DUA tahun lepas masihkah anda ingat kes kematian kanak-kanak yang agak tragis selepas terkena balingan sebuah kerusi pejabat dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai (Blok 102), Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada 15 Januari 2018. Tidakkah kita semua mengambil iktibar daripada kes sebelum ini untuk tidak membuang barangan atau sampah dari tingkat atas yang bakal membahayakan nyawa semua. : KitaReporters.com
Kini tular perkara yang sama yang dikongsikan oleh seorang netizen di Facebook apabila cermin hadapan sebuah kereta pecah selepas sebuah seterika melayang jatuh ke atas keretanya.
Menurut mangsa ini, yang hanya dikenali sebagai Orang Wangsa Maju, ketika kejadian, beliau mendengar bunyi dentuman kuat dan terkejut bila tengok rupanya seterika yang jatuh di atas cermin keretanya.
Pada Sabtu, 1 Februari 2020, mangsa telah meletakkan keretanya di tempat letak kereta dekat dengan surau dan ia membelakangi salah satu bangunan Alpha Kondo, Wangsa Maju.
Tidak sampai beberapa minit, mangsa mendengar bunyi dentuman kuat.
"Saya sangat terkejut apabila melihat retak besar pada bahagian cermin depan kereta tersebut. Apa yang mengejutkan, kesan remuk itu disebabkan sebuah seterika yang berkemungkinan besar telah melayang jatuh ke atas keretanya."Seorang saksi yang melihat kejadian tersebut memberitahu yang beliau melihat seterika tersebut telah dibuang dari tingkat atas Alpha Condo.
Rata-rata netizen sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku di kondominium ini. Sepatutnya kejadian seperti ini tidak berlaku di kondominium.
Bukan itu sahaja netizen juga mengatakan nasib seterika tersebut jatuh atas kereta, jika terhempap atas orang, arwah dah orangnya.
Ya Allah!! Apa nak jadi dengan orang Malaysia sekarang. Ingatkan dah berubah, tapi perangai tetap sama! - KitaReporters.com