Santai 20 Feb, 2020

PEMUDA UMNO DAN PAS 'BERTARUNG' DI PADANG

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this
BUKAN hadiah lumayan yang menjadi rebutan, tetapi semangat kesukanan dan perpaduan yang diutamakan selepas berpuluh-puluh tahun menjadi musuh politik sama ada di pentas atau di padang disebabkan perbezaan fahaman politik yang menebal antara penyokong parti Melayu terbesar Umno dan Pas. : KitaReporters.com

Pasukan Futsal Pemuda Umno dan Pas DUN Hulu Besut yang menyertai Kejohanan Futsal Mufakat Nasional


Bagaimanapun, keadaan kini sudah berubah.

Penyokong kedua-dua parti berkenaan telah melupakan sengketa, sebaliknya dapat duduk bersama, malah di atas padang pun berlawan secara sihat.

Kejohanan Futsal Mufakat Nasional anjuran Pemuda Umno dan Pemuda Pas, Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Terengganu membuktikan generasi muda kini dapat melupakan pergeseran politik sebaliknya menganjurkan aktiviti sukan sebagai perintis perpaduan.

Penganjuran turut disokong oleh Kelab Belia P-PIN Alur Keladi, Pemuda Umno Alur Keladi dan Pemuda Pas Tanjung Alir.

Kejohanan dua hari yang berlangsung di Dewan Futsal, Kampung Alur Keladi, dekat Jertih, ternyata mendapat sambutan daripada pemuda Umno dan Pas.

Pada kejohanan itu, 16 pasukan menyertai pertandingan yang julung kali dianjurkan oleh parti politik secara bersama.

Hasmadi Hassan (kiri) menyampaikan hamper kepada salah seorang ketua pasukan yang menyertai kejohanan  Futsal Mufakat Nasional


Pengerusi Penyelaras DUN Hulu Besut, Hasmadi Hassan berkata, kejohanan itu tidak menawarkan hadiah lumayan kepada pasukan yang bertanding, tetapi ia sebagai simbolik perpaduan antara orang muda terutama menerusi aktiviti sukan.

Katanya, penyertaan oraang mua dalam acara sukan dapat menjalin semangat perpaduan yang sebelum ini agar sukar untuk mengadakan aktiviti secara bersama.

“Alhamdulilah anak muda sudah pandai berpolitik dan tidak mahu lagi bersengketa kerana ia merugikan bangsa dan agama,” katanya.

Pada kejohanan itu, Pasukan Hassan Sulong dari Kampung Tanjung Alir muncul juara, manakala Family FC dari Kampung Hutang Nangka di tempat kedua dan ketiga ialah Fire Woft dari Kampung Lunuk Kawah.

Hasmadi kemudian menyampaikan hadiah berupa wang tunai dan hamper kepada pasukan yang berjaya. - KitaReporters.com

1
16
0
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago