DIKEJI, dicaci dan disindir adalah ‘makanan’ bagi mereka yang memiliki anak austisme. Ternyata menepis dugaan bukan semudah menutup telinga. Kadangkala telahan pantas hadir dalam kalangan jiran tetangga. : KitaReporter.com
ABJAD yang disusun oleh Zidane menyerupai kulit buku yang ada dirumahnya. - Foto kredit FB (Hayden Gonzales).
Malah dalam era teknologi di hujung jari ini, masih ramai tidak tahu siapakah sebenarnya anak autisme.
Ada yang melabel mereka sebagai budak nakal, suka mencederakan diri sendiri, ganas, mudah mengamuk, cenderung tantrum dan banyak lagi yang pastinya tidak sedap didengar.
Tetapi di sebalik kerenah, pasti tersembunyi kelebihan luar biasa yang dimiliki anak syurga tersebut.
Terbaharu,
seorang bapa kepada anak austisme berkongsi ‘kelebihan’ anak keduanya yang juga
penghidap austisme dalam laman Facebook miliknya.
Pengguna
Facebook berkenaan, Hayden Gonzales, berkongsi anaknya yang memiliki kelebihan luar biasa walaupun kadangkala
sukar dikawal.
KULIT buku yang dijadikan contoh kepada Zidane menyusun semula abjad berkenaan.
Perkongsian
kisah anak kedua berkenaan menjadi tular dan disaksikan oleh lebih 24,000 pengguna laman
sosial dan lebih 215,000 yang berkongsi kisah menarik berkenaan.
Menurut Hayden, Zidane mempunyai daya ingatan yang luar
biasa dan kadangkala di luar jangkaan kita sebagai manusia normal.
Malah dia
berkebolehan menyusun selerakan abjad yang pernah dilihatnya.
Tambah Hayden
lagi, huruf yang disusun menyerupai muka depan sebuah buku yang pernah
dilihatnya di rumah sebelum ini.
WALAUPUN sukar dikawal namun anak-anak Austisem memiliki kebolehan yang sangat luar biasa - Gambar hiasan
“Saya
sendiri, tidak mungkin mampu mengingati susunan abjad sebagaimana Zidane.
“Penghidap
autisme mungkin sukar dikawal tetapi mereka sangat istimewa,” kongsinya.
Malah Hayden
turut berkongsi keunikan anak keduanya dengan persatuan autisme Trinidad dan
Tobago.
Kisah
berkenaan mengundang rasa kagum warga maya terhadap anak-anak istimewa itu.
Ternyata, kehadiran
anak istimewa sebenarnya mengubah seluruh keluarga menjadikan mereka turut
istimewa dari segenap sudut.
KEHADIRAN anak austisme dalam sebuah keluarga sebenarnya mengubah seluruh keluarga menjadikan mereka istimewa dari segenap sudut. - Gambar hiasan.
Cuma, hakikat itu jarang disedari masyarakat, termasuk pasangan yang mempunyai anak istimewa itu sendiri.
Percayalah… setiap
anak yang lahir pasti ada kelebihan dan sebagai ibu bapa lihatlah menerusi mata
hati dan hanya melalui mata kepala kerana setiap yang berlaku pasti ada sebab serta musabab.
Jom kita
lihat apa yang dikongsikan Hayden menerusi FB miliknya di https://www.facebook.com/hayden.gonzales.1/posts/2600983166604742?__tn__=H-R&_rdc=1&_rdr . - KitaReporters.com