Santai 15 Jan, 2020

TERSEBUTLAH AL-KISAH... MARK BANTAL BUSUKKU

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SEORANG lelaki berusia 25 tahun di salah sebuah negeri di Malaysia ini memuat naik foto dalam media sosial yang memperlihatkan ‘perjuangan’ nya dalam membetulkan bantal busuk miliknya. : KitaReporters.com

Kisah bantal busuk bernama Mark. - Foto Worldofbuzz

Perkara ini mungkin dipandang sebelah mata oleh sebahagian orang, namun bagi lelaki yang dikenali sebagai Andrew, bantal busuk itu mempunyai erti sangat dalam dan mempunyai 'sentimental value'.

Andrew kebingungan untuk mencari orang yang mampu memperbaiki bantal busuknya. 

Dia bertambah sedih apabila mendengar bantal tersebut tidak dapat diperbaiki.

Bantal busuk yang pada mulanya dikatakan tidak boleh dibaiki. - Foto Worldofbuzz

Dia memuat naik foto setelah berjaya mencari seorang penjahit yang berjaya menyelamatkan bantal busuknya.

Tanpa disedari foto dimuat naik itu telah menyebar dan menjadi tular dalam media sosial.

Muat naik tersebut sudah disebar kkan lebih dari 5,200 kali dan mendapatkan lebih 7,000 komentar daripada netizen.

Keputusan Andrew berjuang untuk memperbaiki bantal busuk tersebut bukanlah tanpa sebab.

Terdapat kisah menyentuh dalam hidupnya yang tertuang dalam bantal busuk tersebut.

Menurut  laporan World of Buzz pada Isnin (13/1/2020), bantal busuk kesayangannya itu terkoyak oleh anaknya.

Padahal bantal itu  telah menemani hidup Andrew selama 25 tahun.

Dari situ dia benar-benar bingung dan berfikir": “Apakah ini benar-benar akhir bagi bantal busukku?”

Andrew akhirnya menemui sebuah kedai jahit yang sanggup membaiki bantal busuknya. - Foto Worldofbuzz

Andrew mencuba meminta bantuan para wanita yang ada dalam keluarganya seperti ibu dan isteri untuk menjahitnya.

Tetapi kedua-dua wanita terdekat ini menyatakan bantal busuk itu tidak dapat dibaiki dan suruh dibuang sahaja.

Tanpa kehadiran Mark iaitu nama bantal busuknya, Andrew tidak dapat tidur dengan nyenyak.

Diapun tidak menyerah kalah dalam pencarian untuk membetulkan bantal busuk itu. 

Hingga suatu hari, Andrew melewati sebuah kedai tukang jahit yang baru dibuka dan cuba membetulkan bantal busuknya di tempat itu.

Andrew masuk ke kedai jahit itu sambil membawa Mark dan meminta untuk membetulkannya. Ternyata usaha Andrew tidak sia-sia.

Tukang jahit bahkan menambahkan lapisan pelindung tambahan agar kejadian robek tidak berulang.

Dengan perbaikan yang dilakukan, kini Mark telah berubah menjadi Mark II.

Dalam ceritanya, bantal ini merupakan pemberian neneknya yang sudah meninggal dunia. 

Andrew pun tidak sampai hati untuk  membuang pemberian daripada nenek yang dia sayangi itu, meskipun keadaannya sudah sangat lusuh.

Bantal busuk bernama Mark kini berjaya selamat apabila diberi pelapik keselamatan yang baharu. - Foto Worldofbuzz

"Mark adalah satu-satunya pemberian nenek, dan saya rasa cinta dan selesa dengannya,” kata Andrew. 

Dia selanjutnya mengatakan bahawa keinginan neneknya adalah ingin mengunjungi daerah Putian di wilayah Fujian, China. 

Ia adalah bandar kelahiran neneknya tetapi dia tidak pernah ke sana.

Namun, 4 tahun lalu, Andrew pergi ke Putian bersama Mark dan dia merasa seperti telah memenuhi keinginan neneknya. - KitaReporters.com

3
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago