Santai 26 Jan, 2020

RUMAH MURAH UNTUK DIJUAL! HARGA RM4 SAJE..

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
ADUHAI!!.... Gaji RM2,000 sampai kematulah nak rasa hidup di rumah sendiri. Tambah pula sekarang, harga makanan harian pun dah melonjak macam spring kereta, jangan mimpilah nak beli rumah setengah juta. : KitaReporters.com

Bandar Bisaccia yang terletak di selatan Itali dalam wilayah Campania. - Kredit foto https://evoke.ie/ 


Tunggu sekejap!! Anda tak hendak ke berasa ke hidup di Itali, melawat bandar air di Venice, makan ais krim di Piazza dan melawat Menara Condong itu?

Nah untuk anda, ada rumah untuk dijual dengan harga 1 Euro (RM4) sahaja.

Bisaccia yang terletak di selatan Itali dalam wilayah Campania kini menawarkan 90 bangunan terbiar untuk dijual dengan harga bawah pasaran satu euro. 

Sebelum itu, ada beberapa daerah di negara itu yang cuba menyelamatkan komunitinya yang tengah 'tenat' dengan mengajak orang ramai berpindah dan membeli bangunan di sana.

Berbeza dengan bandar lain, tawaran Bisaccia adalah terbuka kepada orang ramai yang berminat mengekalkan seni bina dan memulihara sejarah bangunan.

Bisaccia dikenali sebagai bandar 'mati' dikeliingi bukit dan hutan kecil. - Kredit foto https://www.mirror.co.uk/


"Kami berdepan dengan masalah bangunan purba yang terbiar di segenap kampung. 

"Rumah berkembar atau deretan satu jalan. Malah ada rumah yang kongsi satu jalan masuk," kata Timbalan Datuk Bandar Bisaccia, Francesco Tartaglia kepada CNN.

Sebab itulah katanya daerah itu mengalu-alukan keluarga, kumpulan kawanan, sedara mara, orang yang kita kenal dan pelabur untuk bekerjasama. 

"Kita galakkan mereka beli lebih dari satu untuk memajukan semula daerah ini," tambah Tartaglia.

Macam biasalah kalau dah harganya sangat murah itu, pembeli perlu beri komitmen untuk mengubah suai hartanah itu. 

Tidak seperti bandar lain, pelabur ini tidak ada had baget atau tempoh untuk menyiapkan kerja.

Bisaccia agak istimewa sebab bangunan terbiar itu milik penguasa tempatan yang ditinggalkan oleh penghuninya untuk berhijrah mencari kehidupan baru. 

Jadi tak perlu menghalau keluar pemilik asalnya atau masalah memproses dokumen.

Dalam kebanyakan kes, ada skim menipu dalam jualan rumah ini kerana ada masanya jual beli itu membabitkan tuan rumah asal dengan pembeli tanpa campur tangan majlis daerah.

SalvatoreCassese17-1

Lihatlah bandar di persimpangan tiga wilayah Itali. - Gambar oleh Salvatore Cassese


Bisaccia bersempadan dengan Campania, Basilicata dan Puglia, manakala Naples yang dipenuhi puing dan runtuhan zaman silam dan Matera yang kedua-duanya diwartakan sebagai bandar raya sejarah Unesco.

Kata Tartaglia, hasil campuran budaya membuatkan, pesta perayaan bertopeng dan pelbagai pesta makan dan budaya daripada tiga daerah itu diraikan bersama.

Bisaccia dikenali sebagai bandar 'mati' dikeliingi bukit dan hutan kecil, dulu terkenal kerana proses pembuatan bulu dan seni pertukangan. 

Ia kemudian ditinggalkan berikutan gempa bumi dan yang terakhir pada 1980 yang terus menjunamkan populasi penduduknya.

Walaupun sukar untuk hidup di sini, penduduknya sangat baik, saling menghormati, peramah, rajin dan tahan lasak, kata Tartaglia. 

Penghijrah baharu akan diberi layanan dan dijaga sebaiknya.

"Apa yang penting kami mahu bandar ini kembali bersinar," katanya.

Satu persoalan yang timbul di sini. Jika kita beli, walaupun harga rumah lebih murah tetapi macam mana pula dengan tiket kapal terbang. ke sana?

Sanggupkan anda tiba-tiba tengah enak tidur, tiba-tiba dikejutkan dengan gempa bumi!!

Bijak membeli, bijak melabur jika berani silalah. 

Rumah di atas 'bom jangka' boleh dijadikan homestay menarik untuk mereka yang sukakan cabaran maut!! - KitaReporters.com

The homes lie amid a cobblestone maze of ancient streets.

Runtuhan seni bina lama yang cantik dan perlu dikekalkan. - Kredit foto CNN.com


Buyers will have their work cut out in renovating the properties.

Kena ada usaha sedikit pengubahsuaian. - Kredir gambar  Salvatore Cassese

1
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago