas yang dilakarkan corak, ditebuk tembus mengikut bentuk lakaran untuk menghasilkan wau sobek.


Artikel ini mengisahkan mengenai seni dan keindahan wau tradisional yang diperbuat secara manual oleh tukang. Bukanlah senang untuk menghasilkan sesuatu wau, apatah lagi jenis wau eksklusif yang diberi nama 'wau sobek'.

Wau sobek merujuk kepada wau yang badannya diperbuat daripada kertas dan seluruh permukaan berhias corak berseni, hasil teknik tebuk tembus dan tampal. 

Rangkanya tentulah daripada bahan buluh iaitu bahan semula jadi, yang digunakan sejak sekian lama, dari dahulu sehinggalah sekarang. 

Pengalaman melihat teknik pembuatan wau sobek, membuat penulis urut dada. 

Sukar sungguh. Cerewet dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi, di samping perlu mempunyai minat dan memiliki bakat kreatif semula jadi.

Warna dan corak wau sobek terhasil menerusi kaedah tebuk tampal membabitkan dua keping kertas. 


Ia dimulai dengan langkah melakar corak dengan pensel di atas kertas wau, sehinggalah kepada peringkat menebuk dengan pisau khas dan menampal dengan gam. 

Membabitkan dua lapisan kertas wau, kerana coraknya terhasil daripada dua warna kertas berkenaan. 

Kertas di bahagian atas adalah yang ditebuk, sementara kertas dilapisan bawah menampakkan warna menerusi lubang corak yang ditebuk. 

Perbezaan warna kertas di antara lapisan atas dan bawah, menghasilkan paduan warna-warni corak. 

Peringkat penghasilan yang rumit menggunakan kaedah tebuk lubang ini dimaksudkan sobek.

Satu keluarga membantu penghasilan wau sobek.


Mengikut definisi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sobek ialah koyak sedikit atau robek. 

Makna sinonim, rabik, rabit, robek, pecah, sompek, soyak, robak, 'berlubang', kerobak dan tersayat. 

Perkataan definisi sesuai dalam konteks membuat wau sobek ini ialah 'berlubang'. 

Ini kerana seluruh permukaan kertas yang hendak corakkan itu perlu ditebuk sampai berlubang keseluruhannya mengikut lakaran corak yang telah dilukis. 

Kertas itu kemudian ditampalkan dua lapis, itulah kerja menyobek. Tidak sesekali menggunakan sapuan atau cetakan warna sebagai corak wau sobek.

Wau sobek yang telah siap dihasilkan oleh Mohd Razi.


Salah seorang pakar wau sobek, Mohd Razi Mohd Said, berusia 40-an mahir dalam kerja membuat dan bermain wau. 

Seharian berada di bengkelnya di Selayang, menyaksikan beliau melakukan kerja menyobek, sambil memberi penerangan. Ternyata rumit. 

Tak termasuk lagi peringkat menampal kertas pada rangka wau dan membuat rangka daripada buluh.

Selain membuat wau tempahan, beliau juga membuat wau sobek untuk tujuan bertanding, sama ada dalam kategori rekaan wau sobek atau pertandingan melayangkan wau. 

Beliau yang kerap terpilih sebagai pemenang, tidak lokek menurunkan ilmu itu kepada generasi muda. 

Ikuti penerangannya dalam video di bawah: - KitaReporters

Langkah menghasilkan wau sobek.

7
0
0
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago