Santai 12 Dec, 2019

KENALI JOFFEY JOLLY 'SI BADANG' GUSTI LENGAN

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

BAGI  Joffey Jolly, pada mulanya, impian seperti hanya tinggal impian. Dalam kotak fikiran, risiko tersingkir lebih awal kian terbayang dan semakin menggamit. : KitaReporters.com

JOFFEY Jolly (tengah) bergelar juara dunia kategori Senior 70 Kg Tangan Kanan Kejohanan Gusti Lengan Dunia IFA di Rumia, Poland baru-baru ini.


Semua ini gara-gara dia kalah seawal pusingan pertama lagi dalam Kejohanan Gusti Lengan Dunia Pertama anjuran Persekutuan Gusti Lengan Antarabangsa (IFA) baru-baru ini.

Mujurlah keinginan meluap-luap untuk membanggakan Malaysia malah mahu mengibarkan Jalur Gemilang di podium dan sokongan moral rakan sepasukan, kembali menyuntik semangat perjuangannya.

Empat lawan tetap gagah diharungi Joffey sehingga berjaya bergelar juara dunia kategori Senior 70 Kilogram (Kg) Tangan Kanan di Dewan Sukan Mosir, Rumia, Poland itu.

Anak jati Kota Kinabalu, Sabah itu menewaskan lawan dari Ukraine yang namanya cuma diingati sebagai Yuri dalam pusingan akhir untuk meraih pingat emas sulung hanya pada penampilan keduanya dalam Kejohanan Dunia.

Tahun lalu, dia pulang tangan kosong daripada Kejohanan Dunia di Antalya, Turki yang ketika itu dianjurkan Persekutuan Gusti Lengan Dunia (WAF).

“Tangan saya sampai kejang ketika separuh akhir menentang penggusti lengan Poland. Inilah pertarungan yang paling memeritkan saya walaupun tiada kecederaan yang menimpa.

“Pingat emas ini (selain gangsa Senior 70 Kg Tangan Kiri) tidak pernah saya sasarkan. Sebaliknya, saya buat persediaan menghadapi Kejohanan Dunia ini selama tiga atau empat bulan dan berikan aksi sebaik mungkin.

“Jadi dengan satu emas dan satu gangsa ini, saya kira saya cukup bertuah dapat memenanginya,” kata petugas gimnasium yang bapanya, Jolly Johnson menjadi ketua pasukan dan meraih tempat kelapan kategori Master 90 Kg Tangan Kanan di Rumia.

Dia dan rakan sepasukan negara ditemui sekembalinya dengan penerbangan dari Amsterdam, Belanda di Lapangan Terbang Antarabangsa KualaLumpur (KLIA) Sepang, semalam (12/12/2019).

JOFFEY Jolly (kiri) dan Safuan Asif, naib juara dunia Senior 57 Kg  Tangan Kanan. 


Joffey yang kalah pusingan pertama, terpaksa naik dari bawah semula sebelum ke final untuk menentang lawan yang belum pernah kalah dalam kategori Senior 70 Kg Tangan Kanan.

Lawan-lawan lain yang ditentangnya adalah dari Sweden, Jepun dan Finland.

“Pastinya saya mahu kembali ke Kejohanan Dunia IFA ini dengan kekal sebagai juara dunia apabila berlangsung di California, Amerika Syarikat pada September 2020,” katanya.

Skuad negara turut meraih sebutir perak dan sebutir gangsa pada Kejohanan Dunia ini menerusi Safuan Asif dalam kategori Senior 57 Kg Tangan Kanan dan Tangan Kiri.

Dia akhirnya berjaya juga menaiki podium pada percubaan keempat dalam Kejohanan Dunia yang sebelum ini dianjurkan oleh WAF.

“Satu pencapaian yang sangat memuaskan kerana saya tidak pernah menduga dapat menaiki podium terutama bagi kategori tangan kiri itu,” katanya.

Anak jati Klang, Selangor ini juga terpaksa bertarung dengan demam selesema yang menyerangnya akibat perbezaan cuaca sejuk yang melanda Rumia.

“Sampai balik sini pun saya terasa selesema lagi. Saya hanya kalah dengan penggusti lengan Ukraine dalam final tangan kanan itu mungkin kerana kelebihan pengalamannya. Dia juga juara bertahan (kejohanan WAF).

TRIO penggusti lengan wira Malaysia termasuk Abigail Kee (dua dari kiri), di samping ketua pasukan, Jolly Johnson.


“Kelainan dan kejayaan kali ini berpunca daripada persiapan rapi saya sejak awal tahun lagi yang dirangka oleh MyArms (Persekutuan Gusti Lengan Malaysia) yang diketuai Presidennya, Mohd. Zil Fadli Abd. Halim.

"Namun, perlawanan paling sengit ialah menentang atlet Amerika Syarikat dalam laluan ke final.

“Saya gunakan teknik hook dalam pusingan akhir itu dan hanya menentang Jepun, saya tukar kepada top roll dan kerapkan menyerang kerana lawan lebih mahir dengannya. Alhamdulillah, saya berjaya pada separuh akhir itu,” katanya.

Sementara itu, Penggusti lengan perempuan, Abigail Kee, 15, yang berasal dari Sarawak pula turut membanggakan Malaysia dengan meraih dua perak dalam acara Remaja 70 Kg Ke Atas Tangan Kiri dan Tangan Kanan. - KitaReporters.com

25
2
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago