Santai 05 Dec, 2019

TERIMA HADIAH KERANA TAK PONTENG SEKOLAH!!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
MASALAH ponteng sekolah bukan masalah baru, bermula sejak sekian lama walaupun pelbagai inisiatif dan kempen dilakukan bagi membendung masalah berkenaan. : KitaReporters.com

TIGA pelajar bertuah membawa hadiah masing-masing dalam program PROPONSIF.


Menyedari masalah tersebut akan berlarutan sepanjang masa, sebuah sekolah di Tanjong Sepat, Selangor mengambil inisiatif lain daripada yang lain bagi mengatasi masalah berkenaan.

Inisiatif luar biasa itu dikendalikan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Menengah Batu Laut dengan ‘restu’ pengetua sekolah tersebut. Mulia sungguh jasamu cikgu!

Program yang yang dinamakan program yang dinamakan Program Ponteng Sifar (PROPONSIF) Kehadiran 100% itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Nora @nrqlhosh yang juga merupakan seorang pelajar di sekolah terbabit.

Sebuah motosikal dihadiahkan kepada pelajar bertuah yang memiliki kehadiran 100 peratus bagi sesi 2019.


Menurutnya, pelajar-pelajar yang memiliki kehadiran 100% semuanya mendapatkan hadiah berupa peralatan sekolah.

Lebih seronok, pengetua sekolah terbabit telah berjanji akan memberikan hadiah cabutan bertuah dalam kalangan pelajar yang memiliki rekod kehadiran yang cemerlang melalui cabutan nama.

Menurutnya bagi tahun 2019, tiga pelajar bertuah apabila berjaya membawa pulang hadiah lumayan. Pelajar pertama yang bertuah  menerima hadiah sebuah motosikal. 

Untuk tempat kedua pula, pelajar mendapat hadiah pakej percutian dan penerbangan ke Pulau Langkawi, Kedah;

manakala, pelajar yang menduduki tempat ketiga pula membawa pulang sebuah televisyen.

Semoga usaha pihak sekolah itu berterusan bagi tahun-tahun mendatang dan berjaya membasmi budaya gejala buruk ponteng sekolah itu. - KitaReporters.com

Pakej percutian ke Pulau langkawi merupakan hadiah kedua yang ditawarkan kepada pemenang.


Hadiah ketiga yang berupa sebuah televisyen.

9
6
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago