Santai 20 Feb, 2020

'RIOT FEST' AJAK PENONTON 'MERUSUH' 4 APRIL

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

NAMA yang diberikan, festival ‘Riot Fest’. Alamak! kenapa ‘riot’ yang sah sah membawa maksud rusuhan kan? Tetapi usah gusar… penganjurnya Bro Empire Entertainment bukan mahu mengajak anda merusuh tetapi sekadar mengambil semangat ‘rusuhan’ tatkala berhibur bersama muzik lokal. : KitaReporters.com

Antara barisan artis  dan penganjur yang hadir pada sidang media 'Riot Fest' yang berlangsung di Panggung Asia, Setor Gombar pada 17 Februari 2020.


Mengangkat tema ‘Cyber Rock’,  “Riot Fest’ yang bakal berlangsung pada 4 April 2020 di Maeps, Serdang, ‘Riot Fest’ menghimpunkan 10 kumpulan muzik indie yang diterajui dua band tempatan ternama, Hujan dan Bunkface.

Siapa tidak kenal dengan nama kedua-dua band berkenaan yang mempunyai pengaruh dan empayar mereka tersendiri dalam arena muzik indie kan?

“Pemilihan Hujan dan Bunkface sebagai pemain utama di festival ini adalah sebuah apresiasi di atas usaha kedua mereka memartabatkan muzik generasi masa kini yang mempunyai kualiti tersendiri,” ujar Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi Bro Empire Entertainment,  Syazwan Shamsudin. pada sidang media ‘Riot Fest’ yang berlangsung di Panggung Asia, Setor Gombak, pada Isnin, 17 Februari 2020.

Syazwan Shamsudin  (kanan) dan Hafiz Yusof menjawab pertanyaan media.


Menurutnya, Hujan dan Bunkface akan berkongsi pentas dalam persembahan selama satu setengah jam setiap kumpulan dalam  masa selama tiga jam berterusan, sudah tentu mampu membuat penonton ‘merusuh’ kala berhibur dengan lagu-lagu hits mereka.

“Kami bakal memainkan kira-kira 25 buah lagu sepanjang persembahan tanpa henti dan menjanjikan satu kepuasan kepada peminat yang hadir,” ujar Sam Baharom selaku vokalis dan pemain gitar Bunkface ketika ditemui.

Sebagai kumpulan indie yang paling lama berada dalam industri sejak 2005, pemenang Lagu Rock Terbaik AIM17 (2010) bagi lagu ‘Situasi’ ini melahirkan rasa teruja untuk berhadapan 20,000 penonton yang bakal menyaksikan persembahan mereka di Riot Fest.

“Ini adalah festival indie paling terbesar untuk tahun 2020 dan kami berharap sokongan semua pihak dalam mengangkat dan memartabatkan muzik tempatan,” tambah Sam yang turut diakui anggota kumpulannya, Youk dan Paan.

Bunkface dan Hujan, dua band utama yang akan menggegarkan 'rusuhan' pada Riot Fest di Maeps, Serdang, Selangor pada 4 April 2020.


Bagi pemenang Album Rock Terbaik  AIM ke 16 (2009) dengan Lagu Rock Terbaik ‘Bila Aku Sudah Tiada’, kumpulan Hujan juga dijangka menyampaikan lebih 20 buah lagu sepanjang persembahan mereka.

“Kami juga akan melancarkan single terbaharu di hadapan peminat yang hadir pada malam tersebut, jadi anda semua harus datang, “ ujar Noh Salleh atau lebih popular disapa Noh Hujan.

Noh yang ditemui bersama kumpulannya, AG Coco, Azham Ahmad dan Izzat Uzaini tidak ketinggalan menjanjikan persembahan hebat dan muzik yang mampu mengangkat pinggul anda untuk terus bergoyang.

Antara kumpulan artis yang terlibat. - Pix @ #riotfest


Tidak cukup dengan kehadiran dua band indie ternama itu, bagi menghangatkan lagi festival sekali gus menimbulkan susana 'huru hara',  khalayak akan dihiburkan dengan barisan kumpulan lain yang tidak kurang getarannya seperti Bittersweet, Plague of Happiness, Salam Muzik,Toko Kilat, Iqbal M dan Gard Wuzgut, Operahaus, Fuze Band, Hacktick, Golden Mammoth serta Torque Six. 

“Dalam pada itu, penggemar muzik hip hop, jangan lepaskan peluang menonton satu-satunya persembahan segar dari naib juara Juara Lagu 2020, Aman Ra,” ujar Hafiz Yusof selaku penaja dan penganjur bersama Riot Fest.

Tetapi kenapa dalam kehangatan muzik rock terselit hip hop?

“Kami rasakan muzik yang dibawa Aman Ra berkait rapat dengan muzuk indie, malah lagu-lagunya tidak lari daripada siulan ramai muda mudi,“ tambah Hafiz yang menyasarkan golongan penonton yang hadir dalam lingkungan 20-an mahu pun yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan indie selama ini.



Jadi sekiranya anda tergolong dalam kumpulan sasar yang dimaksudkan bolehlah mendapatkan tiket yang sudah pun dibuka jualannya iaitu RM50 (pembelian awal), Biasa (RM70), Riot Zone (RM90) dan V.I.P (RM 150) boleh dibeli melalui platform http://proticket.com.my/riot-fest. Turut diadakan pakej promo iaitu beli 5 percuma satu.

Menurut pihak penganjur, mereka yang membeli tiket VIP akan diberikan cenderamata yang boleh menjadi kenangan untuk disimpan sebagai koleksi. 

'Riot Fest' yang akan bermula seawal jam 4 petang hingga lewat malam akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti persembahan fesyen serta festival makanan dengan pelbagai pilihan menu.

"Kami turut menyediakan kemudahan surau dan sebagainya malah bagi langkah berjaga-jaga terhadap penyakit COVID-19 kami akan menyediakan juga skrin kesihatan serta membekalkan topeng mulut kepada yang memerlukan," ujar Hafiz sambil memberitahu penonton yang masuk awal tidak boleh keluar dan masuk kembali untuk konsert utama yang akan bermula jam 8 malam.

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman sosial media Riot Fest @riotmy20 di Instagram dan Twitter serta @broempireent (Facebook). - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago