Santai 08 Nov, 2019

ELAKLAH JADI 'MERAK', BERSABAR JADI 'GAGAK'

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> normalahamzah251@gmail.com

Share this
Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat yang barokah, penghulu segala hari. 

Kongsi minda, bersih jiwa.


Renungan.

Kita bukan merak di kayangan

Hanya sekadar gagak di rimba!

Jika harta jadi taruhan

Alamat tidak aman dunia akhirat.

Risiko sikap suka kebendaan.

Benarkah hebatnya seseorang itu dinilai melalui kehidupan mewahnya?

Orang akan melihat kereta apa yang dipakai, rumah yang didiami, jenama pakaian serta perbelanjaan mewah di mana sahaja mereka berada.

Mereka dalam golongan ini akan dipandang hebat dan dihormati hanya kerana kemewahan yang terpampang depan mata.

Bagaimana kaya tidak ditanya. 

Apa yang penting kehidupan yang selesa pada mata orang sekeliling.

Disebabkan status semua orang akan berlumba-lumba untuk mencari kesenangan hidup. Menjadi hamba kebendaan, lupa rezeki perlu dikongsi.

Apakan daya, keadaan merubah segalanya.


Lumrah hidup.

Orang sekarang lebih melihat kebendaan semata-mata dan bukan lagi ketakwaan dan ketaatan kepada Allah.

Sebaliknya orang yang serba kekurangan dipandang hina, dicemuh dan dipinggirkan.

Mereka umpama melukut di tepi gantang!

Dunia sudah terbalik, ramai yang lebih mengharapkan pujian daripada manusia, bukan keredhaan Allah. Mereka lebih memikirkan apa yang orang kata, bukan apa yang Allah perintah.

Terlalu mabuk akan kebendaan merupakan salah satu sifat yang boleh merosakkan masa hadapan seseorang.

Sebelum terlambat, kita perlu terus melawan nafsu, termasuk sikap kemaruk kebendaan.

Jika kita menanam keikhlasan dalam diri kita pasti kita boleh kikis perasaan dan sifat pentingkan kebendaan.

Utamakan kesederhanaan.

Pun begitu tidak salah mengumpul harta dan jadi kaya asalkan sedar diri dan digunakan ke jalan kebaikan kerana Allah.

Beruntung mereka yang kaya dan bersyukur dengan nikmat Allah. Mereka ini Allah suka.


Ingatlah..

Terlalu memikirkan kesusahan hidup boleh menjurus pada tamak kebendaan sehingga sanggup berhabis tenaga untuk mengumpul harta kekayaan sedangkan kita ada Allah.

Jika kita tidak mahu terjerat dengan perangkap kebendaan, cuba uji gaya hidup kita dari masa ke masa supaya tidak tersasar.

Jangan sebab gila kebendaan kita mula mengabaikan rohani kita.

Ramai yang sedar semakin mereka berusaha untuk menjadi kaya, mereka semakin jauh mendekati sifat kebendaan tanpa memikir akan risikonya.

Oleh itu, belajar menerima kesederhanaan daripada mengejar kebendaan... 

Elak dari menjadi seperti merak, sabarlah seperti gagak!


🌹❤️  Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. 🌹❤️



2
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago