Santai 12 Jan, 2020

SHREYA GHOSHAL SEBARIS LATA MANGESHKAR

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
TAHUKAH anda siapa gerangan suara sebenarnya di sebalik lagu-lagu yang dinyanyikan oleh bintang-bintang Bollywood seperti Kareena Kapoor, Kajol, Juhi Chawla, Aishwarya Rai, Rani Mukherji dan ramai lagil? : KitaReporters.com 

Shreya Ghoshal. Pix: FB @shreyaghosal.


Pastinya Jika diperkenalkan nama-nama bintang Bollywood ternama itu, sudah tentu anda sudah boleh bayangkan raut wajah dan kecantikan masing-masing.

Lebih mempersonakan apabila melihat mereka menari sambil menyanyi dengan penuh asyik apatah lagi dengan suara merdu masing-masing boleh menjadi halwa telinga yang amat indah didengar.

Namun tahukah anda siapa gerangan suara sebenarnya di sebalik lagu-lagu yang dinyanyikan oleh bintang-bintang ternama Bollywood tadi?

Selain suara ‘playback singer’ lagu-lagu Hindi yang terkenal seperti Lata Mangeshkar, 90, mahu pun Asha Bhosle, 86, antaranya, satu lagi nama yang kini sedang meniti populariti tetapi masih muda, Shreya Ghoshal tidak harus diketepikan.

Dalam usia 36 tahun, Shreya Ghoshal tidak ketinggalan telah merakamkan lagu-lagu untuk runut bunyi dan album dalam pelbagai bahasa India dan telah menjadikan dirinya sebagai penyanyi playback utama di industri filem India masa kini.

Jika Lata Mangeshkar merupakan wanita India pertama yang membuat persembahan di Royal Albert Hall London pada tahun 1974, Shreya pula menjadi penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya di Muzium Madame Tussauds, 43 tahun kemudian.

Malah lebih istimewa lagi, Shreya telah dihormati oleh pihak Ohio di Amerika Syarikat, di mana Gabenor Ted Strickland mengisytiharkan 26 Jun sebagai "Hari Shreya Ghoshal”.

Wow! Hebat penangan Shreya Goshal kan?

Jadi sekiranya anda mahu bertemu dan mendengar kelunakan suaranya secara ‘live’ apa kata tandakan kalendar pada 23 Februari 2020 ini.


Pada tarikh itu, buat julung kalinya Shreya Ghoshal bakal menghiburkan peminatnya di negara ini melalui konsert yang dinamakan “Shreya Ghoshal Live in Concert Malaysia 2020”.

Dibawakan khas oleh Standard Chartered Malaysia, kemunculan perdana Shreya berserta live band penuhnya akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur anjuran Hitman Solutions.

“Para peminat Shreya Ghoshal yang terdiri dari pelbagai bangsa akan dipersembahkan dengan konsert muzikal yang menghiburkan. 

"Ini merupakan konsert Bollywood yang ditunggu-tunggu di Malaysia selepas kemunculan Shah Rukh Khan pada tahun 2013,” ujar Rohit Rampal, Pengasas dan Ketua Pegawai Ekskutif Hitman Solutions Live Sdn Bhd dalam ucapan aluannya pada sidang media pengumuman konsert berkenaan di EQ Plaza pada Selasa (7/1/2020) lalu.

Rohit Rampal (kiri) bersama Abrar A. Anwar pada sidang media 'Shreya Ghoshal Live In Concert Malaysia'.


Turut bersama, Abrar A. Anwar, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, yang menganggap konsert tersebut sebagai sebahagian daripada majlis meraikan sambutan ulang tahun Standard Chartered ke-145 di Malaysia.

"Sebagai sebuah bank global, kami menyediakan pelbagai keperluan asas kepada pelanggan yang terdiri daripda pelbagai lapisan masyarakat dan kami bangga dikaitkan dengan seseorang yang dapat menyatukan masyarakat melalui muzik. 

"Bakatnya yang besar telah membantu beliau menjangkau penonton antarabangsa, membuktikan bahawa muzik benar-benar mempunyai kuasa untuk menyatukan semua,” jelas Abrar berhubung pemilihan Shreya.

Sehubungan itu, tambah Abrar, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan Perbankan Prioriti dan Perbankan Premium baharu yang layak dan sedia ada, Standard Chartered Malaysia akan menghadiahkan tiket kepada mereka untuk menyaksikan konsert Shreya pada 23 Februari kelak.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.sc.com/my atau hubungi nombor hotline Perbankan Prioriti di 1 300 88 9999.

Sementara itu, tiket-tiket sudah mula dijual dengan harga RM150 (Bronze), RM250 (Silver), RM450 (Gold), RM600 (Platinum), RM1,000 (Diamond) dan RM1,500 (VIP).

“Kami menjangkakan satu persembahan konsert yang ‘full house’ dengan kapasiti mencapai 2,900 penonton pada malam tersebut. 

"Setekat ini, tiket-tiket VIP dan Diamond telah habis dijual, jadi sebaiknya membuat tempahan awal sebab jualannya amat laris,” jelas Rohit Rampal mengulas soal sambutan tiket.

Sidang media yang berlangsung santai kemudiannya diteruskan dengan temu ramah bersama Shreya melalui 'video chat' secara langsung dari India.

Shreya Ghosal menjawab pertanyaan melalui 'video chat' secara 'live' dari India.


“Saya sangat teruja untuk tampil di Malaysia buat kali pertama dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penaja iaitu Standard Chartered Malaysia.

"Ini adalah sebuah pengiktirafan yang tinggi dari sebuah bank global kerana ia menunjukkan betapa impak industri hiburan Bollywood telah dicapai di peringkat antarabangsa. 

"Saya tidak sabar untuk bertemu dengan semua peminat saya di Malaysia,” ujar Shreya Ghoshal mengenai kemunculan sulungnya.

Disoal apakah beliau akan cuba mempelajari lagu-lagu Melayu untuk dinyanyikan pada konsertnya nanti?

“Jika ada kesempatan memang saya mahu belajar untuk membawakan lagu Melayu bagi peminat Malaysia, tengok nanti bagaimana, Jika sempat apa salahnya,” jawab Shreya.

Shreya dijangka membuat persembahan selama 90 minit dengan menampilkan lagu-lagu hits nyanyiannya seperti antaranya Chikni Chameli (dari filem Agneepath), Dola Re Dola (dari filem Devdas), Deewani Mastani (dari filem Bajirao Mastani), Teri Meri (dari filem  Bodyguard) dan banyak lagi.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah dicalonkan sebanyak 494 kali dan memenangi 150 anugerah, termasuk empat National Film Awards, empat Kerala State Film Awards, dua Tamil Nadu State Film Awards, tujuh Filmfare Awards - termasuk enam Penyanyi Playback Wanita Terbaik - dan sepuluh Filmfare Awards South.

Untuk rekod, Shreya Ghoshal membuat kemunculan pertama dalam nyanyian Bollywoodnya melalui filem drama romantik Bhansali, Devdas (2002) yang mana beliau telah menerima National Film Award  untuk Penyanyi Playback Wanita Terbaik.

Selain nyanyian playback, beliau muncul sebagai juri dengan beberapa rancangan realiti televisyen. 

Penyanyi yang serba boleh ini mempunyai repertoire yang luas merangkumi beberapa genre termasuk pop, klasik, ghazal dan bhajan.

Beliau juga tampil lima kali dalam senarai Forbes dari 100 selebriti terkemuka dari India,

Jadi jika tidak mahu melepaskan peluang bertemu penyanyi ‘playback’ terkenal dari India ini sebaiknya tempah tiket yang sudah pun mula dijual sejak 6 Januri 2020 lalu melalui  www.myticket.asia. - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago