Santai 26 Feb, 2020

UNTUNGLAH!! KFC, MCD DAPAT! MILO PUN DAPAT!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
JIKA sebelum ini, petugas media diagihkan dengan hidangan KFC dan McDonalds sepanjang membuat liputan semasa keadaan politik Negara di Istana Negara. Pada Rabu, 26 Februari 2020, petugas sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran lori Milo bagi ‘menemani’ petugas media,  sekarangkan musim panas. : KitaReporters.com

MILO menyediakan minuman percuma kepada petugas media di Istana Negara. - Kredit foto: Twitter @Abdulah_karim


Maklumlah menunggu itu sangat memenantkan , sekurang-kurang kehadiran lori Milo itu bukan sahaja menghilangkan haus, tapi menyejukkan badan.

Seronok memangla seronok tapi penatnya petugas media hanya mereka sahaja yang tahu.

Sebelum ini, petugas-petugas media ini diberikan hidangan KFC oleh staf istana.

Malah,Yang di-Pertuan Agong sendiri mencemar duli untuk mengagihkan McDonalds kepada mereka di hadapan pekarangan istana, pada Selasa, 25 Februari 2020.

Ketika menyampaikan hidangan baginda sempat menitipkan kata-kata semangat kepada petugas media sepanjang bertugas.

Terima kasih Tuanku! Datang jenguk kami.

Sejak Isnin, 24 Februari 2020, petugas media telah ‘berkampung’ di hadapan Istana Negara, Kuala Lumpur bagi membuat liputan semasa perkembangan politik negara yang kini menjadi topik hangat selepas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamed meletakkan jawatannya.

Kredit foto: Twitter @Asrul Muzaffar


PANDANGAN dari udara menunjukkan lori Milo berada di tepi pintu belakang Istana Negara. - Kredit foto Facebook VideoViral Malaysia


Selain McDonalds dan KFC, beberapa syarikat lain juga turut membuat kejutan seperti Tune Talk, Saji, Shell Malaysia yang tampil menaja makanan serta menemani rakan-rakan media yang bertugas bagi mendapatkan info dan maklumat terkini.

Difahamkan berikut antara pihak-pihak yang menyumbang:

• McD and KFC oleh Yang di-Pertuan Agong

• Tealive

• Ais krim malaysia dan payung oleh TuneTalk

• Air mineral dari Petron

• Nasi Lemak Pak Nasir dari Air Asia

• Nasi Lemak Saleha

• Nasi ayam penyet dari Skuad Amal, Pemuda PAS Malaysia

• Cendol pulut durian 

• Nasi padang dari pengusaha food truck

• Mi goreng dari Adabi

• Minuman Hausboom

• Restoran Nasi Kandar Subaidah

• Pizza Hut

• Farm Fresh

• Kuih muih dan teh halia dari Masala Wheels

Selamat bekerja wahai petugas media… jasamu sebagai pencatit sejarah akan dikenang sampai bila-bila! - KitaReporter.com 

PETUGAS media beratur selepas menerima penajaan Milo. - Kredit foto MalayMail.com


 

.

10
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago