Santai 16 Jan, 2020

BUDAK "AJAR" PEMANDU JANGAN BUANG SAMPAH

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SEORANG budak lelaki berusia hampir dua tahun memberikan pengajaran berharga kepada seorang lelaki  yang membuang sampah sesuka hati di atas jalan. : KitaReporters.com

Budak kecil ini mengutip botol plastik dan dipulangkan kepada pemandu yang membuangnya. - Foto IndiaTimes


Budak kecil itu dengan sengaja memungut botol plastik yang dibuang oleh lelaki itu dari dalam kereta secara sembarangan dan mengembalikan kepada pemiliknya.

Dipetik dari laporan World of Buzz, pada Isnin (13/1/2020), video pendek yang menjadi tular menunjukkan kanak-kanak berusia dua tahun itu sedang berjalan-jalan di Jining, Timur China, wilayah Shandong.

Ketika budak itu berjalan, seseorang terlihat melemparkan botol kosong keluar dari keretanya.

Melihat botol itu dicampak ke pinggir jalan, anak tersebut langsung bertindak untuk mengambilnya.

Budak ini mengutip botol air yang dicampak oleh si pemandu. - Foto IndiaTimes

Lucunya selepas mengambil, dia pun berjalan mendekati kereta dan mengembalikannya kepada si pemandu kereta.

Malu dengan tindakan yang dilakukan oleh budak kecil itu, si pemandu langsung kembali mengambil botol yang dibuangnya.

Ibu budak itu mengatakan, bahawa anaknya mungkin berfikir bahawa pemandu itu telah menjatuhkan botol kosong itu secara tidak sengaja. Dia hanya ingin membantu mengembalikan botol tersebut.

Yang jelas perilaku yang dilakukan budak tersebut telah mengajarkan si pemandu  itu untuk lebih prihatin dengan masalah alam sekitar.

Ibu budak itu mengaku bahawa dia sedang menvideokan si anak ketika sedang berjalan ke luar rumah.

Ketika itulah dia menangkap momen si buah hati mengembalikan botol kosong yang dibuang secara sembarangan dari dalam kereta.

“Pada hari itu dia mungkin berfikir botol itu telah jatuh dari dalam mobil secara tidak sengaja.

Dia seorang budak  yang suka menolong. Sekiranya dia melihat menjatuhkan barangnya, dia selalu membantu untuk mengambilnya,” terang si ibu.

Lebih lanjut si ibu mengatakan bahawa anaknya baru berusia satu tahun tiga bulan dan mungkin tidak memiliki kecintaan terhadap alam sekitar yang kuat.

Namun tindakannya tersebut boleh menjadikan pelajaran bagi semua orang. - KitaReporters.com

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago