Santai 26 Feb, 2020

[VIDEO] ISTERI PERTAMA 'PINANG SENDIRI' MADU

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
AGAMA membolehkan seorang lelaki berkahwin hingga empat orang. Namun realitinya begitu sedikit wanita yang reda suaminya berkahwin lagi, sekurang-kurangnya seorang lagi. : KitaReporters.com

Nengmas mengiringi suami ke majlis akad nikah isteri kedua. - Kredit foto: Tiktok nengnthan

Namun kisah yang dialami seorang wanita yang dikenali sebagai Nengmas Putriyanti di Jombang, Jawa Timur,  Indonesia ini boleh dijadikan pedoman.

Dia reda berkongsi suaminya setelah melakukan perbincangan dengan suaminya, Hafi Muhammad Kafi Firdaus atau Abah Cijeungjing, yang dipanggil Cecep, berkahwin seorang lagi atas sebab tertentu.

Namun sebelum persetujuan diberi, surat perjanjian dibuat iaitu isteri pertama menguruskan perniagaan, sementara isteri kedua menguruskan pondok pesantren milik si suami.

Si suami adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 syarikat yang perlu dikendali.

Selain itu, dia turut sibuk dalam kegiatan keagamaan dan mempunyai sekolah pondok agama (Pesantren) di Jombang.

Si suami melakukan acara sembah hormat kepada mertua (kiri) sementara isteri pertama terharu memeluk si suamI. - Kredit foto: Tiktok nengnthan


Disebabkan kesibukan menguruskan perniagaan dan kegiatan keagamaan menyebabkan si suami sukar fokus.

Justeru Nengmas memberi cadangan kepada si suami apa yang perlu dilakukan.

Dia bersedia hidup bermadu.

Nengmas yang punya pengetahuan dalam bidang perniagaan akan menguruskan 30 syarikat milik si suami, sementara  isteri kedua menguruskan pesantren.

Kisah kesanggupan isteri bermadu ini, yang menjadi viral dalam media sosial Indonesia khususnya Instagram dan Twitter, bermula daripada kiriman pemilik akaun @nengnathan atau Neng Ros Sutriadi Ro dalam TikTok. 

Neng Ros adalah kakak kepada Nengmas.

Sejumlah video TikTok dari akaun @nengnthan milik Neng Ros menjadi tular kerana  menampilkan kisah seorang isteri yang mengizinkan suaminya berpoligami.

Pemilik akaun Neng Ros menyebut wanita yang rela dimadu itu adalah adiknya yang diketahui bernama lengkap Nengmas Putriyanti.

Nengmas Putriyanti.. Kredit Foto: Dadang Hermansyah/detikcom


Melalui aplikasi TikTok, Neng Ros memuat naik lebih daripada 30 video yang mengisahkan perjalanan adiknya menghantar suaminya untuk menikah lagi alias berpoligami.

Video pertama yang dimuat naik pada akhir Januari 2020 memperlihatkan rombongan keluarga Neng Ros dan adiknya Nengmas kelihatan berada di dalam satu bas yang menghantarkan mereka ke tempat calon isteri kedua suami Nengmas.

"Cerita isteri yang solehah di zaman sekarang ternyata masih ada. Ini isterinya dan keluarga besar isterinya hendak menghantar suaminya kahwin lagi," tulis Neng Ros di akaun TikToknya yang menitiskan air mata sambil bersalawat.

Neng Ros menegaskan adiknya sendiri yang memilihkan calon isteri kedua untuk suaminya.

Dalam video yang dimuat naik Neng Ros terlihat, Nengmas yang memakai hijab turut mempersiapkan perlengkapan pakaian akad berserta mas kahwinnya sebelum berangkat ke majlis ijab kabul suaminya dengan isteri keduanya.

Neng Ros juga memperlihatkan kegiatan adiknya yang hobi berkuda dan memanah. 

Dia meminta netizen jangan berburuk sangka terhadap adiknya Kerana menurutnya, Nengmas hanya mencari keredaan Allah semata-mata.

Nengmas menghantar Abah Cijeungjing menikah lagi. - Kredit foto: TikTok @nengnthan 


"Lihatlah adikku sihat walafiat jadi bukan bererti dia mengizinkan suaminya berkahwin lagi kerana sakit. Tetapi hanya mencari reda Allah... minta doanya semoga sentiasa," kata Neng Ros.

Neng Ros kemudian memuat naik sederet video yang memperlihatkan suasana Nengmas menghantar suaminya untuk berkahwin lagi.

Mulai perjalanan dari hotel tempat mereka menginap hingga ke lokasi tempat calon isteri kedua berada yang diketahui di kawasan Jombang, Jawa Timur.

Pada salah satu video yang dimuat naik Neng Ros terlihat, Nengmas yang menggendong anaknya berjalan kaki sambil berpayungan bersama dengan suaminya menuju kediaman wanita yang akan jadi isteri kedua.

Hingga tiba saatnya majlis akad nikah, video memperlihatkan Nengmas sendiri yang membawa baju akad nikah suaminya berserta mas kahwin yang akan diserahkan kepada isteri kedua.

Dia juga membantu suaminya untuk memakai jubah putih dan kain yang disematkan di bahu sebelah kanan sebelum akad nikah berlangsung.

Ketika sudah berada di lokasi akad nikah, Nengmas juga terlihat menjemput calon isteri kedua suaminya yang sudah memakai pakaian pengantin.

"Masya-Allah 😭 adikku bidadari syurga, begitu mulia hatimu menjemput madumu untuk suamimu 😭😭dia madu yang dipilih untuk suaminya wanita solehah," tulis Neng Ros pada keterangan video yang dimuat naik.

Video terakhir yang dimuat naik  Neng Ros memperlihatkan adik iparnya yang sudah rasmi berpoligami dan bernikah lagi kelihatan melakukan acara mendapat restu mertua. - KitaReporters.com



0
1
1
0
2
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago