Santai 21 Jan, 2020

TERKINI: CAKRA KHAN DUET DENGAN HAFIZ SUIP??

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
CAKRA Khan, 27,  adalah salah seorang penyanyi angkatan baru Indonesia yang kini popular. Mula menghasilkan  single pertama pada tahun 2012 melalui lagu 'Harus Terpisah' dan diikuti single kedua bertajuk, 'Setelah Kau Tiada'. : KitaReporters.com

Cakra Khan (dua dari kanan) dalam sidang media Konsert Datuk Siti and Friend pada April 2016 lalu. - Foto Wikipedia


Penyanyi dengan nama penuh Cakra Konta Paryaman yang lahir pada 27 Februari 1992 dari Pangandaran, Jawa Timur ini tertumpu pada muzik pop dan R&B ini terus popular melalui lagu ‘Harus Terpisah’.

Melalui lagu ‘Harus Terpisah’, populariti Cakra bukan sahaja di Indonesia malah menyebar ke sejumlah negara  jiran.

Masyarakat di Malaysia juga mula mengenali lagu ‘Harus Terpisah’ dan siapakah Cakra Khan.

Populariti Cakra di Malaysia semakin terserlah apabila menjadi salah seorang daripada tiga penyanyi Indonesia selain Afghan dan Anggun Cipta Sasmi yang diundang oleh Datuk Siti Nurhaliza dalam Konsert Datuk Siti Nurhaliza and Friends di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 2 April 2016.

Dalam satu pertemuan dengan sejumlah wartawan Indonesia di Kebun Jeruk, Jakarta Barat, Indonesia pada Isnin, 20 Januari, 2020, Cakra menyatakan bahawa dalam single terbaharunya, ada kelainan.

Menurut Cakra, single itu merupakan gandingan dengan seorang penyanyi dari Malaysia. Dia merahsiakan nama penyanyi itu.

Berdasarkan pengamatan penulis, penyanyi Malaysia yang dimaksudkan oleh Cakra ialah Hafiz Suip.

Hubungan rapat Cakra dan Hafiz terjalin sejak 2016. - Foto Wikipedia


Ini kerana keserasian Cakra dan Hafiz sudah terlihat sejak kemunculan bersama dalam konsert Datuk Siti Nurhaliza And Friend pada 2 April 2016.

Dari segi kemampuan vokal antara kedua-dua mereka tidak banyak berbeza dan suai untuk berduet.

Juara Akademi Fantasi (AF) Musim 7 (AF7) ini memenangi sejumlah pertandingan yang membanggakan.

Hafiz pernah menghasilkan dua single di indonesia iaitu ‘Bahagiamu Deritaku’ dan ‘Patah Hati’ di Indonesia pada 2012.

Sebelum ini Hafiz Suip, 29,  pernah memenangi Anugerah Planet Muzik 2014 dalam kategori Best Duo/Group berganding dengan penyanyi Indonesia, Rossa melalui lagu ‘Salahkah’.

Ternyata jika single kolarobolasi Cakra Khan menjadi kenyataan, ia akan meningkatkan populariti dua bintang berbakat besar ini.

Menurut Cakra, single itu akan diiedar di beberapa negara di Asia Tenggara. - KitaReporters.com

Cakra Khan antara penyanyi generasi Indonesia yang popular. - Foto Grid.id
0
2
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago