Santai 11 Mar, 2020

DAH BELI 'JIWA'? KINI BOLEH BELI KAT SURIA KLCC

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

PEMAJU rekaan telekung berinovasi, Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (SK Apparel) membuka butik gaya hidup pertamanya di pusat beli-belah terkemuka, Suria KLCC dengan pelaburan kira-kira RM1 juta. - KitaReporters

Gimik pelancaran butik gaya hidup SK Apparel oleh Hazimah Zainuddin (baju merah) sambil diiringi sebelahnya oleh Padilah Enda Sulaiman dan Ir Aminuddin Mohd Nasir di Suria KLCC pada 5 Mac 2020.


Lanjutan daripada itu, SK Apparel menerusi jenama Siti Khadijah (SK) menyasarkan pembukaan 8 butik baharu di seluruh Malaysia sepanjang tahun 2020, yang mana butik gaya hidup kedua dirancangkan pembukaannya di My Town Shopping Mall yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

“Sebagai butik gaya hidup pertama di bawah SK Apparel, ia menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik kepada pelanggan menerusi konsep pakaian selesa dan cantik apabila digayakan, namun tetap mengutamakan elemen kesopanan bersesuaian dengan tema ‘Keanggunan Kesopanan’ yang diterapkan dalam produk SK,” ujar Pengasas SK, Padilah Enda Sulaiman ketika berucap pada majlis pelancaran butik SK KLCC di Suria KLCC pada Khamis,  5 Mac 2020.

Pelancaran rasmi butik berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Dato Hazimah Zainuddin. 

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SK Apparel, Ir Aminuddin Mohd Nasir dan para artis jemputan antaranya Ungku Ismail Aziz, Azrel Ismail dan Fahrin Ahmad.


Hazimah Zainuddin turut menanda tangani plak SK sempena perasmian butik gaya hidup SK.

Menjelaskan lebih lanjut, Ir Aminuddin memberitahu, pemilihan Suria KLCC dipilih kerana kedudukannya sebagai mercu tanda Malaysia yang ikonik, manakala butik gaya hidup itu diilhamkan daripada keinginan pihaknya untuk mengekalkan identiti warisan nusantara, namun diberi suntikan moden dan mengikut trend semasa.

“Pun begitu, paling penting jaminan kualiti setiap produk yang berkonsepkan gaya hidup yang sopan tetap diutamakan sama seperti telekung yang sinonim dengan jenama ini,” tambah Ir Aminuddin.

Butik SK KLCC ini merangkumi 80% pakaian gaya hidup dari hujung rambut hingga ke hujung kaki seperti kemeja lelaki, blaus wanita, seluar kasual wanita, baju tradisional wanita seperti kurung Kedah, kebarung, kurung Pahang. baju Melayu serta pelbagai koleksi tudung di bawah jenama Hegira.


Keunikan tudung Hegira terletak pada rekaan sarung yang berinovasi, memberikan kemudahan untuk pemakai bersiap dengan lebih cept tetapi masih kekal cantik dan sopan.

Selain itu bersesuaian dengan minat wanita moden sekarang ini, SK turut menghasilkan produk penjagaan diri seperti mandian, syampu dan pewangi, malah terbaharu, SK menghasilkan aksesori seperti kasut untuk lelaki dan wanita serta beg tangan dengan rekaan yang inovatif.




Dan memandangkan bulan Syawal akan menjelma tidak lama lagi, buat julung kalinya juga SK memperkenalkan koleksi raya terbaharunya bagi tahun 2020 diinspirasikan dari kenangan zaman kanak-kanak apabila tiba musim perayaan.

Sebahagian daripada 14 koleksi  busana Raya itu dipersembahkan oleh peragawati dan peragawan dalam satu pertunjukan fesyen pada majlis berkenaan.



Istimewanya, setiap koleksi raya SK tahun ini dipilih seiring dengan nama panggilan yang sering digunakan dalam keluarga di Malaysia.

“Setiap kolek raya SK ini mempunyai makna di sebalik penghasilannya istimewa buat famili SK yang ingin menggamit nostalgia mengenakan busana raya seperti dijahit oleh ibu pada zaman kanak-kanak dahulu, “ ujar Padzilah Enda Sulaiman berhubung konsep busana Raya SK.


Menurutnya, setiap koleksi busana Raya SK hadir dengan tujuh nama nostalgik melambangkan nama panggilan keluarga meliputi Baju Kurung Kak Long; Baju Kurung Kak Lang; Baju Kurung Kak Teh; Baju Kurung Kak Cik, Kebarung Kak Lang; Baju Kurung Kak Teh dan Baju Melayu Osman.

Wah! Menarik kan nama-nama itu?

Jadi jika anda bergelar Kak Long, Kak Lang dan sebagainya bolehlah menjengah ke butik gaya hidup SK  KLCC di Suria KLCC ini. 

Tentu ada yang menarik sebab melihat pada produk-produk yang dipamerkan memang cantik dan trendy.

Untuk rekod, sejak 2009, Siti Khadijah dinamakan sebagai jenama isi rumah di Malaysia dan berkembang luas dengan 41 cawangan butik sekitar Malaysia dan 4 cawangan di Indonesia.

Info lanjut boeh layari laman sesawang SK di https://www.sitikhadijah.com/nostalgiaraya. - KitaReporters


0
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago