Santai 16 Mar, 2020

COVID-19: GEMPAR 2 MATI SERENTAK DI SURAU??

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this
KETIKA wabak jangkitan penyakit COVID-19 sedang mengancam penduduk seluruh dunia, orang ramai di daerah Besut pula gempar dengan berita kematian serentak dua penduduk di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Seberang Jertih, Terengganu yang didakwa mangsa kepada virus berkenaan. : KitaReporters

Dua penduduk seorang lelaki dan perempuan sedang dikafankan dalam demonstrasi Kursus Pengurusan Jenazah di Surau RAKR Seberang Jertih, Terengganu pada 


Dua penduduk yang dikatakan meninggal dunia serentak ketika berada di Surau RAKR Seberang Jertih itu ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ibrahim Che Mat, 50, dan seorang juruacara majlis perkahwinan, Noor Asyikin Mustaffa, 35.

Kejadian itu tersebar selepas penduduk melihat lelaki dan wanita berkenaan sedang dikafankan oleh jurumandi jenazah di surau perumahan terbabit.

Jenazah kedua-dua penduduk itu dilihat diletakkan berdekatan antara satu sama lain, manakala orang ramai sedang memerhati jenazah yang menutupi tubuh kedua-dua penduduk itu dengan kain putih.  

Bagaimanapun, kejadian itu sebenarnya hanya lakonan sempena Kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan di surat terbabit.

Jurumandi jenazah menunjukkan cara-cara memandi jenazah


Kursus anjuran Persatuan Penduduk RAKR Seberang Jertih dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) RAKR Seberang Jertih, berlangsung sehari bertujuan memberi pendedahan kepada ahli kariah penduduk mengenai kaedah mengurus jenazah.

Pengerusi penganjur, Samsudin Mohamad berkata, kursus yang julung kali diadakan oleh dua organisasi di perumahan itu disertai 50 peserta lelaki dan perempuan.

Katanya, kursus secara amali dan praktikal itu menarik minat peserta kerana ia dikendalikan oleh jurumandi jenazah terkenal di daerah itu.

Peserta wanita mempraktikkan cara-cara  menkafankan jenazah


Beliau berkata, menerusi kursus itu diharap penduduk setempat dapat mengetahui kaedah sebenar cara-cara memandikan jenazah, kafan dan amalan mengurus jenazah mengikut Islam.

Bukan itu sahaja, katanya, peserta yang mengikuti kursus secara percuma itu turut diberikan sijil penyertaan oleh pihak penganjur.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, Wan Azhar Ahmad menutup kursus itu dan menyampaikan sijil kepada peserta.

Peserta kursus bergambar kenangan bersama sijil penyertaan selepas selesai kursus.

Peserta Rahimah Latif, 60, berkata beliau tertarik dengan pengendalian kursus itu kerana lengkap dengan tayangan slide serta latihan secara praktikal.

Zulkifli Mohd Yusak, 45, pula berkata beliau pertama kali menyertai kursus itu dan berharap pihak penganjur mengadakan kursus susulan. 

“Kursus amat sesuai kerana ketika ini agak sukar mencari jurumandi jenazah disebabkan tidak ramai yang berminat untuk menyertai kerjaya itu,” katanya. - KitaReporters

Wan Azhar menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Rahimah Latif

12
6
3
1
6
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago