Santai 22 Nov, 2019

NAK TAHU KEBERKATAN REZEKI? JANGAN KEDEKUT

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> normalahamzah251@gmail.com

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat hari Jumaat yang barokah. Penghulu segala hari. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Renungan.

Keberkatan rezeki

Jangan kedekut dengan mak bapa

Sedikit banyak usah kisah

Kita hidup dalam keadaan sangat mencabar. Tersilap langkah boleh menghancurkan masa depan diri dan keluarga.

Oleh itu sangat penting bagi kita mencari keberkatan dalam mengharungi hidup secara berhemah dan mengikut aturan Allah SWT.

Bukan setakat beramal dan beribadah, bergaul, bersahabat, berkerja dan rezeki juga perlukan keberkatan dalam usaha memperoleh nikmat dan redha Allah.

Tanpa keberkatan, hidup tak tenang dan sentiasa ada halangan yang datang.

Memperoleh rezeki melimpah ruah namun tidak berkat, tidak ada maknanya juga.

Walaupun memiliki harta yang yang banyak, kehidupan yang mewah namun hati tidak tenang dan bahagia, juga antara kehidupan yang tidak diberkati.

Ibarat rumah yang cantik berhias tapi kosong tanpa berpenghuni.


Fikir dalam-dalam.

Adakah apa yang kita buat selama benar benar ikhlas dan redha?

Contohnya kerja kita. Tanggungjawab kita terhadap diri keluarga dan orang keliling kita.

Makan minum, pakaian dan keperluan kita adakah dibeli dengan wang yang halal?

Dalam mencari keberkatan rezeki memainkan peranan.

Rezeki ada banyak, caranya sahaja yang berbeza.

Ada rezeki yang perlu diusahakan, ada yang diberi percuma, ada yang kita dah usaha, tapi akhirnya menjadi milik orang lain.

Namun apa yang lebih utama adalah, bagaimana mendapatkan keberkatan dalam rezeki tersebut. Kerana apabila ada keberkatan rezeki, hidup akan lebih aman dan tenang.


Berbeza dengan seorang hamba Allah yang kecil-kecilan di tepi jalan dan yang hidup serba sederhana, tetapi jiwanya tenang dan hatinya gembira sebab rezekinya sentiasa ada.

Semua ini sangat relevan dengan keberkatan.

Jika setiap bulan kita selalu rasa tak cukup duit, fikir balik bagaimana kita dapatkan rezeki tersebut.

Apakah dengan curi tulang, keluar masuk pejabat ikut suka hati, main Facebook waktu pejabat kita berlaku amanah?

Petang pula tepat pukul 5 terus balik tanpa ada rasa bersalah. Bila hujung bulan gaji masuk.

Jadi macam mana keberkatan gaji yang kita dapat tu?


Ingatlah...

Jangan buat orang berkata yang negatif tentang kita. 

Kerana dari situ terbitlah doa-doa yang tidak baik untuk kita. Perkara ni secara tak langsung akan memberi kesan kepada keberkatan rezeki.

Nafkah isteri dan anak-anak, bagi duit pada ibu antara perkara yang sering kita terlepas pandang. Lebih-lebih lagi bagi suami yang isterinya juga bekerja.

Jangan ambil kesempatan atas kebaikan dan pengorbanan mereka.

Bagi yang masih ada mak bapa jangan lupa bagi duit kepada mereka walaupun mereka tak minta.

Sikit atau banyak tak kisah, tetapi ingatan kita akan buatkan mereka gembira.

Bila mereka kita gembira, mereka pasti akan mendoakan keberkatan rezeki untuk kita.

Jangan pernah kedekut dengan mak bapa!


Jadikan rutin, setiap pagi sebelum mula bekerja, buat solat dhuha sebagai peringatan kepada kita dalam mencari rezeki.

Sekuat manapun usaha kita mencari rezeki, Allahlah yang berkuasa memberikannya. Berserahlah kepada Allah sepenuhnya.

Oleh itu sentiasa merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada.

Apabila keberkatan rezeki itu kita dapat, hati akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang Allah berikan.

Jangan kira sedikit atau banyak.

Bila kita berusaha mendapatkan keberkatan rezeki, Allah akan hadiahkan ketenangan dalam hati kita.

Secara langsung, hati kita akan semakin dekat dengan-Nya.

Jaga hubungan dengan Allah dan kita dengan memastikan sumber rezeki itu halal, menjauhi semua yang dilarang, dan memperbanyakkan amalan sunnat. Insya-Allah selamat kita dunia akhirat.


❤️🌹 Rezeki itu jaminan Allah.... akan sentiasa cukup apabila mendapat redha dan keberkatan-Nya jika diusaha dengan ikhlas. ❤️🌹 - KitaReporters.com

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago