Santai 04 Mar, 2020

DARI SIBU KE JERTIH!! MENCARI RESEPI KEJAYAAN

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

PROGRAM Lawatan Integrasi Nasional Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah sebahagian usaha kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan dan menjalin sosiobudaya rakyat negeri terbabit. : KitaReporters

Rombongan KRT dari Sibu, Sarawak bertemu KRT Bandar Jertih menerusi Program Lawatan Integrasi

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri melalui Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh negara memperkenalkan program itu dengan mengadakan pertukaran lawatan bagi memberi peluang kepada ahli dan pemimpin komuniti menyertai lawatan ke negeri pilihan masing-masing.

KRT Bandar Jertih, Terengganu, menjadi pilihan kepada KRT Nangka Bandung dan Abang Barieng di Sibu, Sarawak, mengadakan lawatan integrasi bagi meningkatkan semangat perpaduan dan kejiranan antara dua Badan Bukan Kerajaan (NGO) terbabit.

Program sehari yang disertai 40 peserta termasuk seorang pegawai pengiring dari JPNIN Sibu itu memilih KRT Bandar Jertih kerana mempunyai pelbagai keintimewaan yang boleh dicontohi oleh KRT terbabit.

Kelebihan KRT Bandar Jertih yang berusia 35 tahun dan antara KRT tertua di Malaysia, menjadi pilihan banyak KRT dari luar Terengganu kerana ingin mengetahui lebih lanjut kejayaan KRT itu yang mampu bertahan lama sehingga sekarang.

Ditubuhkan pada Januari 1985 pelbagai kejayaan dan anugerah diterima sepanjang tempoh usia berkenaan yang jarang dimiliki NGO lain di negara ini.

Pengerusi KRT Nangka Bandung, Drahman Mahmod berkata, rombongan beliau amat beruntung kerana dapat mengenali Jawatankuasa KRT Bandar Jertih yang mempunyai status jawatankuasa pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan Pakistan.

Katanya, komposisi pelbagai kaum itu jarang ada di KRT lain dan sebab itu beliau memilih untuk berkunjung ke KRT terbabit disebabkan keunikannya selain ia KRT paling lama di Terengganu.

Rombongan KRT Sibu, Sarawak menikmati jamuan makanan tradisional Terengganu di KRT Bandar Jertih


“Saya amat kagum dan teruja dengan taklimat yang diberikan, malah melihat sendiri slide yang dipaparkan yang banyak menonjol kejayaan dicapai,” katanya.

Beliau berkata, kami sempat beramah mesra dengan Jawatankuasa dan kepemimpinan KRT berkenaan sambil bertanyakan resipi kejayaannya dapat bertahan begitu lama.

Drahman berkata, lawatan integrasi yang dianjurkan itu dapat memberi banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada ahli kerana mengetahui sendiri cara-cara pengurusan NGO yang boleh dijadikan panduan.

Katanya, selain Terengganu, rombongan beliau juga turut melawat Kelantan dan Selangor untuk mendedahkan ahli dengan aktiviti kemasyarakatan dan perpaduan.

Peserta lawatan mendengar taklimat mengenai kemajuan KRT Bandar Jertih


“Sepanjang tempoh lawatan seminggu ke Semenanjung, ahli rombongan dapat mengenali budaya hidup yang diamalkan di negeri berkenaan dan satu pengalaman yang amat berguna,” katanya.

Katanya, paling menarik menerusi lawatan itu walaupun mereka datang dari jauh di Sibu tetapi dapat juga bertemu rakan lama di Jertih.

Sementara itu, Setiausaha KRT Bandar Jertih, Abd Aziz Hasan berkata, pihaknya sering menerima tetamu terutama dari KRT seluruh negara yang datang untuk melihat sendiri kejayaan kami mengurus NGO paling lama sehingga sekarang. - KitaReporters

4
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago