PELAKON terkenal Hollywood, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson, kedua-duanya berusia 63 tahun disahkan positif jangkitan Covid-19 di Australia. Mereka dii Australia bagi menjalani penggambaran filem riwayat hidup Elvis Presley. : KitaReporters
Perkara itu disahkan sendiri aktor itu menerusi sekeping foto dan kenyataannya yang dimuat naik dalam Instagramnya (https://www.instagram.com/tomhanks/) pada Khamis, 12 Mac 2020.
Mereka berada di Australia sejak 26 Januari lalu bagi menjalani penggambaran filem riwayat hidup Elvis Presley dengan Tom Hanks memegang watak sebagai pengurus Elvis, Colonel Tom Parker.
Tambahnya, mereka juga sudah diuji dan menunjukkan tanda-tanda terkena jangkitan itu.
"Apa yang perlu dilakukan seterusnya? pegawai perubatan mempunyai protokol yang mesti diikuti.
"Kami menjalani ujian dan kemudian disahkan positif (Covid-19),” katanya, yang kini dirawat di Hospital Gold Coast.
Tom Hanks adalah bintang Hollywood pertama yang mengumumkan secara terbuka dijangkiti virus itu.
Berikut adalah kenyataan Tom Hanks dalam Instagramnya @tom hanks:
“Hello, folks. Rita and I are down here in Australia. We felt a bit tired, like we had colds, and some body aches. Rita had some chills that came and went. Slight fevers too.
"To play things right, as is needed in the world right now, we were tested for the Coronavirus, and were found to be positive.
"Well, now. What to do next? The Medical Officials have protocols that must be followed.
"We Hanks’ will be tested, observed, and isolated for as long as public health and safety requires. Not much more to it than a one-day-at-a-time approach, no?
We’ll keep the world posted and updated."
Tom Hanks atau nama penuhnya, Thomas Jeffrey Hanks lahir pada 9 Julai 1956, di Concord, California, Amerika Syarikat.Dia merupakan seorang pelakon berwatak.
Dan antara filem lakonannya yang cukup diingati ialah Philadelpha (1993). Forrest Gump (1994) dan Cast Away (2000). - KitaReporters