Santai 13 Jan, 2020

YANG NI BUKAN PUSAT TUISYEN BIASHE-BIASHE...

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
MEMILIKI anak yang sedang membesar pasti mendebarkan ibu bapa lebih-lebih si anak yang akan berdepan dengan peperiksaan besar tahun ini. Namun, pada hari ini, kebanyakan ibu bapa sangat sibuk dalam urusan pekerjaan sehinggakan adakala anak -anak terabai terutama dalam bidang pelajaran. : KitaReporters.com

CIKGU Zuraida mengendalikan kelas di Pusat Pembelajaran Brilliant  yang menawarkan pelbagai kelas kepada pelajar.


Kedatangan awal tahun juga memberikan peluang terbaik untuk pelajar memulakan langkah awal bagi anak-anak yang berdepan peperiksaan besar membuat persediaan.

Keadaan itu memberi peluang kepada Brilliant Learning Smart Centre menawarkan pelbagai kelas-kelas insentif kepada semua pelajar dengan tawaran istimewa dan mampu bayar.

GURU pengalaman menjadi sebahagian tenaga pengajar di pusat pembelajaran berkenaan.


Pusat pembelajaran setempat itu menawarkan pakej pembelajaran untuk semua pelajar terutama pelajar yang berdepan dengan peperiksaan besar.

“Di sini pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran istimewa dan bilangan pelajar di dalam kelas juga dihadkan dengan jumlah tertentu sahaja bagi mengelak terlalu sesak.

“Selain itu guru-guru yang mengajar juga terdiri daripada tenaga pengajar yang berpengalaman,” ujarnya pemiliknya, Zuraida Othman.

Katanya, semua yang menjadi tenaga pengajar terdiri daripada guru yang berpengalaman melebihi 20 tahun.

MURID-MURID bukan sahaja diberikan pembelajaran secara berkumpulan dan insentif tetapi turut diberikan seminar dan motivasi secara percuma setiap bulan.


Dalam masa sama, pelajar di Brillliant turut berpeluang untuk memilih sendiri subjek yang mereka minati.

“Kita tidak tentukan kelas apa yang pelajar perlu ambil apabila mendaftar di sini sebaliknya mereka boleh tentukan kelas apa yang mereka mahukan dengan harga yang berpatutan,” ujarnya.

Beliau sendiri yang merupakan penulis buku teks berkata, pelajar bukan sahaja didedahkan dengan kelas insentif tetapi juga diberikan seminar, motivasi dan cara-cara menjawab soalan secara percuma sebulan sekali.

PUSAT Pembelajaran Brilliant yang terletak di Ukay Perdana, Ampang, Selangor.


Katanya, seminar berkenaan adalah bertujuan untuk memberikan suntikan semangat kepada pelajar secara berterusan.

“Inilah kelainan yang ada di pusat pembelajaran kita yang bukan hanya menyasarkan untuk tuisyen semata-mata tetapi setiap bulan kita dedahkan pelajar dengan motivasi, teknik-teknik menjawab soalan dan juga cara untuk menghilangkan tekanan semasa belajar,” ujarnya.

Akuinya, dengan adanya motivasi berterusan akan membuat pelajar sentiasa menyedari bahawa mereka berada pada tahun yang penting dan tidak akan membuang masa dengan begitu sahaja.

MURID-MURID diberikan latihan ketika menyertai kelas pembelajaran selain dipantau guru berpengalaman.


Selain pakej pembelajaran, di pusat berkenaan turut menawarkan subjek pilihan seperti kelas Bahasa Arab, MUET dan juga kelas mengaji al-Quran bagi kanak-kanak dan juga dewasa.

Kepada mereka yang berada di sekitar Gombak, Hulu Kelang dan Ampang bolehlah mengunjungi pusat yang terletak di No 29-1A, Jalan UP1/8 Ukay Perdana, Ampang, Selangor.

Manakala bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan besar tahun ini, inilah peluang terbaik untuk anak-anak anda! Jika tidak mulakan sekarang bila lagi. KitaReporter.com

7
19
1
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago