Santai 29 Sep, 2019

KONGSI MINDA BERSIH JIWA: JANGAN KEDEKUT UNTUK BERSEDEKAH

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> normalahamzah251@gmail.com

Share this
Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Kongsi minda, bersih jiwa.

Gambar dari https://pixabay.com/id/


Renungan.

Salahkan diri sendiri

Jangan kedekut untuk bersedekah

Jangan menyerah saat doa-doa kita belum terjawab. Jika kamu mampu bersabar, Allah akan memberikan lebih dari apa yang kamu minta.

Begitu juga jangan salahkan orang ketika kecewa, tapi salahkan diri sendiri karena terlalu berharap sesuatu yang belum pasti.

Adakah kita sudah cukup berusaha dan berdoa?

Jawapannya ada pada kita.

Begitu juga, kita selalu minta untuk kaya tetapi kita lupa kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta tetapi hati yang selalu merasa cukup dan tak lupa bersyukur.

Terkadang kita lupa yang kaya bukan tiket untuk bahagia. Sebab ada yang susah boleh bahagia kerana mereka selalu bersyukur dengan apa yang ada. Bersederhana lebih baik. Doa jangan lupa.

Allah menguji kita dengan sesuatu yang kita suka, maka janganlah keterlaluan sukanya agar sedihpun tidak berlebihan supaya mudah memujuk hati tidak menyesal kemudian hari.

Pada masa yang sama, jangan tunggu kaya untuk bersedekah, sebaliknya bersedekahlah untuk membuka pintu rezeki untuk kita menjadi kaya.

Dalam hidup ini, jangan peduli berapa banyak orang yang mengata kita. Mereka tidak tahu hidup kita. Lebih baik diam dan dengarkan saja, sesungguhnya kita sedang mengutip pahala. Mereka pula mengumpul dosa.

Carilah redha Allah, maka akan sempurna hidup kita disisinya dunia akhirat.

Ingatlah...

Untuk semua kepedihan yang dialami bersabar dan bertahanlah, karena Allah tahu di mana batas kemampuan hamba-Nya.

Janji Allah tak pernah mengecewakan, dan bila kamu masih merasa kecewa mungkin ada yang kurang dengan imanmu. Dengan hatimu.

Oleh itu bersedia untuk cermin diri.

Lihat sama ada kita berada di jalan yang lurus atau bersimpang-simpang. Fikir dan bertindak. Perbetulkan nawaitu.

❤️🌹 Pendakian memenatkan, tapi saat sampai ke puncak, letihnya hilang kerana keindahannya yang luar biasa ❤️🌹

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 5 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 5 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 5 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago