Santai 11 Mar, 2020

SIANTAN, SUMAREH JR WARNAI PUTRA PERDANA

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

MOHAMADOU Sumareh Junior’ di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor?  Jelmaan pemain naturalisasi Harimau Malaya kelahiran benua Afrika itu muncul dalam Pertandingan Bola Sepak Sembilan Sebelah Tertutup Taman Putra Perdana 2020! - KitaReporters

SIANTAN A bergembira meraikan kejayaan muncul juara selepas menewaskan Libas United 3-0 dalam final Pertandingan Bola Sepak Sembilan Sebelah Tertutup Taman Putra Perdana 2020 pada 8 Mac 2020. 


Sayangnya pemain remaja berjersi nombor 15 ini menyepak tinggi meliar penalti penentuan menentang Siantan A sambil pasukannya, Koyak FC terkandas 2-1 dalam separuh akhir.

Gerangannya ialah Ahmad Safuan Mohd. Anuar, 17, yang beribukan warganegara Ghana sementara bapanya yang dikatakan berasal dari Johor, sudah meninggal dunia.

AHMAD Safuan Mohd. Anuar (kiri) yang digelar 'Sumareh Jr.', juga juara acara pecut olahraga sekolah.  


Sepuluh pasukan dari kawasan perumahan sekitar taman ini tampil memperagakan kejaguhan dengan nama yang tidak kalah gahnya! 

Ada juga yang ‘ala-ala’ pasukan Liga Perdana England (EPL) untuk mengambil sempena Manchester United atau West Ham United. 

Siantan A dan B, Libas United, Campur FC, Koyak FC, Terompah Kayu FC (Seroja), Lake Residence FC, Ruvena Villa United, Madrasah FC dan Semarak FC.   

Setiap pasukan dimestikan menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga pemain veteran iaitu yang berusia 35 tahun dan ke atas walaupun tidak terikat untuk menurunkan mereka dalam senarai sembilan utama di dalam padang. 

Semuanya ialah antara selingan adegan yang menarik dan mewarnai pertandingan anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Taman Putra Perdana di Padang Awam Bola Sepak taman berkenaan pada Ahad, 8 Mac 2020. 

Yang terpenting ialah matlamat menghimpunkan ratusan belia tempatan ke arah amalan gaya hidup sihat dan bermuafakat berjaya dicapai dalam kejohanan julung-julung kalinya ini.

Dua jaringan Mohd. Yusri Rostan dan satu oleh Syafiq Asyraf Anuar memastikan Siantan A bergelar juara sulung sambil mengaut hadiah wang tunai kemenangan RM800 dan menjulang Piala Ketua Bahagian UMNO dan Yang Dipertua PAS Kawasan Sepang

Siantan A menewaskan Libas United 3-0 dalam perlawanan akhir kejohanan yang berlangsung dalam tempoh 15 minit tanpa separuh masa di Padang Awam Bola Sepak Taman Putra Perdana.   

Yusri turut beroleh bonus apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan yang hanya terhad kepada warga perumahan sekitar Taman Putra Perdana ini.

KEBANYAKAN perlawanan pusingan kalah singkir yang sengit dan terikat tanpa jaringan terpaksa diheret kepada penentuan penalti.


Kemenangan selesa ini juga ibarat membalas dendam terhadap lawan yang memenangi pertemuan awal kedua-duanya dalam liga Kumpulan B, 2-0 pada sebelah pagi.    

Agak menghampakan Libas United yang sebahagian besarnya pemain sepak takraw, terpaksa akur selaku naib juara dengan meraih RM500, manakala tempat ketiga dan keempat menjadi milik Koyak FC (RM400) dan Campur FC (RM200). 

Namun penawarnya tetap dinikmati Libas United apabila diisytiharkan memenangi Anugerah Permainan Adil berdasarkan pasukan yang paling kurang dipotong matanya dalam senarai pungutan kad kuning atau merah.

AKSI sengit antara Libas United (hitam biru) dan Seroja FC dalam liga Kumpulan B.


Terdahulu Siantan A membelasah Ruvena United 6-0, Koyak FC 2-0 dan Madrasah FC 4-0 untuk muncul naib juara Kumpulan B di belakang Libas United yang kekal tanpa kalah sambil memungut mata maksimum, 12 mata. 

Siantan A kemudian mara ke separuh akhir dengan mengatasi Semarak 4-0 dalam suku akhir sementara Libas United mengalahkan Seroja dan Campur FC menerusi penalti penentuan 3-1 dan 2-1.

MOHD. Haslin Hasan (kiri) menyampaikan replika wang tunai RM800 dan pingat selaku juara kepada kapten Siantan A,  Mohd. Hazbi Hafiz


Ketua UMNO Bahagian, Noor Azli Said merasmikan pembukaan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Taman Putra Perdana 2020 pada sebelah pagi. 

Penutupan rasmi dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pula disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Ir. Mohd. Haslin Hasan. 

Bola sepak 9’s ini merupakan program kedua Kelab Sukan dan Rekreasi Taman Putra Perdana dalam tahun ini selepas berjaya mengelolakan Pertandingan Liga Sepak Takraw Regu Cabut Undi di balai raya taman ini, 2 Februari 2020. 

Kelab ini juga akan menghantar dua regu menyertai Karnival Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) 2020: Sepak Takraw Terbuka dan Bakat Baharu di Pusat Sukan universiti itu pada Sabtu, 14 Mac 2020. - KitaReporters

JAWATANKUASA Pengelola kejohanan yang bertungkus lumus memastikan kejayaan edisi sulung ini.

15
1
0
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago