Santai 19 Mar, 2020

SATU AKAD NIKAH ON, SATU LAGI POLIS SERBU

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

NIKAH diutamakan, kenduri dikemudiankan kerana COVID-19. Di Jitra, majlis kenduri kahwin yang sepatutnya berlangsung pada Khamis, 19 Mac 2020 terpaksa ditangguh, namun akad nikah tetap dijalankan denga dihadiri ahli keluarga sahaja. Lain pula ceritanya di Alor Setar, anggota polis terpaksa datang untuk menghentikan kenduri. : KitaReporters

Mohamad Fitri Ahmad (kiri) bergambar bersama adiknya, Nor Zuraini dan pasangannya Muhammad Sobri selepas majlis akad nikah di Kampung Lahar, Jitra, Kedah pada 19 Mac 2020.


Bapa pengantin perempuan Ahmad Ali memohon maaf kepada semua ahli keluarga dan tetamu yang dijemput ke majlis meraikan perkahwinan anak mereka pada Khamis, 19 Mac 2020 kerana tidak dapat dilaksanakan kerana menghormati arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada Rabu, 18 Mac 2020.

Majlis kenduri pasangan pengantin dari Kampung Lahar, Mukim Malau di Jitra, Kedah, Nor Zuraini Ahmad, 30, dan pasangannya, Muhammad Sobri Saad, 40, yang sepatutnya diadakan 19 Mac 2020 dijangka diadakan pada Jun 2020.

Bapa pengantin perempuan Ahmad Ali


‘Walaupun ahli keluarga terkilan kerana semua persiapan untuk majlis kenduri telah diadakan. 

"Tetapi demi keselamatan dan kesihatan orang ramai, kami reda menangguhkan majlis kenduri ini yang turut dipersetujui oleh pihak katering dan penyewa pelamin pengantin pada Jun nanti,’ kata Ahmad ketika ditemui. 

Menurutnya, majlis akad nikah hanya dihadiri ahli keluarga terdekat, yang berjumlah tidak sampai 10 orang.

 Khemah untuk majlis kenduri perkahwinan yang sepatutnya berlangsung dibatalkan.


Dalam pada itu, abang pengantin perempuan, Mohamad Fitri Ahmad, 48, juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan penduduk kampung yang sudi membuat persiapan awal mendirikan khemah dan persiapan-persiapan lain, walaupun terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir. 

"Ahli keluarga menghormati saranan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk perintah kawalan pergerakan.

"Kami juga berterima kasih kepada tetamu yang dijemput sebelum ini kerana memahami kenapa kenduri perkahwinan adik saya ini ditangguhkan," katanya lagi. 

Cenderamata untuk tetamu juga telah siap 


Hantaran untuk pengantin juga telah tersedia


 Dalam majlis yang lain, satu majlis perkahwinan yang berlangsung di Alor Setar, Kedah telah difahamkan dihadiri anggota polis yang mengarahkan penganjuran majlis memberhentikan majlis, manakala tetamu diminta bersurai da pulang.

Satu video yang menjadi tular dan dimuat naik oleh pemilik akaun bernama @Ameno World menunjukkan kehadiran anggota polis bersama dua kereta peronda pada majlis perkahwinan berkenaan yang jelas melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan. - KitaReporters


 

3
0
2
0
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago