Santai 17 Mar, 2020

BEKAS ATLET!! SERTAI YAKEB-FIT4P! ADA FULUS!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

PERHATIAN semua wira emas atau jagoan silam negeri dan negara serta atlet para mahupun yang bakal mengakhiri karier sukan, ada berita baik buat anda! Secara sepenuh masa, sambilan dan berkontrak, golongan ini berpeluang beralih dan membina karier baharu dalam industri yang berkaitan kesihatan dan kecergasan dengan Agitos PLT yang menggunakan platform Agitos Fit4P. : KitaReporters

MOHAMMAD Azman Abdul Rahman (dua dari kiri) bertukar dokumen MOU Yakeb dan Agitos PLT dengan Noorul Ariffin Abdul Majeed di Bukit Kiara. Masing-masing diapit oleh Pengurus Besar Yakeb, Zuhairi Abdul Manaf dan Mohd. Nafiizwan Adnan. - Foto Yakeb


Peluang keemasan ini ditawarkan oleh Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) menerusi pemeteraian satu perjanjian persefahaman (MOU) dan kerjasama dengan Agitos PLT, sebuah syarikat yang berpangkalan di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Yakeb yang mula beroperasi pada Oktober 2008 dan dilancarkan secara rasmi pada 25 Julai 2009, kini sudah memiliki 2,875 ahli daripada kalangan bekas jagoan pelbagai jenis sukan negara.

MOU yang dimeterai pada Khamis, 12 Mac 2020 di Rumah Kelab, Kompleks Sukan Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, ditandatangani antara Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif Agitos PLT, Mohammad Azman Abdul Rahman.

Di bawah MOU ini, Agitos PLT berikrar untuk memberikan sebanyak RM0.40 kepada Yakeb sebulan bagi setiap kliennya yang dilatih oleh seorang ahli Yakeb yang menggunakan platform Agitos Fit4P.

NOORUL Ariffin Abdul Majeed dan Mohammad Abdul Rahman bergambar dengan bekas-bekas atlet negara yang menerima sumbangan bantuan khas Yakeb sempena MOU tersebut. - Foto Yakeb


Majlis berkenaan turut menyaksikan empat bekas atlet negara antaranya Mohd. Azrin Abd. Malek (silat), Jasmin Nabila (taekwondo) dan Faridul Masri (olahraga para) sebagai perintis kerjasama Yakeb-Agitos ini menerusi penerimaan pelantikan mereka sebagai jurulatih kecergasan Agitos Fit4P.

Kerjasama Yakeb-Agitos walau bagaimanapun bukanlah baru dijalin memandangkan sebelum ini terdapat beberapa program yang melibatkan kedua-dua pihak dijalankan di bawah jenama Agitos Fit4P.

Antara bekas atlet negara yang menyertai mempromosi Agitos Fit4P ialah Faridul Masri (olahraga para) pada 19 Februari 2020 dan sesi pengenalan dan lampas minda fasa kedua mengenai bidang kerjaya baharu pada 15 Disember 2019.

Lain-lain termasuk pelancaran Agitos Fit4P pada 8 Disember 2019 dalam Persidangan Persatuan Polis Tambahan di Kuching, Sarawak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sesi temu duga sebagai jurulatih kecergasan Agitos Fit4P.

Jasmin Nabila (taekwondo), Nur Eli Ellina (gimnastik), Sharmila Thiagarajan (karate), Muhammad Ashraf (olahraga), Mus Farouk Othman (silat) dan Mohd. Azrin (silat) merupakan antara bekas atlet negara yang menghadiri sesi berkenaan pada 7 Disember 2019.     

Bekas jaguh skuasy negara, Mohd. Nafiizwan Adnan juga merupakan seorang daripada pengasas syariat Agitos PLT dan menyandang jawatan Ketua Pegawai Bakat.

NOORUL Ariffin Abdul Majeed, Pengerusi Yakeb. - Foto Yakeb


Noorul berterima kasih kepada Agitos PLT atas penyediaan peluang karier baharu kepada bekas atlet negara khususnya ahli Yakeb.

“Agitos menyediakan aplikasi Fit4P yang memberi peluang pekerjaan kepada bekas atlet untuk menjana pendapatan bermula daripada RM300 hingga RM3,000 sebulan.

“Sebanyak RM0.40 daripada caj setiap klien aplikasi itu yang menggunakan khidmat mereka, akan disumbangkan kepada YAKEB pada setiap bulan,” katanya yang juga bekas atlet olahraga jarak pertengahan negara.

Aplikasi ini membantu meningkatkan kecergasan kliennya menerusi perhubungan secara dalam talian (online) dengan jurulatih mereka.

JAAFAR Bibon (tiga dari kiri), bekas pelumba berbasikal Sukan Asia, menerima sumbangan bantuan kewangan bulanan Yakeb. - Foto Yakeb


Sementara itu, Noorul berharap kerjasama seumpama ini mampu membuka sumber bantuan kewangan lain buat bekas atlet negara memandangkan setiap tahun Yakeb memerlukan dana dalam anggaran RM1.7 juta hingga RM3 juta.

“Pada 2018, Yakeb mendapat bantuan sebanyak RM250,000 daripada kerajaan, sementara pada tahun lalu, Kementerian Kewangan memperuntukkan RM3 juta dan tahun ini, jika boleh, kami harap angka itu dikekalkan namun sebarang jumlah pun kami tetap terima.

“Bagi seorang bekas atlet negara yang menerima khidmat rawatan di hospital swasta, kosnya ialah antara RM20,000 hingga RM30,000 dan ketika ini, Yakeb mempunyai 2,875 atlet. 

"Jadi sekurang-kurangnya Yakeb memerlukan dana RM3 juta setahun,” jelasnya.

Justeru Yakeb jelasnya, mahu bertemu Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam menimbangkan peruntukan dana khas setiap tahun bagi memastikan kebajikan bekas atlet negara terus terbela.

“Dari dulu lagi kami harap sangat kementerian ini menyediakan dana khas buat Yakeb setiap tahun. 

"Walaupun sedikit, kami tetap hargainya supaya masyarakat tahu, kerajaan sentiasa mengambil berat perjuangan dan pengorbanan bekas-bekas atlet negara,” katanya.

AZIZAH Taib, bekas atlet olahraga para negara, menerima sumbangan bantuan kerusi roda Yakeb.


Terdahulu, Noorul juga menyampaikan bantuan bulanan sara hidup, khairat kematian serta kerusi roda, dan  sumbangan melangsungkan perkahwinan kepada 10 bekas atlet negara seperti Jaapar Bibon (berbasikal), Fong Chein Wai (karate), Jusof Udin (berbasikal) dan Nurul Atiqa (futsal).

Lain-lain termasuk Goh Kheng Yoong (menembak para), Guruchan Singh (kriket), Azizah Taib (olahraga para), Muhammad Kamal Ishak (sepak takraw), Azman Hassan (tenis para) dan Mohamed Ashraf Saipu Rahman (lompat tinggi). - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago