Santai 19 Jan, 2020

CORRECTION!! CHE LINA POM POM KAHWIN LAGI

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SELEBRITI Che Lina Pom Pom Meletop atau Elly Mazlein, 39, selamat diijabkabulkan jam 9.09 malam pada Sabtu 18 Januari 2020 dengan Mohamad Azlan Che Nuh, 28, guru subjek Geografi dengan sekali lafaz. : KitaReporters.com  

Che Lina Pom Pom dan Azlan selamat diijab kabul. Foro: Malaysiakini

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, dan Azlan, dinikahkan oleh bapa Elly, Syed Hanafi Syed Abdullah dengan disaksikan oleh kadi, Ustaz Mejar Mohd Nizam Datuk Tarmizi.

Pada majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu, pihak lelaki memberikan mas kahwin seutas gelang tangan emas bersama lima dulang hantaran. 

Sementara pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu barang berjenama iaitu sebentuk cincin, sebuah beg tangan, sebuah beg dompet, sebuah beg, seutas tali pinggang, topi keledar dan sepasang kasut.

Antaranya cincin perkahwinan, seutas gelang tangan emas, seutas rantai emas dan senaskhah al-Quran.

Sebelum ini, mereka bertunang pada 17 Disember 2019 lalu. 

Elly menerima kucupan daripada suami Azlan. - Foto Sinar Harian


Pasangan terbabit seterusnya telah diraikan dalam majlis resepsi bertemakan Malam Bulan Di Pagar Bintang, di lokasi sama.

Antara rakan artis yang hadir meraikan kedua-dua mempelai ialah Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Aidil Aziz, Uqasha Senrose, Emelda Rosmila dan Catriona Ross.

Pada Jumaat, 17 Januari 2020, pada majlis berinai, Elly mendedahkan wajah Azlan buat kali pertama kepada khalayak.

Elly bersama suami, ayah dan anaknya. - Foto Sinar Harian


Elly menyifatkan perkahwinan keduanya ini sebagai perkahwinan pertamanya dan ingin diadakan dengan cara beradat perkahwinan Melayu, bermula dari merisik, bertunang hingga berkahwin.

Ini kerana pernikahan pertamanya dengan pengarah Azmi Hatta hanya berlangsung di sebuah surau.

Perkahwinan Lina dan Azmi hanya bertahan sekitar setahun iaitu berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika dia hamil 4 bulan, anaknya  Puteri Sara Sefhia yang kini berusia 4 tahun.

Album pertama Elly Mazlein bersama Nar Records. - Foto Wikipedia

Elly bermula dalam bidang seni dengan menjadi artis rakaman syarikat NAR Records pada 1997 dengan kontrak selama 5 tahun.

Dia kemudian mencuba bidang lakonan dan popularitinya mula melonjak setelah penerbit, Datuk Yusof Haslam memberinya peranan sebagai anggota polis dalam drama bersiri "Gerak Khas" di saluran RTM.

Selepas itu wanita kelahiran Slim River, Perak yang pernah popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu mula menyepi dari bidang nyanyian setelah kontrak tamat.

Bidang lakonan turut menjodohkannya dengan Azmi Hatta, salah seorang pengarah drama terkenal masa itu.

Lina kembali popular setelah diberi tawaran berlakon dalam drama bersiri polis, Gerak Khas.


Kegiatan Lina sebagai penyanyi kembali terserlah apabila muncul dalam program Gegar Vaganza musim ketiga, Oktober 2016.

Lina juga cuba menjadi pengacara dalam beberapa program terbitan Astro dan TV3 di samping terus berlakon. Terbaru, nama dia menjadi tular selepas berlakon dalam drama bersiri "Kampung People" yang ditayangkan dalam slot Lestari TV3.

Lina Pom Pom dan anaknya jadi cover muka depan majalah URTV.


4
0
0
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 5 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 5 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 5 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago