Santai 13 Mar, 2020

TERBAIKLAH!! MAT MOTO SANTUNI ANAK TAHFIZ

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
KELANTAN terkenal dengan nama jolokan sebagai Kota Serambi Mekah kerana negeri itu memang ada banyak sekolah pondok dan pusat perkembangan ilmu Islam selepas tenaga pengajar termasuk ramai ulama dari Kelantan membawa pulang ilmu pendidikan dari Timur Tengah untuk disebarkan di negeri itu. : KitaReporters

Semoga cukup untuk keperluan Ramadan. Barangan yang didermakan oleh 

Gabungan Permotoran Kelantan.


Dari sekolah pengajian yang diasaskan oleh bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Negeri Cik Siti Wan Kembang itu terkenal dengan pusat asuhan kanak-kanak prasekolah dan sekolah agama khas untuk wanita seperti Naim Libanat, Kolej Tengku Anis serta Kolei Mahaad Mahadi yang melahirkan ramai juara Qari dan Qariah serta alim ulama yang kini bertebaran di seluruh dunia.

Bagaimanapun, sebahagian besar pondok agama itu diasaskan oleh orang persendirian dan penghuninya adalah anak keluarga miskin.

Operasi pondok yang menempatkan huffaz dari seluruh negara itu pula bergantung kepada sumbangan orang ramai termasuk penduduk sekitar pondok terbabit. 

Sumbangan derma itu digunakan untuk membayar upah, membeli barangan makanan, keperluan belajar dan bil elektrik, air dan perubatan.

Pondok-pondok persendirian ini menempatkan serta menjaga para penghafaz al-Quran yang sangat istimewa di sisi Allah SWT. 

Golongan itu yang menjadikan hidup matinya menjaga ayat-ayat suci dengan menghafalnya di dalam dadanya untuk mendapat keredaan dan ganjaran pahala dunia akhirat.

Sokongan padu dan mantap daripada anak-anak muda Kelantan.


Lantas memuliakan anak-anak tahfiz bukan saja mendapat keberkatan besar dalam hidup seorang insan tetapi membantu mereka untuk terus mendalami ilmu dan menyebarkan ke seluruh alam sebagai satu jihad. 

Ini kerana penghafaz al-Quran bukan saja menjadi pemimpin di dunia tetapi juga pemberi syafaat.

Sehubungan itu pada Februari 2020, berpuluh-puluh penunggang motosikal atau "mat moto" dari seluruh Kelantan dan beberapa daerah di Terengganu bersatu tenaga dan beraksi semula menyantuni anak-anak tahfiz di Madrasah Darul Ulum Pasir Puteh untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai.

Kumpulan itu berjaya mengumpul sumbangan bernilai RM20,000 daripada anggota Gagasan Permotoran Bersatu Kelantan (GPPBK) termasuk grup Menuju ke Hadapan, Ungerground Rider, Rider Generation, DivisionFORCE, Speed Lover, Speed Racer, TM Rider, KB Edition, RD kelate, Isabella, Yamaha Runner, Road Racer, Y15zr Pasir Puteh dan Y15 Pasir Mas.

Pokha Pair Puteh menyerahkan sumbangan kepada Mudir Madrasah Darul Ulum Pasir puteh, Ustaz Zakhir.


Kumpulan permotoran yang diketuai KB Edition, Poklan @ Roslan Mat disambut oleh ketua penunggang, jejaka dari Pasir Puteh, yang mahu dikenali sebagai Pokha Pasir Puteh sebelum berkonvoi beramai-ramai ke madrasah berkenaan. 

Menunggu kedatangan rombongan itu adalah Mudir Madrasah Darul Ulum Pasir Puteh, Ustaz Zakhir.

Rombongan itu membawa bersama beras, gula, biskut, telor dan makanan kering sebagai persediaan menyambut Ramadan tidak lama lagi.

Roslan Mat @ Poklan 


Jurucakap rombongan, Ardy Datuk Agos berkata, gabungan itu tidak mewakili mana-mana badan NGO. 

Mereka adalah sahabat handai yang bernaung dalam rangkaian perniagaan. Gabungan itu menguar-uarkan kepada peserta apabila mereka mahu mengutip derma.

Mereka adalah pemuda yang berjiwa murni yang sanggup meredahi hujan demi mengunjungi rumah keluarga yang daif dan memerlukan bantuan, Ini sebagai tanda simpati dan prihatin cara orang Kelantan.

Jurucakap kumpulan Ardy Datuk Agos (kiri)


"Peniaga ini akan terus memasukkan derma dalam akaun dan sebelum sampai di destinasi kami kira wang kutipan. Alhamdulillah kali ini, kami dapat kutip RM20k," katanya.

Poklan @ Roslan juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta GPPBK yang paling ramai kali ini, yang mengambil inisiatif menyantuni anak-anak tahfiz dengan membawa derma dan barangan makanan bagi keperluan harian dan wang tunai untuk membiayai operasi pondok. 

Mudir Madrasah, Ustaz Zakhir turut berterima kasih di atas atas usaha bersama semua pihak, baik dalam kalangan ahli jawatankuasa, orang kampung dan pengurusan yang bertungkus lumus setiap masa dalam usaha membangunkan masjid dan madrasah itu. 

Sebelum ini, GPPBK itu turut melawat rumah tiga beradik yang mengalami barah kulit di Padang Pak Amat Pasir Puteh. - KitaReportes

Kutipan untuk anak-anak tahfiz


Selesai majlis, para peserta berkumpul untuk jamu selera.


19
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago