Santai 22 Dec, 2019

WINNIE K TAK KISAH ADA PACAR MELAYU? SIAPA?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this
SELEPAS sambutan Krismas mengakhiri kalendar tahun 2019, bulan Januari 2020 akan menyaksikan pula hadirnya Tahun Baharu Cina bagi kaum Cina. : KitaReporters.com


Pada tahun Wawasan 2020 itu, sudah tentu ramai dalam kalangan artis Cina melahirkan lagu-lagu raya Cina yang baharu, waima artis berusia 37 tahun tetapi masih awet muda, Winnie K tidak terkecuali.

Pemilik nama penuh Winnie Kok Mui Kuan ini sudah bersedia menyambut Tahun Baharu Cina dengan sebuah album menampilkan lagu terbaharu khas buat meraikan perayaan itu berjudul "Tahun Ini Lebih Bertuah".

“Saya rasa cukup puas dapat menghasilkan lagu terbaharu itu sempena sambutan Tahun Baharu CIna setelah 20 tahun berada dalam industri,” ujar Winnie K ketika ditemui pada majlis pelancaran album tersebut di Restoran Suka Sucre, Cheras, milik Dato Fazley Yaakob baru-baru ini.

Winnie bersama Fazley Yaakob yang menaja lokasi majlis pelancaran di restorannya Suka Sucre, Cheras.


Menurut Winnie, setiap kali tibanya musim perayaan beliau sentiasa menyampaikan lagu-lagu popular penyanyi lain.

“Jadi tahun ini, saya bulatkan tekad untuk cipta lagu sendiri dan hasilkannya dalam masa dua hari. Memang penat sangat,” cerita Juara Asia Bagus 1992 ini.

Tetapi nampak kepuasan pada wajah penyanyi persis rupa dan gaya penyanyi Fauziah Latiff bila melihatnya sekali imbas ini.

Menurut Winnie, penghasilan lagu tersebut juga dijayakan selepas mendapat cadangan dan sokongan ibu tercinta serta para peminatnya yang sentiasa menyokong.

Selain lagu baharu, album yang memuatkan enam lagu tersebut turut mempunyai 5 lagi judul popular yang dinyanyikan semula.


Menariknya lokasi muzik video lagu tersebut yang kelihatan seperti di luar negara sebenarnya diambil penggambarannya di Nirwana, Malaysia sahaja. 

Meriah dan berwarna warni!

Lebih istimewa lagi, ini pertama kali sebuah lagu Tahun Baharu Cina ditampilkan wajah berbilang bangsa menyanyi bersama dengan lirik Melayu walau pun sekadar "Selamat Tahun Baharu….”

Dalam perbualan yang berlangsung santai, terserlah sifat manja seorang ‘anak emak’ pada dirinya apatah lagi sentiasa sebut perihal ibunya.


Anak bongsu daripada keluarga tiga beradik ini khabarnya menjaga ibu tercinta setelah kakak-kakaknya mendirikan rumah tangga.

Mungkinkah kerana itu juga Winnie tidak pentingkan soal perkahwinan?

“Saya hanya boleh katakan yang jodoh belum sampai,” jawabnya dalam ketawa kecil, namun mengakui pernah beberapa kali jatuh cinta waima dengan seorang pemuda Melayu sekali pun.

Tidak memilih siapa ‘jodoh’, Winnie bagaimanapun meletakkan soal teman hidupnya itu pada ketentuan Tuhan.

“Sekiranya ditakdirkan saya berkahwin dengan orang Melayu sudah tentu saya harus masuk Islam,” jelas Winnie, namun tetap akui masih belum ada sesiapa yang bertakhta di hatinya buat masa sekarang.

Menyentuh lagu Melayu, Winnie yang pernah menghasilkan rakaman album bahasa Melayu pertamanya, “Kau Ada Di Mana” pada tahun 2008 bakal kembali dengan sebuah single karya Awi Rafael.

Seperti judul lagu baharunya “Tahun ini Lebih Bertuah’. Winnie menaruh harapan agar 2020 yang bakal menjelang tiba memberikan rezeki kepadanya untuk terus berjuang dalam industri bahkan mendoakan diberikan kesihatan yang baik untuk ibu dan dirinya.

Kepada peminat Winnie K, nantikan bagaimana single Melayunya nanti ya. Khabarnya,  bergenre tarian pop. - KitaReporters.com

1
0
0
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago