HARVEY KEATON yang baru berusia 19 bulan menerima pingat posthumous yang dikurniakan kepada ayahnya, Geof Keaton, seorang sukarelawan, yang terkorban ketika melakukan kerja memadamkan kebakaran di Australia pada 19 Disember 2019 lalu bersama seorang lagi rakannya. : KitaReporters.com
Puluhan anggota bomba hadir pada acara khusus di hadapan keranda mangsa korban itu untuk memberikan penghormatan kepada Geof Keaton.
Geof Keaton dan rakannya, Andrew O'Dwyer yang juga seorang sukarelawan, meninggal dunia pada 19 Disember 2020 dalam perjalanan menuju lokasi kebakaran, ketika trak bomba yang mereka naiki terlanggar sebatang pokok yang tumbang.
O'Dwyer, yang juga seorang ayah akan dikebumikan pada minggu depan.
Penghargaan keberanian diberikan kepada Harvey Keaton oleh Suruhanjaya Pemadam Kebakaran New South Wales, Shane Fitzsimmons.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut menghadiri pengkebumian itu.
Morrison mengatakan dia berada di upacara pengkebumian tersebut untuk "mengingat dan berterima kasih atas kerja-kerja sukarela yang telah dilakukan oleh Geoff Keaton."
Foto-foto yang dikeluar oleh Jabatan Bomba New South Wales memperlihatkan si anak digendong oleh ibunya ketika melihat ayahnya di dalam keranda.
Sebiji mug dengan pesan "Ayah, aku mencintaimu!" terlihat pada keranda tersebut.
Selain Keaton dan O'Dwyer, seorang lagi pemadam kebakaran turut meninggal dunia pada Isnin (30/12/2019) lalu ketika angin kencang menyebabkan sebuah trak bomba terbalik, mengorbankan petugas berkenaan serta mencederakan dua lainnya. - KitaReporters.com