Santai 03 Mar, 2020

KEPOH!! ANAK BECKHAM 'GATAL' KAHWIN MUDA

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

SIAPA tak kenal Victoria penyanyi kumpulan Spice Girl dan David Beckham pemain bola sepak terkemuka England yang kini sedang kecoh melayan angin anak sulung mereka, Brooklyn yang mahu mengikut jejak langkah mereka, berkahwin pada usia muda. : KitaReporters

Brooklyn memadu asmara dengan aktres Nicola. - Gambar Brooklyn Instagram


Brooklyn, 20, yang mencipta nama sebagai model dan jurugambar mahu memulakan kehidupan berumah tangga dengan seorang aktres yang juga pewaris keluarga bilioner dari Amerika Syarikat, Nicola Peltz

Baru saja mendapat 'kunci' kebebasan, Brooklyn yang baru saja diraikan dalam majlis hari jadi yang menelan belanja £100,000, dikhabarkan sedang hangat dilamun cinta, sekali gus membuatkan ibu bapanya pening kepala dan berbelah bagi.

Bapanya, David memikirkan usia anak sangat muda dan perlu sedikit lagi masa untuk membina kerjaya.

Tetapi Victoria pula sangat teruja dengan pilihan hati anaknya kerana bakal menantunya memenuhi segala syarat yang menjadi impiannya. 

Gadis yang cantik, terpelajar, budiman, bercita-cita tinggi, sopan santun dan pewaris bilioner.

Brooklyn dan Nicola. - Gambar Brooklyn Instagram.


Akhbar Mirror melaporkan pasangan yang bagaikan Romeo-Juliet itu sudah tidak boleh berenggang langsung dan Brooklyn dikatakan akan membuat lamaran itu pada bila-bila masa saja. 

Victoria pula suka dan merestui sepenuhnya hajat anaknya itu, maka mudahlah anak muda itu menikahi Nicola.

Jika benarkan perkahwinan itu berlangsung, Brooklyn akan mengikut jejak langkah ibu bapanya berkahwin pada usia muda. 

David Beckham mengorat Victoria ketika berusia 22 tahun dan David, 23 tahun. Mereka bertunang selama enam bulan saja sebelum mendirikan rumah tangga kekal hingga sekarang.

David-Victoria berusaha bahagiakan Brooklyn.


Brooklyn yang memiliki aset $1 juta (RM4.4juta) seorang model dan jurugambar yang sedang meningkat naik namanya sangat berhajat untuk menjadi suami. 

Dia secara terbuka menunjukkan kemesraan dengan kekasihnya. 

David pula bimbang dengan kelakuan anak jantannya sambil berharap Brooklyn dapat bertahan setahun lagi untuk memastikan kerjayanya stabil sebelum mendirikan rumah tangga.

Victoria pula yang teruja mendapat tahu anak sulungnya sudah menemui pasangan secocok ditambah pula  impiannya selama ini adalah untuk mencari bakal menantu orang kaya raya - keluarga besan mempunyai rangkaian kenalan orang-orang ternama. 

Ia ternyata memang menepati cita rasa dia dan anaknya.

Keluarga Beckham.... Gambar majalah Hello.


Bekas kekasih Brooklyn sebelum ini seorang model dan pasangan itu kemudian berpisah selepas memadu asrama selama sembilan bulan.

Victora, 44 dan David, 45, mempunyai tiga lagi anak, Romeo James, Cruz David dan anak perempuan tunggal Harper Seven Beckham. Mereka memiliki harta hampir $1 billion.

Salah seorang anak mereka, Cruz seorang penyanyi muda yang dilahirkan ketika keluarga itu tinggal di Sepanyol memiliki harta beratus juta sejak usia muda.

Cruz memiliki 1.5 pengikut dalam Instagram dan asetnya saja dikatakan bernilai $114 juta. Dia mula menjadi bintang Instagram ketika usia 14 tahun.

David-Victoria Beckham memiliki aset $1 billion.


Akhbar Metro Entertainment turut melaporkan Brooklyn kelihatan bersaja mengalas beg tangan kekasih di bahunya dan mereka kelihatan sangat bahagia memegang tangan sambil bersiar-siar selepas meninggalkan pentas pertunjukan fesyen di kota raya Paris pada 27 Februari 2020.

Majalah Heat di London pula melaporkan Victoria pula sedang berura-ura untuk merancang perkahwinan anaknya dalam suasana gilang gemilang. 

Sementara itu, pasangan David-Victoria dikatakan membelanjakan 100,000 pound untuk meraikan hari jadi Brooklyn yang ke-21 tahun di kediaman mereka di Estet Cotswolds, yang turut serta ramai artis termasuk Elton John. - KitaReporters

1
2
4
1
2
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago