Santai 03 Mar, 2020

HAFIZ MAIN "CAK-CAK" DENGAN GAMBAR ANAK

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
DUA keping gambar bagi perkenalkan cahaya mata keduanya dan kata-kata "alhamdulillah... welcome to the world my son." Begitulah perkongsian Hafiz Suip, apabila isterinya Nureffy Jasreel Abdullah, selamat melahirkan cahaya mata kedua iaitu bayi lelaki: KitaReporters


Hafiz memperlihatkan dua keping gambar anak keduanya sebaik dilahirkan. - Kredit foto: Instagram @hafizsuib (https://www.instagram.com/hafizsuip/)


Hafiz membuat perkongsian gambar-gambar tersebut tanpa menunjukkan wajah anaknya dalam posting terbaru dalam laman Instagramnya, ketika dia memanjatkan rasa syukur atas kehadiran cahaya mata kedua itu. 

Berita gembira itu dikongsikan oleh Hafiz atau nama sebenar Mohd Hafiz Mohd Suip, kira-kira jam 8.52 malam Ahad, 1 Mac 2020. 

Anak keduanya lahir 22 hari lebih awal dari jangkaan. Ikut jangkaan isteri Hafiz sepatutnya melahirkan anak pada 23 Mac 2020.

Nureffy berehat setelah selamat melahirkan. - Kredit foto: Instagram @hafizsuib


Isteri penyanyi itu bersalin pada jam 6.45 petang di Pusat Perubatan Subang Jaya, Subang Jaya, Selangor. 

Cahaya mata kedua mereka yang juga lelaki dilahirkan dengan berat 3.03 kilogram.

Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 2017 iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 3 tahun.

Menerusi perkongsian Hafiz dalam laman Instagramnya, dia memanjatkan rasa syukur atas kehadiran cahaya mata kedua dan pada masa yang sama, turut banjiri dengan ucapan tahniah dan doa buat keluarga mereka oleh netizen.

Hafiz, isteri dan anak pertama bersantai di luar.

Pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL43) pada 9 Februari 2020, Hafiz turut melibatkan isterinya muncul ketika menyampaikan lagu Kisah Cinta Kita, yang membawa Hafiz muncul juara bagi kategori vokal terbaik dan persembahan terbaik. - KitaReporters

Hafiz turut melibatkan isterinya ketika menyampaikan lagu Kisah Cinta Kita dalam Anugerah Juara Lagu Ke-34.

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago