Santai 29 Dec, 2019

TOLONG KAMI! BANTU KELUARGA HELMEE HASSAN

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
DALAM lembaran kehidupan seseorang, tiada siapa dapat menduga yang akan sentiasa senang sepanjang masa. Seperti kata pepatah 'hidup umpama roda' ada masa senang (di atas) dan ada ketika akan menempuh kesusahan (di bawah). Cuma bezanya kesenangan serta kesusahan setiap individu itu tidak serata. : KitaReporters.com

Keadaan Helmee agak menyedihkan semasa mula dimasukkan ke Wad Hospital Serdang, Selangor, tubuh badan lemah, muka cengkok, tiada selera makan dan demam.


Segala yang berlaku di dunia sudah siap diatur dan ditentukan oleh Allah S.W.T, Cuma  sebagai hamba-Nya kita kenalah reda dengan apa yang berlaku. Sentiasalah tabah dan bersyukur dengan kejadian yang menimpa.

Berfikirlah secara rasional dan positif jika suatu keadaan musibah menimpa ke atas diri kita. Anggaplah insiden itu ada hikmah tertentu yang tersendiri kenapa ia terjadi.

Bagi keluarga seorang pemandu teksi, Helmee A. Hassan, 44, yang baru-baru ini disahkan positif menghidap penyakit tibi (penyakit tuberkulosis) atau dikenali sebagai batuk kering dalam kalangan masyarakat setempat, kini menghadapi era kesempitan hidup tiada punca sumber pendapatan bagi menyara keluarga.

Beliau yang disahkan menghidap penyakit berkenaan pada awal bulan ini oleh doktor semasa membuat pemeriksaan di Hospital Serdang, Selangor setelah menghidap sintom susut berat badan, hilang selera makan, demam, lemah dan keletihan anggota badan serta batuk.

Salepas beberapa minggu Helmee di kuarintin di Hospital Serdang dan mendapat penyeliaan secara berkala oleh pihak doktor keadaannya beransur pulih dan bertambah baik.


Dengan pengesahan doktor mengenai jangkitan bakteria tibi, Helmee terpaksa dikuarintin untuk jangka masa yang agak panjang di Unit Rawatan Rapi, Hospital Serdang dalam usaha membolehkan beliau menerima rawatan khusus bagi tujuan pemulihan.

Semasa dalam tempoh kuarintin itu, hanya individu tertentu yang terdekat seperti isteri, anak dan keluarga dibenarkan melawat.

Malahan  semasa kunjungan setiap mereka dinasihatkan memakai penutup mulut bagi mengelakkan dijangkiti bakteria Mycobacterium Tuberculosis yang boleh menjadikan seseorang sebagai penghidap tibi jika virus tersebut aktif. 

Penyakit Tibi yang dihidapi Helmee mula menunjukkan kesan selepas beliau menghadiri Majlis Penganugerahan Kecemerlangan anak keduanya, Qisya Azyani Marrissa, 7, yang mana keadaan mukanya cengkong dan bentuk fizikal badan agak susut.


Setelah dimasukkan dalam ke wad pada awal bulan ini, teksi yang beliau sewa dijadikan sebagai sumber pendapatan menyara keluarga telah diambil balik oleh pihak syarikat kerana tidak dapat beroperasi sebagai punca kewangan kepada beliau dan syarikat.

Sebelum ini, isteri beliau, Mardiyah Che Rus, 31, bekerja mengasuh kanak-kanak yang dihantar oleh jiran-jiran dan rakan kenalan dalam membantu mencari sumber pendapatan serta meringankan beban tanggunggan keluarga.

Bagaimanapun beliau juga didapati positif jangkitan penyakit berkenaan, tetapi tidak serius memandangkan bakteria yang ada dalam badan tidak aktif hasil pemeriksaan yang dijalankan di Pusat Kesihatan Kecil Seri Kembangan.

Malahan doktor juga menasihatkan supaya berehat untuk sementara waktu daripada menjaga kanak-kanak kerana dibimbangi risiko akan terjadi khususnya kepada kanak-kanak bakal diasuh nanti

Kehidupan Mardiyah tiga beranak kini diduga oleh Yang Maha Kuasa dengan gelombang kehidupan benar-benar mencabar.


Mardiyah yang ditemui di Majlis Penyampaian Bantuan Kembali Ke Sekolah anjuran Surau Lestari Perdana 7 di Seksyen 7 Lestari Perdana (LP7) pada Jumaat (27/12/2019) lalu memberitahu, doktor memberi jaminan beliau dan anak-anak masih boleh bergaul dengan orang ramai, tetapi perlu makan ubat mencegah bakteria daripada berjangkit.

Selain itu, beliau dan dua orang anaknya, Qaseh Nur Aisyah Marrissa, 8, dan Qisya Azyani Marrissa, 7, terpaksa menjalani pemeriksaan kesihatan setiap dua minggu sekali di PKK Seri Kembangan supaya virus daripada jangkitan  itu dapat terus terkawal dan diatasi dengan berkesan.

Foto Helmee semasa bersama keluarga sebelum beliau disahkan menghidap penyakit Tibi dengan keadaan fizikalnya yang segar serta bertenaga.


Suami, katanya selain diberi pengawasan rapi semasa kuarintin juga terpaksa menjalani pemeriksaan darah secara berkala untuk mengetahui perkembangan kesan rawatan yang dijalankan.

Menurutnya, sejak 'ditahan' di wad hospital, ada perubahan positif, badan mulai berisi dan sudah mula mahu makan walaupun berat badan kini mencecah hanya 32 kilogram, agak jauh berbeza jika dibandingkan sebelum sakit.

Jika dibandingkan masa mula dimasukkan ke wad dulu, keadaan fizikal Helmee agak menyedihkan. Muka cengkong, tiada selera makan dan sering batuk-batuk.

Dua orang anak Helmee akan memulakan sesi persekolahan baharu di Sekolah Kebangsaan Taman Desaminium.

Tahun lepas, Nur Aisyah (tahun dua) dan adiknya, Azyani (tahun satu) belajar di Sekolah Pasti Firdaus di Taman Puncak Jalil 2. 

Kedua-dua mereka juga bersekolah agama di Sekolah Rendah Agama Permai Ceria LP7.

Kedua-dua anak Mardiyah, Qaseh Nur Aisyah Marrissa dan Qisya Azyani Marrissa merupakan antara sebahagian daripada 47 pelajar penerima sumbangan Program Kembali Ke Sekolah anjuran Surau Lestari Perdana 7,Seksyen 7 Lestari Perdana.


"Kehidupan kami sekeluarga kini dalam kesempitan berikutan tragedi yang berlaku tanpa diduga ini," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tetap tabah dan bersemangat dalam menghadapi dugaan ini dan tetap melahirkan rasa syukur dan reda dengan apa yang berlaku.

Qada dan qadar Allah kenalah kita terima sekalipun mungkin ia membebankan.

Untuk sara hidup harian, Mardiyah kini mengharap bantuan dan sumbangan simpati daripada rakan-rakan dan orang ramai khususnya yang tinggal di Sekyen 7 Lestari Perdana, di samping bantuan keluarganya yang berada di kampung di Kedah.

Mardiyah Che Rus (kiri sekali) yang merupakan antara individu yang aktif dalam pelbagai kegiatan di Seksyen 7 Lestari Perdana sempat mengabadikan rakaman foto bersama rakan-rakan dan Dr. Siti Mariah Mahmud, Exco Kerajaan Selangor sewaktu kunjungan beliau ke taman berkenaan.


Malahan bayaran sewa rumah RM400 sebulan untuk sementara waktu ini terpaksa menggunakan wang sumbangan yang diperolehi daripada bantuan kawan-kawan dan orang ramai.

Dalam usaha meringankan beban yang ditanggung menyara hidup dua orang anaknya, suami yang terlantar di hospital, perbelanjaan pergi balik ke klinik dan hospital untuk rawatan serta melawat suami di samping pelbagai perbelanjaan lain, beliau sangat berharap dapat memperolehi pekerjaaan dalam masa terdekat.

Bertudung merah jambu Mardiyah bersama rakan-rakan  ketika menghadiri suatu kursus untuk wanita.


Sementara itu, Biro Agama dan Kebajikan Persatuan Penduduk Seksyen 7 Lestari Perdana melalui inisiatif ketuanya, Nor Hapizah Muhammad Ullah dengan kerjasama Biro Muslimat Surau Lestari Perdana 7 menjalankan usaha menguruskan pendaftaran keluarga Helmee dengan Pusat Zakat Selangor (PZS) melalui cawangannya di Masjid Al Muttaqqin Taman Equine, Bandar Putra Permai.

Di samping itu, biro berkenaan juga cuba mendapatkan apa sahaja bentuk bantuan melalui Unit Pusat Kebajikan, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang di Taman Puchong Utama, Puchong bagi disalurkan kepada keluarga yang memerlukan ini.

Bantuan-bantuan juga dipohon dari badan-badan NGO dan daripada mereka berkemampuan.

Mardiyah (kiri) bersama rakan-rakan semasa menyertai pertandingan congkak pada program kesihatan dan wanita anjuran KOSPEN KRT Seksyen 7 Lestari Perdana. 


Sehubungan dengan ini, kepada sesiapa yang bersimpati dan ingin mengimfakkan bantuan mahupun sumbangan kewangan serta barangan keperluan harian, bolehlah menghubungi Mardiyah Che Rus melalui talian 016 962 0428 atau Ketua Biro Agama dan Kebajikan Persatuan Penduduk Seksyen 7 Lestari Perdana, Nor Hapizah Muhammad Ullah melalui talian 018 99919 8170

Kepada semua yang berkemampuan hulurkan sedikit sumbangan untuk insan yang memerlukan.

Fikirkan.. Fikirkanlah, hari ini hari mereka, esok lusa belum tentu lagi, mungkin hari kita pula. - KitaReporters.com. 

Sejak 'ditahan' di wad hospital, ada perubahan positif, badan Helmee mulai berisi dan sudah mula mahu makan walaupun berat badan kini mencecah hanya 32 kilogram.


Untuk tempoh terdekat tiga beranak ini terpaksa mengharap ihsan bakti ikhlas orang ramai sebelum Mardiyah memperolehi pekerjaan untuk menyara kehidupan harian mereka.

 

0
0
4
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago