Santai 29 Nov, 2019

INDAHNYA BERSYUKUR, NIKMATNYA BERSYUKUR

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat hari Jumaat yang barokah, penghulu segala hari. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Renungan.

Syukur selalu

Baik susah atau senang

Ada hikmah Allah sediakan.

Walau gagal, bersyukurlah.

Indah dan nikmatnya bersyukur!

Ujian dan cabaran seringkali dikaitkan dengan kegagalan. Dan kita tak terkecuali.

Namun di setiap kegagalan tersebut tentunya banyak hikmah yang tersirat di sebaliknya.

Bersyukur!

Yang selalu kita buat, merungut dan bersedih.

Patah hati dan kecewa.

Sedangkan bila difikir, banyak kebaikan yang menunggu kita.

Kita lupa tentang satu perkara, Allah ada Mendengar dan Melihat.


Bersyukur!

Sebagai hamba-Nya, kita yang harus yakin bahawa setiap perbuatan ada kesannya.

Untuk mengurangi tekanan dalam berikhtiar, kita harus ingat bahwa Allah SWT Maha Bijaksana.

Tidak mungkin Allah membiarkan hamba-Nya begitu saja.

Pasti ada sesuatu ganjaran daripada setiap kejayaan yang dicapai.

Juga keberkatan pada setiap kegagalan.

Allah menguji daya ketahanan mental dan fizikal kita dengan memberikan suatu usaha yang cukup berat. 

Kita disebut hamba Allah yang mulia apabila mampu mengharungi kehidupan yang sangat mencabar tanpa menyesal atau merungut. Tapi bersyukur!

Selalu bersabar atas sesuatu yang tidak diinginkan dan bersyukur dengan apa yang telah terjadi adalah tindakan yang sangat murni.


Redha dengan ketentuan Allah dan bangkit meneruskan kehidupan juga satu tindakan yang Allah suka.

Kita semua tahu. Allah mempunyai perancangan yang lebih baik daripada setiap apa yang direncana oleh kita.

Oleh itu redha dan hadap dengan positif.

Terdapat dua hal yang datang silih berganti sebagi pelengkap hidup kita, kesenangan dan kesusahan.

Tidak ada orang yang selamanya senang atau susah terus menerus.

Sampai masa dengan izin Allah akan berganti.

Kerana itu, bila kita merasakan kesenangan, selalu bersyukur dan ingat dahulu kita pernah susah.

Begitu juga saat merasakan kesusahan. Berdoalah, akan datang kesenangan.


Ingatlah..

Saat sedang melalui masa-masa sulit, atau suka, selalu ingat kepada Allah SWT.

Banyak nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepada umat-Nya yang merupakan pemberian yang terus menerus dan bermacam-macam bentuknya tanpa memandang nikmat itu banyak atau sedikit.

Hidup ini sangat terbatas.

Mulai sekarang kita harus pergunakan sebaik mungkin waktu yang ada untuk berusaha melakukan hal-hal bermanfaat untuk diri kita sendiri dan berguna bagi orang lain.

Tidak ada manusia yang diciptakan dengan sempurna, tetapi dengan ketidaksempurnaan itulah Allah berikan apa yang terbaik dan layak kita terima.


❤️🌹 Jangan kembali ke masa silam, jangan pandang belakang supaya langkah tidak tersangkut lagi... 🌹❤️

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago