Santai 15 Jan, 2020

MOH 'JOIN' KRT, JADI EJEN PERPADUAN, TOLERANSI

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
BADAN-BADAN NGO masyarakat seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) diwujudkan dengan mempunyai fungsi dan misi tertentu dalam komuniti sama ada untuk tujuan amal bakti, memupuk semangat perpaduan, menyemai nilai-nilai harmoni dalam kalangan masyarakat serta menjalin sikap toleransi yang jitu. : KitaReporters.com.

Sebahagian Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seksyen 7 Lestari Perdana,Bandar Putra Permai,Seri Kembangan,Selangor sesi 2020-2021.


KRT antara badan NGO yang sudah agak lama dan berusia di Malaysia, malah boleh dikategorikan sebagai matang dengan matlamat penubuhannya lebih kepada aspek perpaduan dan intergrasi nasional.

Kewujudan KRT di kawasan-kawasan taman perumahan terutama yang penduduknya berbilang kaum mempunyai peranan ke arah menjayakan hasrat kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM) di mana organisasi ini di bawah pengawasannya untuk melahirkan masyarakat majmuk yang harmoni dan sentiasa bertoleransi dalam pelbagai aspek kehidupan.

Sehubungan dengan itu, KRT Zon Puchong yang mempunyai 28 unit dan merupakan antara kawasan KRT teraktif di Selangor terpaksa menggalas peranan berat dalam menjayakan misi dan matlamat ke arah mewujudkan kehidupan komunitinya yang harmoni, bersatu padu dan sentiasa bekerjasama erat dalam melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan.

Bagi tujuan tersebut, semua KRT dalam Zon Puchong pada tahun ini perlu bergerak aktif mengadakan pelbagai program untuk kepentingan ahli-ahli termasuk mereka yang melibatkan diri dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan masyarakat setempat seluruhnya.

Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Daerah Petaling, Nor Kamalia Kanmalar  (tiga dari kiri) mengabdikan foto kenangan bersama ahli KRT Seksyen 7 Lestari Perdana.


Perkara ini dinyatakan oleh Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Daerah Petaling, yang juga sebagai pegawai yang bertanggungjawab bagi Zon Puchong, Nor Kamalia Kanmalar dalam pertemuan di Lestari Perdana pada Ahad 12/01/2020. 

Katanya, usaha tersebut perlu dilakukan supaya prestasi keaktifan KRT dalam Zon Puchong dapat dipertingkat dari satu tahun ke satu tahun untuk membolehkan ia mendapat pengiktirafan pihak JPNIN sama ada pada peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.

Hanya melalui penilaian keaktifan sepanjang tahun, pihak KRT di satu-satu kawasan termasuk di Zon Puchong diberi penghargaan oleh kerajaan melalui dana tahunan masing-masing.

Jumlah dana yang diterima bergantung kepada indek pengukur yang telah ditetapkan oleh pihak JPNIN. 

Arbaiyah Aini bersama Habibah Mohd Said menerima hadiah daripada Nor Kamalia Kanmalar.


Beliau memberitahu, untuk tahun ini, pihaknya berharap semua KRT dalam Zon Puchong dapat melipatgandakan usaha mengadakan lebih banyak program kemasyarakatan dan komuniti setempat merangkumi elemen kesihatan, keselamatan, pendidikan dan sebagainya dengan kerjasama agensi mahupun jabatan kerajaan serta swasta.

Dengan cara ini, katanya, secara tidak langsung semua 28 unit KRT di Zon Puchong akan diiktiraf oleh pihak JPNIN dan melalui peratusan keaktifan tersebutlah nilai dana akan diberikan kepada setiap KRT mengikut indeks kuota yang ditetapkan .

"Saya mahu semua KRT di Zon Puchong merebut peluang yang ada, di samping menggerakkan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti bermanfaat, khususnya melibatkan aspek keharmonian dan perpaduan berbagai kaum,"  ujarnya dengan penuh harapan.

Nor Kamalia Kanmalar menyampaikan hadiah kepada Rohaidah Haji Ramli.


Pada pertemuan itu, Nor Kamalia Kanmalar meminta semua KRT di Zon Puchong mengambil perhatian serius mengenai penyertaan ahli KRT dan SRS, yang mestilah terdiri daripada berbilang kaum.

Kerana, katanya, sebagai organisasi yang bermatlamat untuk perpaduan, toleransi dan keharmonian kaum, sekurang-kurang setiap ahli KRT di kawasan ini mestilah  mempunyai dua kelompok kaum yang berbeza dan bukan hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja.

Dalam hubungan ini, usaha perlu digembleng supaya penerimaan atau kemasukan ahli-ahli KRT daripada berbilang kaum termasuk mereka yang berasal daripada suku kaum di Sabah dan Sarawak yang tinggal di sekitar Puchong.  

KRT Zon Puchong yang mempunyai 28 kawasan di mana 19 daripadanya merupakan yang teraktif (peratus keaktifan 100%) sepanjang tahun 2019, dengan mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk melibat ahli-ahli serta mereka aktif dalam rondaan SRS.

Nor Sayzila Shahruddin (kiri ), Ketua KOSPEN KRT Seksyen 7 Lestari Perdana antara pemenang yang menerima hadiah daripada Nor Kamalia.


KRT Taman Seri Serdang muncul di tempat pertama sebagai unit teraktif dalam Zon Puchong bagi sesi 2019 dengan jumlah program 83, kekerapan mesyuarat 27 kali dan 12 transaksi kewangan untuk tempoh dua belas bulan dengan 100% keaktifan.

Sembilan belas lagi unit KRT di Zon Puchong yang keaktifannya 100% ialah Taman Lestari Putra Seksyen 4, Kota Perdana Bandar Putra Permai, Pangsapuri Anggerik Taman Puchong Prima, Seksyen 7 Lestari Perdana, Pangsapuri Teratai Taman Puchong Prima, Taman Lestari Putra Seksyen 5, Pangsapuri PKNS Jalan 7/1, Taman Lestari Putra Seksyen 6 Fasa 1, Taman Lestari Putra Seksyen 7, Puchong Utama Court 2.

Taman Lestari Putra Seksyen 3, Taman Lestari Putra Seksyen 6 Fasa 2, Puchong Permai Blok F1-F10 (KRT baru), Kampung Kenanga Batu 13,  Puchong Utama Court 1, Taman Serdang Utama, Taman Lestari Putra Seksyen 1, Taman Sungai Besi Indah dan Emerald Heights Puj 9.

Sementara itu, 8 unit KRT Zon Puchong tahun ini perlu merancang menokok tambah kegiatan sepanjang tahun bagi membolehkan peratus keaktifan diperbaiki serta dilonjakkan ke tahap lebih memberangsangkan.

KRT berkenaan termasuklah Taman Pinggiran Putra Zon A, Taman  Pinggiran Putra Zon B (baru), Taman Pinggiran Putra  Zon  C (baru), Kembangsari Fasa 2B, Lestari Perdana 2, Bandar Bukit Puchong, Taman Puchong Permai Fasa 1 dan Taman Puchong Utama Fasa 3.

Mana-mana kawasan taman perumahan dalam Zon Puchong yang belum ada KRT juga digalakkan menubuhkan KRT masing sebagai usaha menjadi agen penggerak memupuk semangat perpaduan, sikap toleransi dan harmoni dalam kalangan komuniti masyarakat setempat. - KitaReporters.com 

Hairi Eberahim menyampaikan cenderahati kenangan kepada Nor Kamalia Kanmalar.

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago